Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, September 15, 2016

SARANG ART HUB | KEDAI MAKAN BERSENI DI TANJUNG MALIM


SARANG ART HUB | KEDAI MAKAN BERSENI DI TANJUNG MALIM | Dah lama ena tak foodhunting kat tempat di mana ena dibesarkan iaitu Tanjung Malim, Perak. Untuk entry kali ni ena nak share satu kedai makan yang agak popular bagi penduduk Tg.Malim atas sebab keadaan kedainya yang cantik, hipster dan penuh dengan hasil seni. Nama kedai makan tersebut adalah Sarang Art Hub

Sarang Art Hub ni dah lama ada cuma ena baru je dapat terjah baru-baru ni. Yela, ena ni bukan fully ada kat sini. Bila ada cuti panjang je ada, merantau nuuuuu kat Kuantan. Ni dah cuti dan alang-alang nak belanja anak-anak buah semperna hari jadi mereka bulan yang lalu, boleh ena berfoodhunting sekali. Macam biasala duty ena sebagai foodblogger. Ahaks. Okay, moh ena nak share dengan you all keadaan kedai ni. Tapi sebelum tu, jom kita berkenalan dulu Sarang Art Hub


SARANG ART HUB TANJUNG MALIM


Sarang Art Hub ini terletak di Rest House atau Rumah Rehat Tg.Malim yang berhampiran dengan KFC dan Pizza Hut Tg.Malim. Kedai makan ini ditubuhkan pada bulan 9 tahun 2015. Kiranya dah setahun kedai ini bertapak di sini. Selain itu, kedai makan ini juga terhasil daripada atas pelawaan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)  demi memeriahkan kawasan ni. Masa ena kecil-kecil dulu, memang seram jugalah rumah rehat ni kalau tengok dari jauh. Sekarang, Alhamdulillah penuh dengan keceriaan dan kegembiraan.

Kedai makan ini masih mengekalkan konsep rumah rehat. Kalau you all nak sewa kat sini semalaman pun boleh. Kalau tengok susun atur dalaman kedai ini, memang unik dan berseni. Dari nama kedainya pun kita dah tahu. Seni bersarang kat sini. Ahaks. Seni itukan meluas, oleh itu pelbagai jenis seni yang ena boleh nampak dalam kedai makan ni antaranya seperti seni ukiran, seni reka bentuk, seni halus, seni muzik dan seni makanan. 






Ena ni boleh dikatakan berjiwa seni, bagi ena tempat makan ni menarik sangat bagi ena. Sekiranya you all teringin nak ke mari, boleh guna waze atau Google Map dengan carian nama kedainya. Ena tak guna dua-dua ni sebab ena memang orang sini. So tahu la jalan ke Sarang Art Hub .


ALAMAT:
Jalan Rumah Rehat
35900 Tanjung Malim,
Perak

MASA OPERASI:
Waktu: 11pm-11pm
Hari: Isnin-Ahad (Cuti: Khamis)



MENU YANG DIPILIH

Ena datang sini bertiga sahaja termasuk dengan diri ena. Anak-anak buah ena macam biasa la, mereka ni tak berani nak makan menu yang pelik-pelik. Oleh itu, mereka pilih Chicken Chop sahaja yang mereka biasa makan kat memana kedai makan. Ena pun pilih Chicken Chop cuma ada kelainan sedikit di situ berbanding yang lain. Nak tahu apa kebendanya? Sila scroll gambar-gambar di bawah.


Bandung Laici, Green Tea Float dan Milo Ais

Chicken Chop

Sarang Art Hub Chicken Chop. Ada cheese kalau nak bandingkan dengan Chicken Chop biasa.

Nachos
Extra sos black pepper


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena suka tempat ni sebab kena dengan jiwa ena. Well, bagi ena banyak-banyak kedai makan kat Tg.Malim ni, sini je nampak kelainannya. Bersih, halal itu sudah pasti, dan selesa. Cuma ena harap pihak Sarang Art Hub  cari jalan untuk membasmi lalat-lalat yang tetiba datang dari celah mana tak tahu. Kekadang tak ada bau pelik-pelik pun depa ni suka datang mengacau. Maybe lapar kot. Entah. Hehehe.





Dari segi hal makanan pula, plating memang kemas dan menarik hati ena untuk makan. Rasa makanannya pun not bad. Daging ayamnya lembut jeee. Kalau tukar pisau yang lebih mudah lagi untuk memotong, mesti lagi mantap. Sebab agak sukar sikit nak handle pisau makan tu. Itu pendapat ena la. Overall ena puas hati. Servis pun bagus dan semua pelayan sangat mesra. Ena suka!


DETAILS SARANG ART HUB

Kepada you all nak hubungi pihak mereka atau nak tahu maklumat terkini pihak Sarang Art Hub , you all boleh klik link-link kat bawah ni. Itu sahaja perkongsian ena dan selamat mencuba.




FACEBOOK

INSTAGRAM


Share

Other Article

SARANG ART HUB | KEDAI MAKAN BERSENI DI TANJUNG MALIM
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
15.9.16

ni yang mamat khalid punya restaurant ni ena.. pernah tengok kat TV.. hehehehehe

Reply
avatar
25.9.16

Menarik. Datang tanjung malim boleh rujuk blog ina. Hee

Reply
avatar
26.9.16

Wahh memang berseni sungguh kedai makan ni..

Reply
avatar
7.10.16

Wowo! Unik betul kedai maakan ni. sangat menarik pelanggan untuk datang selain makan boleh tengok² hasil seni yang ada. orang yang berseni sukalah tempat ni kan

Reply
avatar
17.10.16

Kedai makan Mamat Khalid. Tgk fb dia selalu sgt promote restoran ni, dia selalu jamming sini and jemput artis persembahan. Contoh Awie. Tgk gerbang masuk pon ada kumpulan Wings. Dia minat kot

Reply