Thursday, June 09, 2016

JUADAH BERBUKA | NASI GORENG TOMYAM BERTUNA


JUADAH BERBUKA | NASI GORENG TOMYAM BERTUNA | Alhamdulillah, harini hari ke 4 kita berpuasa dengan jayanya. You all berbuka apa je hari ni? Mak ena dah tak tahu nak masak apa dah yang menyelerakan kat perut kami ni. So, ena ambil keputusan untuk masak hari ni. Masak simple-simple je ikut cara ena. Janji sodappp! Ahaks. 

Okay, menu utama hari ni ena masak Nasi Goreng Tomyam Bertuna. Tudiaaa nama, siap bertuna bagai. Ahaks. Ena letak tuna, sebab tu ada 'bertuna' tu. Dulu masa ena kat rumah kat Temerloh, memang selalu juga masak nasi goreng ni. So, nak kata reti tu boleh la sebab ena rasa masak nasi goreng ni senang juga. Campak-campak je. Cuma time puasa ni agak mencabar sedikit sebab tak boleh nak merasa time memasak. Tak tahu terlebih gula ke, terlebih garam ke, apa yang terkurang ke. Serius kena pandai agak. 


RESEPI NASI GORENG TOMYAM BERTUNA

Oleh sebab ena main agak je tadi, Alhamdulillah sedang-sedang elok je Nasi Goreng Tomyam Bertuna ena. Fiiiuuhhhh! Ditambahkan pula tuna yang ena guna memang super sedap, so lega hati ena sebab dapat hasil yang memuas.

Tuna yang ena guna adalah TC Boy Malaysia. Banyak jenis tau tuna ni, tapi untuk sajian Nasi Goreng ena ni, ena rasa sesuai guna tuna jenis Solid In Extra Virgin Olive Oil. So berikut adalah resepi simple daripada ena.






Bahan-bahan:

1) Nasi untuk 4 orang makan yang disejukkan (2 pot)
2) 2 biji bawang merah kecil, 2 biji bawang putih (Bahan untuk tumis)
3) 1 biji telur
4) 2 setengah sudu tomyam
5) 1 tin tuna TCBoy Solid In Extra Virgin Olive Oil
6) 2 helai daun limau purut (Carik sedikit)
7) Ayam Mentah (Hiris dadu)
8) Kicap manis 
9) Garam
10) Gula

11) Mentega & Minyak


Cara-cara:

1) Gaul nasi dengan secubit garam dan secubit gula terlebih dahulu. Petua my mom. 

2) Panaskan minyak dan mentega. Jangan terlampau banyak sangat atau terlampau sedikit sangat. Sekadar untuk menumis. Api masa ni jangan over besar, nanti cepat hangus bawang nanti.


3) Tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil yang dihiris halus / tumbuk kasar. Sampai naik bau.

4) Masukkan ayam untuk kasi masak terlebih dahulu. 

5) Rasa macam ayam dah nak masak, masukkan telur, tuna TC Boy dan semua perencah tomyam. Gaul sampai nampak macam nak kering. Pastikan kuatkan api lebih sedikit daripada menumis tadi.


6) Masuk nasi yang dah disejukkan tadi. Gaul sampai sebati semuanya. Tuang sedikit kicap manis. Kalau taknak guna kicap pun dah okay. Ena jenis masak nasi goreng suka letak kicap sedikit.

7) Rasa dah nak boleh angkat tu, baru letak daun limau tadi. Daun limau tu untuk menaikkan bau sahaja. So tak perlu masak lama-lama dah. 

8) Siap! Ena tak suka letak serai sebab tak gemar sangat bau serai kalau masak nasi goreng ni. 






Itulah Nasi Goreng Tomyam Bertunakan TC Boy Malaysia ikut cara ena. Kalau ada terkurang atau terlebih tu, minta maaf la ye. Ena ni sekadar kongsi apa yang ena tahu dan apa yang ena praktik, kena banyak belajar lagi ni. Yeahh! I love to try everything. 


Apapun, pastikan you all pilih tuna jenama ni ye. Memang nyummmy! Okaylah, itu sahaja daripada ena. Esok nak masak apa pula ye? Emmm Emmmm. Sotong ada, udang ada, macam dah dapat idea je niii. Weeeee~ Nantikan esok ye. 


Share

Other Article

JUADAH BERBUKA | NASI GORENG TOMYAM BERTUNA
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
9.6.16

tak pernah pulak rasa tomyam bergabung dengan tuna... hehe boleh cuba la pasni <3

Reply
avatar
10.6.16

mcm sedap jee...nnti leh try nii...menyelerakan

Reply
avatar
10.6.16

makan nasi goreng pun sedap ni.. boleh simpan sikit tuk sahur.. jimat waktu memasak dinihari heheee

Reply
avatar
10.6.16

akak belum buat lagi nasi goreng.. tp dalam list jugak.. dah berbuka kat hotel sampai sahur tak lalu nak makan apa dah ni skrg ni.. hahah haruuu

Reply
avatar
16.6.16

Guna pes tomyam ke kuah tomyam? menarik menu ni.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)