Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, August 21, 2016

PRETZ N' BEANZ | MINUM PETANG DI BANGSAR




PRETZ N' BEANZ | MINUM PETANG DI BANGSAR  | Dah berkurun abad ena pergi foodhunting kat Pretz N' Beanz, hari ni baru nak update. Lagipun tak ada banyak makanan yang ena nak share kali ni, yela minum petang kan. Just nak share dengan you all akan kewujudan Pretz N' Beanz ni. Ahaks. Bagi yang ada hobi macam ena ni, boleh cuba try test kat sini dan pilih la menu selain yang ena akan share di bawah.

Ena dengan partner foodhunter ena, Yazid memang suka makan Pretzel ni. Kalau jumpa, mesti beli. Dan lagi kami suka makan kalau pretzel tu tengah panas lagi. Perghhh! So, bila tengok ramai kawan share pasal Pretz N' Beanz, ena dengan Yazid bercadang untuk foodhunting kat sini. Nak merasai Pretzel kat sini pula. Pergi waktu petang sebab macam sesuai dengan santapan yang bakal kami rasai. Gittew. 


PRETZ N' BEANZ BANGSAR 



Pretz N' Beanz ni mempunyai dua cawangan untuk setakat ini, iaitu di Bangsar dan Solaris Mont Kiara. Menu utama kat sini adalah Pretzel yang lembut, sedap dan Kopi yang menyegarkan. Sebab tu la kot di panggil "Pretz" dan "Beanz". Tapi ada je menu selain dua ni, ala-ala menu western gittew. Kalau tak nak makan Pretzel, boleh try menu yang lain.

Ena datang ke sini dengan bantuan daripada Waze. Kalau nak ke mari, Waze / Google Maps dengan search nama kedai ni. Kalau nak alamat, boleh rujuk dibawah ni. Jangan risau ena share sekali alamatnya.




ALAMAT:

1) Cawangan Bangsar

PRETZ N' BEANZ
No 9, Ground Floor,
Jalan Tewali 2, 
59100 Kuala Lumpur


2) Cawangan Solaris Mont Kiara

PRETZ N' BEANZ
No 22, Ground Floor, 
Jalan Solaris 4,
50480 Kuala Lumpur


WAKTU OPERAS:
Hari: Ahad - Khamis
Jam: 7.30am - 12am
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum  ( 7.30am - 1am)




MENU YANG DIPILIH



Seperti yang ena sudah sebutkan di atas-atas tadi, tak banyak menu pun nak ena share kat sini. Nama pun minum petang kan. So, order simple-simple je. Tapi yang wajib ada ialah pretzel. Ena nak sangat rasa pretzelnya bagaimana. Ramai yang kata sedap. So betul ke sedap?? Nak tahu teruskan pembacaan you all yeee.


Ice Raspberry Tea dan Passion Fruit Sparkling Soda. Ena tak boleh masuk dengan Teh Raspberrynya sebab rasa pelik. Maybe tak biasa minum teh campur dengan Raspberry

Cheezy Mushroom Chicken Baked Rice. Sedap! Ena suka. Cheeze dia memang mantaplahhh. Ena ni hantu cheese, memang layan habis laaa.

Banyak-banyak pretzel, ena dengan Yazid paling suka yang Seaweed. So, kami pilih yang Seaweed Pretzel. Besar juga pretzelnya, sedap. Lembut di dalam, rangup diluar.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Suasana kedai memang cantik, selesa, tenang dan bersih. Ena suka tempat makan yang macam ni. Selesa nak jamu selera, selesa nak lepak-lepak. Pelayan pun layan kami dengan baik dan ceria. Makanan dah okay bagi ena, boleh diterima dek tekak ni. Cuma mengenai harga, bagi ena agak mahal. Mula-mula tengok menu, tertelan juga air liur ni. Tapi nak mencuba, so order jelah.




Apapun, tak salah nak mencubakan. Lagipun pun hal-hal yang lain okay je. So tak menyesal la minum petang kat Pretz N' Beanz 



DETAILS PRETZ N' BEANZ

Untuk ketahui menu-menu yang ada dijual serta harga apa semua, you all boleh terjah ke laman social official Pretz N' Beanz. Klik je link yang ena share kat bawah ni ye. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Heeee.





WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM



Share

Other Article

PRETZ N' BEANZ | MINUM PETANG DI BANGSAR
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
21.8.16

pretzel tu macam sedap je. :D

Reply
avatar
22.8.16

Harga dia sbnrnya mmg agak overprice sikit..tapi kadang tu tutup mata la sbb teringat pretzel punya pasal

Reply
avatar
22.8.16

kat sini memang sedappppppp lagi lagi aglio olio dia!!

Reply
avatar
22.8.16

tak reti makan pretzel ni ..kalau terjumpa teringin gak nak try :)

Reply
avatar
24.8.16

tak pernah makan lagi..nak try gak

Reply