Saturday, September 10, 2016

YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN


YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN | Hye hye warga Kuantan, siapa suka makan dimsum? Siapa yang teringin nak makan dimsum? Apa dimsum ni sebenarnya? Halal ke? Haaaa, untuk entri kali ni ena nak share dengan you all satu kedai makan Melayu sekitar Kuantan yang menyediakan menu dimsum ni. Nama kedai makan tersebut adalah YuSu Dimsum.

Dimsum dengan sebutannya 'dim sam' adalah makanan masakan tradisional Cina yang disediakan dalam saiz yang kecil dan telah distimkan. Selalunya nak nampak menarik, dimsum ni akan dihidangkan dalam bakul pengkukus tu. Macam gambar kat atas ni. Untuk menambahkan lagi kesedapannya, kena makan dengan sos yang disediakan khas untuk dicicah bersama dengan dimsum. Banyak sejarah sebalik makanan dimsum ni, you all boleh Google sahaja kalau nak tahu.


YUSU DIMSUM, AKI FOODCOURT



Entri kali ni bukan nak cerita panjang lebar pasal dimsum, tetapi nak share dengan you all kedai makan YuSu Dimsum ni. Ini merupakan kali pertama ena ke mari. Macam biasa terus berfoodhunting la ena kat sini. Mula-mula ena ingat YuSu Dimsum ni orang Cina punya. Bila dah datang ke sana, laaa Melayu punya. Terus ena rasa bertambah yakin nak makan.

YuSu Dimsum ini terletak di Kuantan dan berada dalam Aki Foodcourt. Kat sini ada pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Nampak pun Foodcourt kan. Tapi ena tertarik untuk makan dimsum sebab susah nak jumpa yang halal dan Melayu buat. 

Untuk mereka yang ingin ke mari, boleh guna Waze atau Google Map dengan carian "Aki Foodcourt". Ena haritu search YuSu DimSum, tak jumpa. Oleh itu, better search yang ena sarankan tadi. Kalau nak alamat tempat dimsum ni, you all boleh tengok kat bawah ni.




ALAMAT:
YuSu Dimsum Aki Foodcourt 
Sungai Isap,
25150 Kuantan

MASA:
6.30pm - 12am
(Isnin-Ahad)




MENU YANG DIPILIH


Cara nak order lebih kurang macam sushi la. Tapi kat sini semua harga sama, yang berbezanya kuantiti dalam satu bakul pengukus tu. Ada la satu dua dishes yang harga RM4. Banyak jenis dimsum ada, tapi ena pilih 4 jenis sahaja iaitu Salt Egg Siew Mai, Loh Mai Kai, Chicken Button Mushroom Siew Mai dan Egg Fish Roll.

Dibawah ni ena share segelintir menu yang ena dan kawan-kawan ena pilih. Banyak sangat, so, ena letak beberapa jenis sahaja. Yang lain, you all boleh terjah sendiri kat sini nanti.


Golden Roll

Crab Siew Mai

Seafood Siew Mai

Black Pepper Siew Mai

Salted Egg Siew Mai

Fried Prawn Siew Mai

Yaki Noki Siew Mai

Loh Mai Kai


Carrot Susu, Tembikai Laici dan Air Kelapa Laut


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena suka layanan yang diberikan oleh owner YuSu Dimsum dan pekerja yang lain. Mesra sangat. Ena makan pun enjoy je rasa. Dimsumnya pun sedap dan boleh diterima tekak ni. Tambahan kalau cicah dengan sos yang diberi. Memang naik rasanya.



Cuma jangan makan banyak-banyak. Cepat muak. Ena pun silap beli banyak-banyak sebab ingat tak kenyang. Rupanya makan sikit pun dah kenyang. Perghhhh! Terbaiklah. Berbaloi la nak makan dinner kat sini. Tak terlampau heavy, tak berminyak dan tak terlampau banyak perisa. Boleh repeat lagi lepas ni kalau teringin nak dimsum. 


DETAILS YUSU DIMSUM, AKI FOODCOURT

Di sini ena sarankan you all untuk terjah kat sini. Kalau tak nak makan dimsum, boleh cuba makanan yang lain. Banyak lagi pilihan kat Aki Foodcourt ni. Cuma kalau you all tak cuba try test dimsum ni, rugi la. Sekurang-kurangnya ambil pengalaman bagaimana rasa dimsum ni. Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba.






INSTAGRAM:






Share

Other Article

YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
10.9.16

Kat Sungai Isap ek..
Bole la terjah balik kampung this month.
Belom pernah gak makan dim sum. :>

Reply
avatar
10.9.16

ingtkan ena makan sorang je hahaha . oo tergoda yang prawn tu ..hehe tk pernah makandimsum

Reply
avatar
10.9.16

wah bnyaknya makanan. bertingkat2 tu. hehe

Reply
avatar
10.9.16

waaa best nya makan-makan... nampak sedap kalau g jejalan kuantan nak singgah sini lah... :*

Reply
avatar
1.11.17

wahhh.. sedap nih.. dah lama cari kedai dim sum.. isnyallahh nanti nak cuba lah. thanks ena

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)