Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, June 22, 2016

JUADAH BERBUKA | RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING


JUADAH BERBUKA | RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING | Siapa kat sini suka bendi?? Kalau suka, kita geng. Yeahhh! Ena suka yang teramat sangat kalau bab bendi-bendi ni. Masa kecil-kecil dulu anti hiler dengan bendi ni. Tapi bila sekali dah cuba, perrrgghhh melekat sampai sekarang. Pantang nampak bendi mesti selera membuak-buak. Hehehe.

Okay, ena nak share satu resepi bendi goreng udang kering. Ini pun salah satu resepi yang my mom buat dan ena follow je. Ena follow sebab hasilnya sedap. Kalau buat bendi goreng ni, tak payah ada lauk lain pun dah tak mengapa bagi ena. Bertambah-tambah nasi beb! 


RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING




Bahan-Bahan
-Tumbuk cili merah bersama bawang besar dan bawang putih. (Lebihkan bawang putih)
-Tumbuk udang kering (Ena suka letak banyak-banyak)
- Minyak zaitun / minyak biasa 
- Bendi (Ikutlah banyak mana nak)
- Sos tiram
- Kicap manis
- Garam

Cara-Cara
1) Masukkan sedikit minyak dalam fried-pan yang telah dipanaskan. Api sedang-sedang besar
2) Tumis cili merah, bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur
3) Bila naik bau, masukkan udang kering yang telah ditumbuk separa hancur.
4) Gaul untuk kasi sebati
5) Baru boleh masukkan bendi. Gaul sekali lagi dan biarkan bendi tersebut masak. 
6) Bendi dah nampak lebih lembik dari sebelumnya, taburlah kicap manis dan sos tiram mengikut kuantiti bendi yang you all letak
7) Tabur secubit garam dan biarkan segala rasa-rasa tu dah meresap dalam bendi.
8) Siap


Gitulah resepi campak-campak ena untuk bendi goreng udang kering. Senang je, tak ambil masa yang lama sangat. So, lagi setengah jam nak berbuka dah boleh siap sedia nak masak. Semoga berjaya. 


Share

Other Article

JUADAH BERBUKA | RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
24.6.16

kita gengggggg! akak suka giler ngan bendi ...masak la apapun memang boleh ngam punya kan! Simple resepi ni, boleh try masak kat kampung nanti hehe :)

Reply
avatar
24.6.16

wahhh macam sedap je

Reply
avatar
24.6.16

Tak makan bendi sebab tak makan sayur..haha..tapi leh try buat resepi ni..hehe

Reply
avatar
11.7.17

aduh lama tak memasak. bendi tu nampak sedap
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)