Sunday, September 11, 2016

PERANAKAN PLACE NU SENTRAL | MAKANAN ALA BABA NYONYA


PERANAKAN PLACE NU SENTRAL | MAKANAN ALA BABA NYONYA | Kali ni ena cuba try test foodhunting di tempat makan yang menyediakan masakan ala-ala baba nyonya. Sebab tu diberi nama Peranakan Place. Peranakan tu stand for 'Baba Nyonya'. Bukan terberanak ke apa ye. Nak tahu sedap ke tak makanan kat sini, sila teruskan pembacaan you all ye.

Ena makan kat sini pada waktu makan tengah hari. Macam biasa tak merancang pun untuk kemari. Main terjah je sebab tengok ramai betul orang makan kat sini. Ramai non-muslim makan kat sini, Muslim pun ramai juga. Tu yang buat ena tertarik nak foodhunting kat sini dan ena tengok menunya sesuai untuk dijamah pada waktu makan tengah hari.


PERANAKAN PLACE NUSENTRAL SHOPPING CENTRE



Peranakan Place ini mempunyai banyak cawang antaranya di One Utama Shopping Mall, Temerloh Pahang, Lowyat dan Nu Sentral Shopping Centre. Kali ni ena makan kat cawangan NuSentral sebab tengah jalan-jalan kat dalam Mall ni. Lama tak mai NuSentral. Memang banyak sangat perubahan sekarang, lebih meriah.

Kedai makan ini terletak sederet dengan Tony Roma's dan Golden Screen Cinema dalam NU Sentral ni. Tingkat paling atas sekali. Kat sini kemudahannya macam biasa la apa yang ada kat mall seperti tandas, parking dan dekat dengan Stesen Kl Sentral. So, nak naik kemudahan awam pun boleh. Kepada yang belum pernah sampai ke NU Sentral Shopping Centre ni, you all boleh Waze atau Google Map dengan carian "NU Sentral". Bawah ni alamat penuh untuk Peranakan Place .




ALAMAT:
Restauran Peranakan Place NU Sentral
Lot. L5.03 & L5.04 Level 5 NU Sentral Shopping Centre,
No 201 Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur

ALAMAT CAWANGAN YANG LAIN:
(Klik bahagian Contact Us)



MENU YANG DIPILIH



Memandangkan ena datang ke sini untuk makan tengah hari, oleh itu ena dengan partner Foodhunter ena, Yazid memilih untuk makan makanan yang berat seperti nasi. Kami memilih nasi yang sama, cuma lauk sahaja yang berbeza. Nak tahu nasi apa yang kami order, sila tengok gambar di bawah.


Rojak. Dah la sedap, banyak pula tu. Kuah rojaknya pedas.

Nasi Pandan Ayam Berempah. Daging ayamnya lembut di dalam, crunchy di luar. Sedap!

Nasi Pandan Rendang Daging. Dagingnya nampak macam sikit, sebenarnya banyak. 

Ice Lemongrass dan Dragon Fruit. First ena minum air serai, perghhh nyaman betul tekak ni. Jatuh hati dah.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, ena puas hati makan kat sini. Mula-mula risau juga tak sedap, sebab harga pun boleh tahan untuk student macam ena ni. Bila dah ngap nagap, perrrggghhh! Thorbaekkk! Terutama rendang dagingnya. Ena ni jenis tak suka makan rendang, hanya makan rendang yang menepati cita rasa ena sahaja. Tapi rendang kat sini, ena suka makan. Rempahnya tak terover sangat, sedang elok je rasa. Makanan yang lain pun memang sedap, platingnya cantik dan kuantitinya pun banyak. Patut  la ramai makan tengah hari kat sini.

Selain tu, ena suka dengan pelayan-pelayan kat sini. Walaupun waiters nya orang luar, tapi mereka fasih berbahasa Melayu dan English. So, ena cakap bahasa dua-dua ni mereka boleh faham dan senang la nak berurusan. Serving pun pantas, tak terlalu lama nak menunggu.




Keadaan kedai pula selesa, tenang dan nyaman. Bersih itu paling penting. Ena kalau pergi mana-mana kedai makan mesti menitikberatkan hal-hal kebersihan ni. Lepas tu, kat sini boleh makan sambil menikmati permandangan luar. Maksudnya meja ada kat tepi tingkap yang luas terbentang. Even permandangannya tak seberapa, tapi rasa romantik gittewww. Ahaks.



DETAILS PERANAKAN PLACE NU SENTRAL

Itu sahaja bebelan daripada ena. Ena tak segan silu nak sarankan you all untuk makan kat sini. Tak rugi, berbaloi sangat dengan harga. Kepada yang nak usya lebih lanjut pasal tempat makan ni, you all oleh terjah ke laman social official mereka. Jangan risau dan seperti biasa ena ada share link di bawah ni.



WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



Share

Other Article

PERANAKAN PLACE NU SENTRAL | MAKANAN ALA BABA NYONYA
4/ 5
Oleh

1 Comments:

Comments
avatar
11.9.16

patutlah macam pernah pergi makan kat sini sekali rupanya betul. tengok pinggan dan depan kedai dah tahu. hahaha. sedap lagi best duduk sebelah tingkap. hehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)