RINDU SUASANA BERBUKA DAN BERSAHUR | #INDAHNYARAMADAN | Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban Ya
Ramadhan! Ramadhan Tiba! Ohhh myyy!!! Tak tahu nak gambarkan perasaan ena ni
bagaimana setiap kali menjelang bulan yang mulia ni. Semenjak 3 tahun yang
lepas lagi, ena macam ni tau. Baru terasa akan kegembiraan yang sebenar apabila
menyambut bulan Ramadhan. Mungkin sebab sejak puasa pada tiga tahun yang lepas,
my life and my happiness bertukar 360 darjah hingga sekarang. I love my life
now, bersyukur sangat-sangat. Sebab itu ena rasa seronok setiap kali nak
berpuasa dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah!
Okay bila puasa je, mesti
teringat-ingat suasana berbuka puasa di rumah bersama-sama dengan keluarga yang
tersayang. Mana yang sedang merantau tu, mesti meriah pergi berbuka atau
bersahur dengan rakan-rakan seperjuangan. Itulah yang ena rasai selama ni,
kawan-kawanlah penceria ena ketika berbuka puasa. Petang-petang je start enjin
kereta dan serbu bazaar Ramadhan yang berdekatan. Berhimpit-himpit cari makanan
untuk berbuka dan tapau sekali untuk sahur. Beli macam nak makan 10 orang, last-last tak habis. Kah! Entah la,
memang ena rindu sangat perasaan waktu berpuasa. Sebak pun ada, seronok pun dan
tak sabar nak raya pun ada. Oopppsss. Ahaks.
AKTIVITI ENA KETIKA RAMADHAN 2016
Sudah sekian lama ena tak
berpuasa kat rumah. Dapat balik pun lagi tiga empat hari lagi nak raya. Sedih
tau, hurmm. Pada tahun ni Alhamdulillah, seronok tak terkata. Disebabkan cuti
yang lama, ena berpeluang untuk berpuasa selama sebulan di rumah bersama mak
dan ayah ena. Suasana Ramadhan yang paling indah dan paling menggembirakan hati
ena apabila dapat puasa sepenuhnya dengan keluarga tersayang. Yela, sahur
bersama, berbuka bersama dan solat tarawih bersama. Oh my!! You feel me right?
Okaylah, sebagai #IAFoodhunter dan
blogger makanan, ini masanya ena nak pergi ber”foodhunting”. Masa bulan
Ramadhan ni la rasa excited nak share makanan-makanan yang best untuk berbuka
dan juga untuk bersahur. Tambahan pula tengah cuti, nafsu memburu makanan semakin
bercanak-canak la. Yeahh! Mahu release tension maaaaa.
Kali ni ena nak share satu menu
yang menarik untuk berbuka dan sahur daripada McD. Masa ini ena di diluar kawasan
sebab nak pergi shopping di suatu tempat ni. So tak tahu nak makan kat mana
dah, nak pergi bazar dah tak larat. Ena serbu ke McD, tengok macam best jeee
menu untuk Ramadhan. Harga pun not bad.
![]() |
Memori terindah berbuka puasa bersama kawan-kawan pada tahun yang lepas |
MENU YANG DIPILIH
Memula ingat nak makan burger McD
yang ena dah biasa makan selama ni. Masa ena mai, eh ehhh ada menu baru laaa. Menu
special untuk berbuka sepanjang bulan puasa ni. So, ena pilih dua-dua iaitu Foldover Mashwi Daging dan Foldover Lazeez Chicken.
Satu untuk ena, satu untuk partner foodhunter ena. Tengok macam menarik dan
mengenyangkan, sebab tu pilih menu Selera Ramadan McD ni.
Foldover Lazeez Chicken
Foldover Mashwi Daging
FEEDBACK DARIPADA ENA
Bagi
ena, yang specialnya roti Arab tu. Lembut je, tak terlampau nipis dan tak
terlampau tebal. Sedang elok nak berbuka puasa dengan menu McD yang ni.
Dalamnya Foldover Lazeez dihidangkan bersama 2 kepingan ayam gril, salad segar
dan sos bawang putih. Manakala Foldover Mashwi disajikan dengan daging digril
empuk, salad segar yang disempurnakan dengan sos pedas unik. Mantapppp!
Harga pun tak terlampau mahal dan
tak terlampau murah. Boleh la bagi mereka yang sedang merantau atau sedang
mencari kedai makan untuk berbuka, untuk cuba try test menu Selera Ramadan dua
jenis ni. You all boleh dapatkannya di McD yang berdekatan dengan rumah you
all.
WEBSITE:
FACEBOOK:
6 Comments
seronok berbuka puasa beramai-ramai terutama dengan family :)
ReplyDeletemak aii.. slurrpp...
ReplyDeleteKakak is terliur tauuu.. Gugugu~ Teringat dulu masa duduk kat Klebang, Perak.. Selalu sahur gi makan kat McD.. Maklumla McD depan umah jer.. Hahaha! Tapi berbuka jarang2 la kat luar.. Kecuali kalau berada di luar kawasan macam ena.. McD la antara yang jadi 1st choice.. Hehe..
ReplyDeleteRosmizaAli.Com
Sedapnya tgk ena makan ;)
ReplyDeleteBestlah dapat berbuka bersama-sama dengan kawan. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/
ReplyDeletewuu, tempting nihhhh, nanti nak try lah pergi mcd, hehe
ReplyDelete