RAMADHAN TIBA! RAMADHAN TIBA! | SELAMAT BERPUASA

by - Monday, June 06, 2016


RAMADHAN TIBA! RAMADHAN TIBA! | SELAMAT BERPUASA | Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan pada tahun 2016 ni. Rasa macam baru je masuk tahun baru ritu ni, sekarang dah bulan 6 dah. Dan hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa untuk tahun ni. Alhamdulillah.

Setiap bulan Ramadhan, mesti ena tersenyum dan happy untuk menyambutnya. Sejak tiga tahun yang lepas la, Allah berikan sedikit demi sedikit kebahagiaan dalam kehidupan ena. Berjumpa dengan orang yang baik-baik dan rezeki pun Alhamdulillah. Makin lama I can feel my bearing back. Tahun ni pula, ena dapat puasa di rumah selama sebulan sebab tengah cuti semester. Perghhh! Lama tak dapat rasa moment macam ni. Selalu berpuasa diperantauan je. Sobss!

Oleh itu, di sini ena ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa bersama-sama dengan orang tersayang kepada semua readers ena . Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu nikmat dan manfaat kepada kita semua. InshaAllah Amin. InshaAllah, sebagai foodblogger dan foodhunter ena akan share beberapa tempat makan yang bakal ena terjah nanti.Jangan jemu-jemu untuk membaca ya. 



You May Also Like

2 Comments

  1. Selamat berpuasa Ina...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete