Saturday, June 11, 2016

JUADAH BERBUKA | DAGING MARINATE RESEPI CAMPAK-CAMPAK


JUADAH BERBUKA | DAGING MARINATE RESEPI CAMPAK-CAMPAK | Perghh ramai pula bertanya macam mana nak masak daging marinate yang ena ada share baru-baru ni. Ni yang nak sharelah juga resepinya. Serius, resepi ni memang buat ikut suka hati ena je. Bahannya pun ena main campak-campak je tapi masih tak terover la. Kalau dah tahu rasa setiap bahan yang dicampak tu, you all boleh kawal kuantitinya dalam masakan.

Ena masak daging ni pun sebab dah tak lalu nak makan benda berat ketika berbuka. Mujurlah kat rumah ni ada stok daging, so ena terus buat daging marinate ni. Ena selalu makan daging ni dengan salad dan nasi putih panas-panas. Tu je. Kalau rajin, buat pencicah air asam. Tapi berbuka kali ni makan daging tu dengan nasi putih panas-panas je. Itu pun dah cukup nikmat bagi ena. 





RESEPI DAGING MARINATE

Ena just share bahan-bahan dan cara nak masaknya sahaja. Ena buat selama ni ikut agak ena je sebab dah selalu buat, so dapat agak berapa banyak nak kena letak apa semua. Apapun, selamat mencuba.


Bahan-Bahan

1) Potong daging batang pinang (Ikutlah banyak mana yang you all nak)
2) 2 atau 3 sudu sos tiram (Mengikut kuantiti daging)
3) 3 atau 4 sudu kicap manis (Mengikut kuantiti daging)
4) 3 sudu madu lebah
5) Halia, bawang merah kecil dan bawang putih ( Tumbuk sampai lumat)
6) Mentega


Cara Masak

1) Gaulkan kesemua bahan dengan daging batang pinang. Perap / marinate selama 4 jam. Lebih pun tak apa. Jangan letak garam dan gula dah. Nak letak lada hitam boleh. 

2) Dah siap perap, masukkan mentega dalam kuali. Jangan letak banyak sangat, dalam satu sudu dah. Ena tak guna minyak masak. 

3) Bila mentega dah cair, masukkanlah daging marinate tu. Masak sampai nampak daging tu dah jadi warna cokolat gelap.

4) Pastikan api jangan terlalu besar sebab ada madu. Madu senang nak hangus, so guna api yang sedang-sedang besar. Daging pun akan masak dengan sempurna.

5) Siap!



Ahaks, itu je caranya. Ena ni kalau ikut resepi memang tak menjadi la masakan tu. Suka masak ikut suka hati ena nak campur apa pun. Janji hasilnya nyummy wallawehhhh!! Cuma ena lepas ni kena terapkan cara memasak yang lebih sihat. InshaAllah slow-slow.

Itu je ye, selamat mencuba resepi ena simple sangat ni. Salam Ramadhan 2016.



Share

Other Article

JUADAH BERBUKA | DAGING MARINATE RESEPI CAMPAK-CAMPAK
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
11.6.16

Awaaaakkkk sedapnyaaaaaaaaaaaaaa . Kemain yaaa . heee

Reply
avatar
12.6.16

assalamualaikum Ina
juadah campak2 macam ni mmg sedap
apa lagi bila persediaan disaat akhir makan ketika panas2
nikmat nya kan

Reply
avatar
13.6.16

perghh...akak yg tertelan air liur nie..nak kene buat la kalau macam nie

Reply
avatar
13.6.16

yang simple tu la power

Reply
avatar
16.6.16

sedap marinate lama² kan :)

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)