Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, July 14, 2016

KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016


KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016 | Setelah sebulan lebih ena bercuti, now dah start mem'busy'kan diri kat Kuantan ni. Mood beraya masih ada lagi, time bertugas kepala ni masih teringat-ingat kat rumah. Sedih. Hurmmm. Namun, Alhamdulillah la sebab raya pada tahun ni banyak memberikan kenangan yang indah pada diri ena. Dapat berpuasa sebulan di rumah parents ena dan macam-macam lagilah.

Macam mana dengan Raya Aidilfitri you all? Ena tengok meriah je kat Timeline Facebook dan Instagram. Seronok ena tengok. Pakai baju lawa-lawa, gaya yang best-est bila bergambar dengan keluarga. Suka suka suka. Ena pula macam biasa beraya di Tanjung Malim untuk tahun ni. Memang layan tetamu je yang mai ke rumah. Raya keempat baru balik beraya di Taiping. Tahun lepas, raya kedua dah chaw balik Taiping pagi-pagi buta.




Even ramai yang datang menziarahi tapi itulah yang buat ena rasa sangat gembira. Nama pun raya, kalau tak melayan tetamu tu bukan raya la tu. Heeee. Dapat jumpa saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Alhamdulillah. Dah cukup nikmat bagi ena. Tak pergi jalan-jalan beraya pun sudah memadai. Adik-beradik ena pun balik ke rumah tahun ni, memang syokk habislah.

Untuk entri kali ni ena tak mahulah share cerita setiap raya ena. Bukan ke mana pun, duduk rumah je. Hanya gambar kenangan je ada. So, ena share beberapa gambar kenangan beraya Aidilfitri ketika di rumah untuk semua hari. Banyak gambar ambil, tapi tak semua ena akan muat naik kat sini.



RAYA PERTAMA : TANJUNG MALIM

Family ena. Outfit raya ena daripada Rina Salleh Clothing. Suka sangat dengan dressnya.

Dengan anak angkat abah ena. They are my lovely family

Beraya kat rumah saudara ena, dia ada buat Madu Kelulut yang dia bela sendiri kelulut tersebut. Banyak juga ilmu yang ena dapat mengenai kelulut ni.



RAYA KEDUA: TANJONG MALIM

Untuk raya kedua ni ena tak banyak bergambar sebab busy layan tetamu. Saudara mara ramai datang ke rumah ena. Memang tak menang tangan jawabnya. Sibuk berborak sampai lupa nak bergambar. Its okaylah. Kenangan pada hari raya kedua ada di minda ena. Cewahhh.



RAYA KETIGA: TANJONG MALIM




Masa hari raya ketiga, partner foodhunter ena serta owner kepada sini, Yazid Yahya pun turut datang beraya ke rumah. Yeay! Memang seronok habis bila mereka datang ke mari. Betul-betul kenangan terindah ni. Auuummm.


Laksa Sarawak anak angkat abah ena paling dirindui ni. Sedappp! Mujur tahun ni kakak angkat ena ni masak laksa ni. Terubat craving ena selama ni.


Lepas Yazid balik, ena dengan family ena pergi beraya di rumah anak angkat abah ena pula. 




RAYA KEEMPAT: TAIPING, PERAK

Raya ke empat, sehari sebelum balik Kuantan, ena dan family pergi beraya kat Taiping pula. Rindu Taiping.

Dengan kakak saudara kesayangan sejak kecil lagi. 


Itu untuk entri kali ni tapi masih belum stop nak cakap pasal raya-raya ni. Nama pun raya sebulan kan, so InsyaAllah ena akan teruskan post mengenai raya Aidilfitri ena pada tahun 2016 ni. Stay tuned!



Share

Other Article

KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
15.7.16

selamat hari raya Ena. cantik baju raya :)

Reply
avatar
15.7.16

wah..seronoknya beraya..

Reply
avatar
28.7.16

banyak kenangan raya yang menyeronokkan :)

Reply