Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, August 08, 2016

AIDILFITRI 2016 | RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER




AIDILFITRI 2016 | RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER |  Alhamdulillah, raya tahun ni pun dah selamat melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu. Memang rasa best raya Aildifitri 2016 kali ni. Banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang sebulan Syawal tempoh hari. Dan yang lagi best berat badan pun makin meningkat. Uuuurrrggghhh!

Sekarang ni duduk kat hostel jelah dan buatlah apa yang patut. Bosan! Tapi itulah membuat ena jadi lebih fokus nak settlekan banyak benda ni. Namun, sebelum tu ena nak share kisah kenangan ketika beraya dengan rakan-rakan blogger baru-baru ni. Kami pergi terjah rumah-rumah yang sempat kami pergi sebab satu hari memang tak cukup nak serbu semua rumah. Dengan hadap traffic heavynya lagi, nasib baik ada driba. Ahaks.



RUMAH BLOGGER YANG DITERJAH

Pertama sekali, ena pergi terjah beraya di rumah founder #EAOfficialCrew iaitu Eina Angel a.k.a Acu. Kami semua berkumpul di rumah Acu terlebih dahulu. Kami semua dijamu dengan Soto yang sangat pergghhhh! Sedap hoi! Tengok begedilnya, tu yang membuatkan selera ena bertambah-tambah. Terbaik!

Masa kat rumah Acu, dari luar pintu mata ena dah terpaku kat Bebear, si tucen mok empunya mertua Acu. Serius comel sangat! Dah la besar, bulu lebat pula tu. Memang masuk-masuk tak salam tuan rumah, terus peluk si Bebear. Ekekeke, maaf ye Acu. I kenot stand anymore. 







Rumah seterusnya kami terjah rumah kak yong #EAOfficialCrew kami iaitu kak Eyzamiel. Kami dihidangkan masakan dari air tangan kak yong sendiri. Perghhh! Seorang diri mampu menyiapkan makanan yang meriah dan sedap pula tu. I adore you kak yong. 




Tahun lepas ena tak dapat pergi beraya rumah Acul, alhamdulillah tahun ni dapat juga terjah rumah dia. Dan ena dapat makan nasi ayam kat rumah acul, perggghhh! Melantak ayam la ena habis-habisan. Ahaks. Selain tu dapat juga ena sembang-sembang dengan bini Acul. Selama ni mana ada diberi kesempatan untuk berjumpa. Masing-masing busy. Sobs! Apapun, terima kasih ye Acul dan isteri hidang kami makanan yang superb habis.




Lepas dah ke rumah Acul, kami semua ke rumah kak blogger Zira a.k.a Ateh dalam #EAOfficialCrew. Maaflah, masa kat rumah Ateh ena tak bergambar sangat sebab tengah hujan lebat. Alamatnya mood nak bergambar pun dah tak ada. Seronok dapat main dengan kucing-kucing Ateh, semua comel-comel. Terima kasih Ateh sebab hidang kami dengan makanan yang meriah dan layanan yang mesra. Alhamdulillah, full sudah perut ena.

Bila perut dah full, badan pun dah mula lesu-lesu. So, masing-masing keputusan untuk balik ke halaman rumah masing-masing. Memang penatttt tapi ena seronok sangat dapat gather beraya macam ni lagi. Tahun ni merupakan tahun kedua kami berancang bersama untuk terjah ke rumah blogger yang ada. InshaAllah semoga tahun depan dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri sebegini lagi.

Terima kasih ye semua sebab menambahkan lagi kenangan gembira dalam kehidupan ena ketika Hari Raya Aidilfitri 2016. Akan ku ingat sampai mati. Love you all. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke syurga.




GENG BLOGGER TERJAH RAYA

Eyza Miel (Kak Yong)
Shiqin Sunshine (Angah)
Rosni Emilinda (Alang)
Iuzira (Ateh)
Ina Ainaa (Acik)
Acul & Isteri


Share

Other Article

AIDILFITRI 2016 | RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
8.8.16

So sweet~~ hehe nnt tahun dpan pegi lagi!! Haha geram bebear tu... tu la kak yong masak ngn suami dia...hehe terharu kak yong masak bnyk2 suami is3~1

Reply
avatar
8.8.16

Bestkan geng terjah raya. Moga #EAOfficialCrew kekal sampai bebila. Sayang adik2 Kak Yong.

Reply
avatar
8.8.16

time tu akak g scan baby.. kalo tahu lepas scan leh join umah eina tauuu

Reply
avatar
8.8.16

Bestnya kenangan kita kannn.. Terbaik la acik! Rasa best sangat baca entry ni.. huuu... Abes je terjah, semua demam! Hhahahaha

Reply
avatar
9.8.16

meriah sangat :)

Reply
avatar
9.8.16

Meriah nyerrr raya korang~

Reply
avatar
9.8.16

Seronok dapat beraya banyak rumah ni..selain merapatkan silaturahim dapat rasa makan sedap-sedap tu kan :)

Reply
avatar
23.8.16

wahhh seronoknya beraya bersama blogger :)

p.s boleh tahan tinggi Ena ya..suka tengok :)

Reply