Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, May 19, 2016

SARDIN TC BOY | PENYELAMAT PERUT PELAJAR




SARDIN TC BOY | PENYELAMAT PERUT PELAJAR | Cewahhh! Ayat 'penyelamat' tu tak boleh bla. Tapi bagi seorang pelajar macam ena ni, se tin sardin ni memang penyelamat perut kami yang sedang kelaparan. Tambahan pula, bagi yang stay kat hostel, mana ada peti ais. So, ada sardin dan ada periuk nasi, memang dah heaven bagi kami.

Baru-baru ni ena dapat satu tin sardin dari syarikat TC Boy. Sepanjang hidup ena, selalu makan sardin tin yang jenama selain yang ini. Kiranya, ini merupakan pertama kali ena makan sardin TC Boy. Nak tahu juga kesedapan sardin jenama TC Boy ni tarap mana, sampai ramai juga bagi komen mengatakan bahawa sardin jenama yang ni lebih sedap daripada yang lain. Mujur la baru-baru ni, kawan sekulliyyah ena tengah mencari sardin untuk mengisi perut dia. So, ena bagi la kat dia suruh masak. Ena nak juga kongsi rasa sardin ni dengan dia. Alang-alang tu, boleh buat review sekali. Ahaks.


RESEPI SARDIN TC BOY



Resepi? Ahaks, rasanya tak layak kot panggil resepi sebab kami just masak sardin yang teramat simple dan mudah dan cepat. Sebab bilik kami bukannya ada dapur. So memang hidup sebagai pelajar ni memang kena kreatif sedikit untuk survivekan diri. Tsktsktsk. So, berikut adalah resepinyaaaaa..


Bahan-bahan

1) Satu Tin Sardin TC Boy
2) Secubit garam
3) 1/2 cup air kosong
4) Cili Padi
5) Periuk nasi


Cara-Cara

Humban je semua bahan dalam periuk nasi. Periuk nasi pengganti kuali kami. Yeahhh! Masak hingga mendidih. Lepas tu makan la dengan nasi putih panas-panas. Kalau ada kicap, boleh tambah kicap. Kalau ada bawang, boleh juga letak. Masa ni kami letak bahan apa yang ada sahaja masa ni.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Taaadddaaaa! Siap dah makan malam penyelamat perut kami yang seharian tak hadap nasi ni. Hadap buku nota je. Almaklumlah tengah study week. Ahaks. Apapun, makan sardin ni time ia panas-panas baru syioookkk!




Komen ena tentang sardin ni, sedap. Kuantiti ikan dalam satu tin ni pun banyak, memang makan berjemaahlah kami. Kawan-kawan ena pun cakap sedap sardin ni, cuma kalau letak cili padi lebih sedikit masa ni mesti lagi auuummmm rasanya. Ena yang tak berapa minat sardin ni pun, rasa perrrrghhhh! Rugi tak tambah lagi nasi haritu. Harharhar.

Sebenarnya, boleh buat menu lain dengan Sardin TC Boy ni seperti laksam dan sardin roll. Cuma kami tiada bahan yang cukup dan malas nak masak yang remeh temeh. Kat ena ada lagi bertin-tin Tuna TC Boy. Nanti ena cuba try test masak yang ni pula. Rasa nak buat Tuna Roll atau cucur tuna TC Boy. Nanti ena share resepi dengan you all.

Itu sahaja daripada ena, lepas ni boleh pilih jenama ni. Mantaaapppp!




WEBSITE:

FACEBOOK:



Share

Other Article

SARDIN TC BOY | PENYELAMAT PERUT PELAJAR
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
20.5.16

Tak pernah try lagi brand TC Boy. Tapi memang ada dengar kawan2 cakap ada banyak ikan dalam dia. Tu yg besttt.. Heeee.

Reply
avatar
20.5.16

Ena.. Klu ada minyak.. Tumis bawang merah, bawanh putih, serai.. Cilipadi.. Fuh.. Sedap tuuu. Slurrrpp

Reply