JUADAH BERSAHUR | JUS PISANG KURMA RESEPI ENA

by - Tuesday, June 14, 2016



JUADAH BERSAHUR | JUS PISANG KURMA RESEPI ENA | Actually ena tak tahu nak bagi nama apa, so panggil jus pisang kurma la. Kali ni ena nak share jus pisang cara ena ni yang sesuai untuk mereka tidak berselera nak makan berat pada waktu sahur. Disebabkan pisang dengan kurma bergabung dalam satu jus, so rasanya agak manis. Oleh itu, agak tak sesuai bagi mereka yang ada penyakit kencing manis.

Jus pisang ni pun ena ambil idea daripada orang lain cuma resepi orang tu tak letak kurma. Ena letak kurma ni sebab kurma adalah elok untuk berikan kekuatan pada tenaga orang yang sedang berpuasa. Tapi maaflah kalau tersama dengan resepi orang lain. Ahaks. Kita share-share ilmu dapat pahala ye dok?



RESEPI JUS PISANG KURMA

Berikut ena share sedikit cara-cara ena buat jus pisang ni. Senang dan cepat. Tak banyak karenah pun jika semua bahannya ada. Ahaks. Okay, selamat mencuba ye.


Bahan-Bahan
1) Pisang 3 biji
2) Kurma 5 biji
3) 1 atau 2 cawan susu segar low fat 
4) 5 ketul ais


Cara-Cara
Blender je semua bahan. Dah siap. Sebelum makan pastikan selawat dan baca doa makan terlebih dahulu. Dan digalakkan makan 15 minit sebelum nak habis waktu sahur. Tambahan lagi, lepas minum jus pisang ni jangan lupa minum AIR KOSONG dua gelas paling kurang sebab jus pisang ni manis. 





Alhamdulillah, ena sendiri dapat rasa perbezaannya. Tak rasa mengantuk pun lepas bersahur. Selalu tahan mengantuk juga sebab bagi diri tak tidur lepas sahur. Tapi bila minum jus ni, mata segar bugar. Maybe effect atau kadar daripada sympathetic dan parasympathetic dalam badan kita juga. Dan yang pasti tandas akan menunggu you all selepas tu. Ahaks.



You May Also Like

10 Comments

  1. Yang macam ni la kenyang sungguh ! Perkongsian yang bagus dik ;)

    ReplyDelete
  2. akak tak pernah cuba buat lagi letak banana.. selalu kurma & susu jer.. memang elok utk preggy mum ni.. selalu kurma tu 1 kotak jer bleh abis dalam masa seminggu.. hahahah akak suka hat lembut2 tu.. keras2 mmg tolak tepi lah..

    ReplyDelete
  3. ermm..mcm sedap..tp xpernh try dua2 jus ni...

    ReplyDelete
  4. Wuuu...nampak cam sedap tp tak tahu kite leh telan ke tak..hehe

    ReplyDelete
  5. kurma dah ada
    pisang pun dah ada..
    rajin ngan x rajin jer nie nk buat
    hehehe
    nmpak cam sedap pulak.

    ReplyDelete
  6. tak pernah try lagi ni ... boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  7. Biasa minum kurma dgn susu je..tambah pisang pun sedap. ala ala banana milk shake gitu

    ReplyDelete
  8. sedapnya, kalau neeza dok rumah sewa lagi, mesti dah buat resepi kak ena ni :D

    ReplyDelete
  9. Nak try la. Nampak sedap hehe

    ReplyDelete