Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, July 03, 2016

RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL?




RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL? |  Assalammualaikum you all. Lagi dua hari je lagi nak menyambat 1 Syawal dimana kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 2016. Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kita berpuasa. Serius, mula-mula dulu rasa lambat je lagi nak habis puasa. Ni dah sampau penghujung dah. Alhamdulillah dan sebak juga hati ni. Hurmmm.

So, bagaimana persiapan raya you all? Ke masih belum ada mood nak beraya? Ahaks. Ena mula-mula puasa dulu dah siap semuanya beli segala persiapan untuk raya seperti baju raya la, kasut raya, tudung raya la dan macam-macam lagi la. Ena memang macam ni, sentiasa bersemangat nak raya. Adakah itu boleh menandakan tahap kematangan seseorang itu? Tidak ye. Hehehe. Tahun ni ena bersemangat lebih sedikit nak raya sebab semua adik-beradik ena balik beraya kat sini. Tahun lepas pakat-pakat beraya kat belah mertua. Ni ikut turn la pula. Yeahhh. 


Gambar raya tahun lepas di Taiping, Perak. Rumah arwah wan dan tok wan


Ena sebagai anak bongsu dan masih belum berkahwin, so sebagai tanggungjawab ena adalah menolong parents mengemas rumah. Dari semalam lagi ena dah mula mengemas rumah untuk pecutan terakhir. Tudiaaaa!! Pecutan la sangat, Ahaks. I mean, kemas yang berat-berat seperti semalam, basuh tingkap secara berjemaah dan hari ni basuh kipas secara berjemaah. Esok dan lusa pula dah ada benda nak buat secara berjemaah lagi. 

Yeahh! Umur masih muda ni jangan malas-malas nak buat kerja. Gunalah tenaga muda yang ada pada tempat yang betul. You all pun sekarang mesti tengah busy buat persiapan nak raya kan. Ada yang sedang buat kuih raya, ada yang tengah on the way nak balik kampung dan ada yang tengah mencari baju raya. Apapun, semoga you all selamat sampai ke destinasi dan selesaikan apa yang patut untuk raya nanti. 




Ena ni pun dah mula busy dengan benda lain dan nak lari keluar dari dunia media social ni. Banyak lagi kerja kat dunia realiti. Hehehe. Itu sahaja daripada ena, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada ena dan keluarga. Maaf zahir dan batin sekiranya kelakuan ena ada yang tak menyenangkan. Semoga raya kali ni memberi banyak kenangan manis kepada kita.




NAK TAHU UP-TO-DATE RAYA ENA? JOM FOLLOW



Share

Other Article

RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL?
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
4.7.16

Persiapan biasa2 je thn ni.. Hehe.. Takde shopink pon.. Pakai ke baju mana yg belum pakai.. Pastu recycle je baju2 yg jarang dipakai.. Alhamdulillah, jimat tahun ni.. ^^,

Reply
avatar
4.7.16

tak de mood raya.. baju , kasut semua tk beli lagi. tak rasa dah 2 hari nak raya ..
mata sakit ..bertambahla sepet mata ini.. tu malas nk kuar beraya. Lagi pon mata pedih kalau buka lama2.. huhu

Reply
avatar
12.7.16

Dah abeh raya.. Ehhh, raya kan sebulan, hehe..!

Reply
avatar
12.7.16

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Diari Mommy Muhaimin

Reply
avatar
13.7.16

bagus ina...kederat muda laa yg perlu utk tolg org tua..terutama ibu bapa kita..tolg ringankan mereka..mcm k.sha dh jauh dr fmly..Alhamdulillah..adik2 amik alih...

Reply