Sunday, August 28, 2016

APA ITU ROJAK TONGGEK? | PULAU PINANG


APA ITU ROJAK TONGGEK? | PULAU PINANG | Apa tonggek tonggek ni? Haaaa, untuk hari ni ena nak ice breaking je pasal apa itu Rojak Tonggek. Orang Penang tahulah Rojak Tonggek ni apakebenda. Ena orang luar ni, memang terpinga-pinga bila orang cakap "Rojak Tonggek". Ingat rojak tu dibubuhnya tongkeng ayam.

Bila dah ditempat kejadian, baru ku tahu apa kebenda Rojak Tonggek ni. Memang unik bagi ena, sebab tak pernah makan rojak sebegini rupa. Nak tahu apa yang menonggek sangat tu? Harharhar. Jom tengok video kat bawah ni.




ROJAK TONGGEK PULAU PINANG

Rojak tonggek ni adalah dimana you all makan makanan yang telah dicucuk macam sate tu tapi lebih kepada buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang sesuai dimakan  bersama dengan kuah rojak. Kuah rojak yang warna hitam, ada tabur kacang hancur tu. Tapi yang ena makan ni ada dua jenis kuah rojak, satu yang manis dan satu lagi yang pedas. Lepas tu kan, you all pasti akan tertonggek macam video kat atas. Ahaks. Tak adalah tonggek mana.

Cara makannya, you all ambil cucuk makanan tu, celup dalam kuah rojak yang telah disediakan dan erus makan kat situ juga. Namun, pastikan you all fikir juga kat orang keliling. Bila makan tu jangan makan direct dalam mangkuk rojak tu. Cicah je, makan halakan muka tu kat tempat lain. Nanti tak memasal air liur you all masuk ke dalam kuah rojak tu. Iyyeek!




Dan juga jangan buang lidinya. Simpan sampai you all dah puas makan. Satu lidi berharga RM1. So, penjual tu akan kira bilangan lidi yang you all ambil. Kalau nak makan bawa balik pun boleh. Tiada masalah. Kalau memang penduduk Pulau Pinang senanglah. Kalau orang luar macam ena ni, kena makan kat situ juga la. Baru feel. Yeahhh!

Itu sahaja ena nak share. Lokasi tempatnya kat area Pulau Pinang. Banyak gerai jual rojak tonggek ni. You all boleh pilih nak makan yang mana. Boleh guna Waze, you all search je "Rojak Tonggek Pulau Pinang". InshaAllah sampai. Selamat mencuba ye. 





Share

Other Article

APA ITU ROJAK TONGGEK? | PULAU PINANG
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
28.8.16

comel ja nama nya. hehe.

Reply
avatar
28.8.16

nanti kalau zaza sampai pulau pinang boleh la singgah merasa..

Reply
avatar
29.8.16

Macam best je..
Family AM plan nak pi penang perkena nasi kandar dan jejalan..
Boleh masukkan dalam list untuk merasa royak tonggek nie..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Reply
avatar
29.8.16

ina pernah makan mee tonggek? femes gak kat pasar malam or pasar ramadhan.. orang beratur penjang giler..hahaa

Reply
avatar
29.8.16

hooo ini dier rojak tonggek yang ina bgthu smlm kt fb ek..eh nak rasa laa..huwa...x bekfes lg ni..lapaq..sat g nk p !!

jemput singgah sini, jangan lupa join sekali untuk menangi set Skinfood bernilai RM200 :)

http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html

Reply
avatar
9.9.16

heheheh wajib makan ni kalo pi Penang.. and yes makan kena dengan caranya.. kena tonggek =P

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)