BROTHERHOOD WESTERN & GRILL | NIKMATI MAKAN MALAM DI KUANTAN | Untuk entri foodhunting kali ni ena nak share satu kedai makan yang berteraskan makanan Barat iaitu Brotherhood Western and Grill. Ena setakat ni mampu pergi foodhunting di sekitar Kuantan sahaja.
Terlintas dihati nak makan kat sini sebab kawan yang suggestkan. Tambahan pula, berhajat nak makan malam bersama-sama dengan group clinical posting ena. So, discuss punya discuss dan dah pening tak tahu nak makan malam kat mana terus pilih makan malam kat sini. Alang-alang tu boleh terus berfoodhunting. Makan ramai-ramai syok sedikit, banyak pilihan makanan yang boleh share. Kalau nak tahu best ke tak, sila teruskan pembacaan you all.
BROTHERHOOD WESTERN AND GRILL
Tempat makan ni terletak ni Indera Mahkota 15. Dari UIAM ke Brotherhood Western and Grill dekat je, tak terusik pun minyak kereta. Ahaks. Tempat makan ni juga berhampiran dengan Terminal Bas Kuantan dan Tunas Manja Group (TMG) Mart. Bagi yang tak biasa lagi kat Kuantan ni, jangan risau ena ada share alamat di bawah ni. Tak pun, you all boleh guna Waze / Google Maps. Search je 'BROTHERHOOD WESTERN AND GRILL'.
ALAMAT
A73 Lorong IM15/19 BIM
Kuantan, Pahang
WAKTU OPERASI
Hari: Isnin - Ahad (Rabu Cuti)
Masa: 4pm-12am
Dekat sini sesuai untuk makan malam sebab menu-menunya menekan konsep Barat seperti Grill, adik-beradik pasta, burger dan lain-lain lagi. Kalau you all nak tahu, kena datang sini sendiri la. Ena share mana yang mampu jelah ye. Okay. Selain itu, kalau nak buat parti kat sini pun sesuai sebab keadaan kedainya yang cantik dan selesa. Tapi kena tempah dulu la kalau nak buat sebarang jamuan apa semua. Kalau nak makan sahaja, walk-in je terus.
Berikut adalah menu yang ena dan kawan-kawan yang lain pilih. Banyak juga pilihannya sampai ena pun tak tahu nak ambil yang mana. Harga pun boleh tahan juga mahalnya tapi bila dah dapat you all akan rasa "Patut la harganya macam tu". Banyak sangattt. Oooppssss, dah terbuat feedback kat sini la pula. Okay okay, jom tengok menu apa yang bertuah tu. Cewaaaahhh.
Grilled Chicken Chop. Sedap hoii! Rugi tak minta yang ni. Dah la banyak. |
Lamb Chop. Ni pun sedap. Banyak lamb diberi. Kuah black peppernya pun mantap. |
Rib Eye Steak. Menarik juga yang ni cuma terlupa nak rasa yang ni. |
Chicken Cheese Baked Rice. Selonggok cheesenya. Tempting sangat. |
Yang ni menu pilihan ena, Turkey Spaghetti. Marinara Sauce dia sedap cuma ena ingat dia letak isi Turkey yang fresh. Kurang minat kalau yang slice slice ni. |
Baked Beef Bolognaise Penne. Ena suka yang ni sebab banyak cheese. Rasanya pun menarik |
Seafoof Aglio E'olio. Ramuannya dah sedap, cukup pedas, dan cukup rasa bawang putihnya. Cuma rasa seafoodnya agak kurang sedikit. Manis seafood tu tak ada, rasa tawar. |
Kentang Goreng. Sesuai untuk buat kudapan. |
![]() |
Float Coke |
Ice Lemon Tea |
Limau Panas. |
Dessert Ice Cream |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Suasana tempatnya selesa untuk jamu makanan kat sini. Ada tempat basuh tangan, parking pun senang juga, bilik pun berpenghawa dingin. Rasa makanan pun okay secara keseluruhannya even harga agak aumm aumm juga. Tapi banyak, tu tak rasa mahal sangat. Kebersihan kedai pun memuaskan hati ena, memang dijaga dengan baik. Recommended untuk you all makan malam kat sini bagi yang teringin nak makan ala-ala Western.
Next time ena nak layan Grill apa semua tu. Hari tu pilih Pasta, ni nak rasa yang bersteak berlamb bagai pula. Craving balik dah ni. Huaaaaa. Dekat dengan hostel senang la nak pergi nanti. Tunggu dulu ada rezeki lebih baru boleh mai. Biasalah nama pun student. Ahaks.
DETAILS BROTHERHOOD WESTERN AND GRILL
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kedai makan ni, you all boleh terjah instagram atau facebook mereka. Tak pun direct contact dengan pihak mereka. Ena ada share semua contact kat bawah ni. Semoga dapat membantu you all.
FACEBOOK
INSTAGRAM
NOMBOR TELEFON
012 9167483
012 9167494
3 Comments
menarik☺️👍
ReplyDeletewah..yummmy...
ReplyDeletemenyelerakan..amlam2 tengok makanan..tak mampu amik makanan ina, makan roti jele..hehee
ReplyDelete