MAKAN DALAM CAFE | CHICKEN GRILL TERBAIK DI BANTING

by - Wednesday, June 08, 2016


MAKAN DALAM CAFE | CHICKEN GRILL TERBAIK DI BANTING | Alhamdulillah, dengan izin Allah partner foodhunter ena, Yazid telah berjaya menubuhkan cafe hak milik tersendiri di Banting. Atas usaha penat lelahnya selama ni, sekarang membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Ena pun turut tumpang bahagia dan seronok dengan percapaiannya sekarang.

Ena tengok ramai bagi feedback yang positive mengenai kedai makan milik partner ena ni. Cuma biasalah untuk permulaan ni ada juga kelemahan yang perlu kena touch up lagi. Kita try and error mana yang patut kannn. Practice make perfect, tak ada benda yang memang perfect dan sempurna sungguh di atas bumi ni. Okay, nama kedai makan tersebut adalah Makan Dalam Cafe. Nak tahu lebih lanjut, sila scroll entri ini sampai habis ye. 


MAKAN DALAM CAFE, BANTING




Makan Dalam Cafe ini terletak di Kampung Sg.Lang Tengah, Banting dan bersebelahan dengan Gunting Karat Babershop. Penduduk Banting mungkin tahu tempat ni berada di mana. Bagi mereka yang masih tak tahu, boleh waze ke 'Gunting Karat Babershop'. Kedai makan di sebelah kedai gunting tu sahaja. 


Makan Dalam Cafe ini dibina dan direka daripada hasil rekaan ownernya sendiri. Yang menukang, yang banyak mengeluarkan modal, yang banyak berjasa menghidupkan cafe ini pun adalah ownernya juga. Hebat kannn! Dan juga tidak lupa rakan-rakan seperjuangan dan family Yazid yang telah banyak memberikan semangat, dorongan, nasihat dan kekuatan kepada Yazid supaya tidak putus asa di tengah jalan. Ena sekadar tempat mendengar luahan perasaan ni pun rasa susahnyaaa nak hidupkan satu cafe. Ni pula ownernya yang kena perah keringat apa semua. Syabas ena ucapkan sebab dah berjaya!





Makan Dalam Cafe ini menekan masakan western dan nasi lemak secara santai. Kalau you all mai, lepak, makan, santai sambil layan cerita kat sini. Berikut adalah masa operasi kedai makan ni.
MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 6pm-12am





MENU YANG MENARIK

Kat sini, ena tengok ramai yang suka Chicken Chop, Nasi Lemak Ayam Berempah, Chicken Grill dan Lamb Chop. Dan paling banyak orang datang akan pilih Chicken Grill. Berikut adalah menu yang ada kat sini dan semuanya memang terbaiklah rasanya.

Lamb Chop

Chicken Grill

Burger Makan Dalam

Chicken Chop

Ayam Drumstick Black Pepper
  
Nasi Lemak Ayam Berempah

Cheezy Fries

Laksa Kaw-Kaw





FEEDBACK DARIPADA ENA

Harga dah la berpatutan, semua makanan kat sini pun sedap-sedap. Chicken chopnya pun ada rasa yang tersendiri sebab ayamnya diperap terlebih dahulu sebelum goreng menggunakan secret recipes keluarga Yazid. Resepi tu semua hasil daripada air tangan mak kepada Yazid. Kedai makan ni boleh dikatakan kedai makan family. Yang memasaknya pun adik-adik perempuan kepada Yazid juga.

Alhamdulillah, memang puas hati makan kat sini. Ramai yang tak puas hati sebab harganya murah sangat. Ahaks. Permulaan kannn. Kebersihan kedai pun sentiasa terjaga oleh pekerja kat sini. Cuma servisnya agak lambat sedikit sebab yela kebanyakkannya minta yang bergrill. Memang lambatlah jawapnya, namun akan cuba buat secepat yang mungkin. Untuk permulaan ni memang la macam tu kan.







DETAILS MAKAN DALAM CAFE, BANTING

Untuk buat masa sekarang, you all boleh terjah Instagram official Makan Dalam Cafe. Atau you all boleh terus berurusan dengan Yazid atau ena sendiri sekiranya ada sebarang pertanyaan atau cadangan yang ingin diluahkan.


FACEBOOK:


INSTAGRAM:




You May Also Like

12 Comments

  1. salam ramadhan...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  2. semoga lebih berjaya nanti ... permulaan mmg byk kekurangan .

    ReplyDelete
  3. wahhh big clap to YAZID ! Nanti ade masa akak nak terjah ke sana ;) tahniah Yazid !

    ReplyDelete
  4. tahniah kpd partner ina n fmly...best nye ada cafe sendiri

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah Yazid! Nampak sedap laa lamb chop & chicken grill tu

    ReplyDelete
  6. Wah! Menu semua menarik.. Lapar lak akak pepagi buta ni.. Kihkih!

    ReplyDelete
  7. Nak ucap tahniah banyak2 pada adik yazid dan ena sebab berjaya kemudi satu empayar perniagaan yang besar ni...wahh adik2 yazid yang masak bersama ibu dia ye...terbaik dari ladang ni...kena terjah one day

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya! Tahniah yazid! In sya Allah kalau jejak ke banting kita singgah ya :)

    ReplyDelete
  9. Nti bawa lisa pi sana ye XD

    ReplyDelete
  10. nampak meneyelerakan..

    ReplyDelete
  11. Ni yang nak pergi banting mencuba ni.. lama dah tak ke banting. lepas raya boleh try kot :)

    ReplyDelete
  12. boleh try nanti ni..nampak cam menarik

    ReplyDelete