Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, July 01, 2016

JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH



JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH | Kali ni ena nak share resepi Roti John yang mudah dan boleh buat kat rumah. Resepi ni pun ena dapat daripada orang, tak ingat dah kat mana. Hahahaha. So, ena cuba try test buat, wow! Sedap jugaaaa. Sebab itulah ena nak share resepinya bagaimana.

Lepas ni ena buat je kat rumah Roti John, tak payah nak beli kat luar. Mungkin rupanya berlainan tapi b=puas hati. Janji menjadi rasanya. Lagipun kita nak letak daging atau segala isi roti john banyak mana pun boleh. First time percubaan, alamatnya memang rupa bentuknya agak tak menarik tapi Alhamdulillah rasa roti john ni menarik hati ena.



RESEPI ROTI JOHN



Untuk resepi ni, ena guna roti biasa je sebab ena lebih suka roti biasa ni berbanding roti hotdog tu. Kalau you all nak guna roti hotdog tu, tarak masalah. Okay moh la kita


Bahan-Bahan

- 2 biji Telur Ayam 
- 1/2 cawan susu segar Dutch Lady (Botol Tutup Hijau)
- Daging lembu / Ayam kisar Ramly
- 2 Keping Roti 
- 1/2 Bawang Holand ( Bawang besar warna putih, potong dadu)
- 1 bawang merah kecil & 3 bawang putih (Tumbuk sampai hancur)
- Butter / minyak masak biasa
- 1 sudu teh kari ayam / kari daging
- Secubit garam


Cara-Cara

**Pukul dua telur terlebih dahulu bersama dengan susu segar. Macam nak buat telur dadar tu tapi jangan letak garam. Dah siap, letak ketepi dahulu sebab telur dadar ni nak guna last nanti


1) Panaskan kuali dan minyak. Tumis bawang kecil dengan bawang putih yang sudah ditumbuk tadi.
2) Masukkan bawang holand yang dipotong dadu. Masak sampai dah naik bau.
3) Masukkan daging kisar dan gaulkan sekali dengan bahan ditumis tadi
4) Apabila daging dah nampak separa masak, letak secubit garam dan satu sudu teh kari.
5) Gaul kesemua sampai sebati.
6) Daging dah masak sepenuhnya, pelahankan sedikit api dan tuang telur dadar ke atas daging tadi.
7) Letak dua keping roti kat atas telur tadi. Letak semasa telur masih belum masak sepenuhnya.
8) Tunggu telur masak dan siap! 


Dah boleh hidang dengan apa sahaja yang you all nak. Nak letak mayonis ke, sos keju ke, cheesedale ke, kuah lada hitam ke, tomato ke, dan pelbagai lagi la. Ikut selera masing-masing.







Ena letak cendawan sedikit sebab ena suka cendawan.

Kuning-kuning tu disebabkan daripada serbuk kari


Kalau nak cantik ikut ukuran dengan betul. Ena main buat je. Tak kisah sangat rupa paras, janji sedap.


Itu sahaja daripada ena. Sekadar perkongsi resepi yang mudah-mudah yang ena reti buat. Nak advance tu kena rujuk pada resepi chef-chef seperti blog Chef Abang Brian. Selamat mencuba ye.


Share

Other Article

JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH
4/ 5
Oleh

2 Comments

Tulis Comments
avatar
1.7.16

nice one ! nanti nak buat jugak lah ;)

Reply