SAMBIL LEPAK SAMBIL LAYAN KUCING | COTTAGE CAT CAFÉ | Siapa kat
sini suka kucing? Kalau suka, boleh geng dengan ena. Ahaks. Okay nak cerita,
baru-baru ni ena singgah satu tempat makan kat area Subang Jaya. Terserempak
satu café yang boleh kita sambil lepak sambil layan kucing, so ena cuba try
test sejenak masuk kat café ni. Nama café tersebut adalah Cottage Cat Café.
Ena tak berancang untuk cuba try test makan kat sini dan tak
tahu café ni wujud kat area Subang Jaya ni. Ena dengan Yazid nak pergi makan
malam kat kedai lain tapi kat area ni juga. Well kat area tempat yang ena pergi
ni memang banyak kedai makan cuma pandai pilih la. Masa tengah mencari,
terjumpa kedai ni. Tu yang singgah sejenak semata-mata nak main kucing. Nak
release tension.
COTTAGE CAT CAFÉ
Cottage Cat Café ini terletak dekat Subang Jaya, ala satu
area dengan Raku Pizza. Cuma café ni berada dibahagian belakang deretan kedai.
Banyak blok kedai kat sini dan juga sentiasa sesak dengan orang. So, nak
parking pun agak susah nak cari. Kalau dapat tempat parking yang mana kosong,
masuk je. Jauh ke dekat ke, itu lain punya cerita. Dibawah ni ena sediakan
alamat untuk you all google map / waze ke café ini.
ALAMAT:
Cottage Cat Café
1-1, Jalan SS 15/8a,
SS15,
47500 Subang Jaya,
Selangor
MASA OPERASI:
Isnin-Khamis :
11am-10pm
Jumaat-Ahad:
11am-12mn
Café ini menyediakan tempat untuk you all relaxkan minda
sebab di sini menyediakan kucing yang comel-comel untuk you all main. Bila
tengok kecomelan kucing-kucing tu semua, serius you all rasa enjoy, happy,
geram dan tak rasa tertekan. Rasa beban kat bahu tu semua dah hilang. Kalau yang
suka kucing, akan merasai apa yang ena rasai bila main dengan kucing tu semua.
Bagi yang ada alahan dengan kucing, tidak digalakkan untuk main kucing kat
sini. Takut lelah atau short of breath (SOB) tetiba.
MENU YANG DIPILIH
Ena dengan Yazid pilih minuman je kat sini sebab nak bermain
dengan kucing semata-mata. Makanan pun kami pilih satu aiskrim dan kongsi dua
orang. Hal ini disebabkan kami dah rancang nak makan berat kat tempat lain di
area sini.
So, ini jela yang kami hadap sambil layan kucing-kucing yang
ada kat sini.
Avocado IceCream |
![]() |
Nuttela Hot Chocolate |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Pada mulanya ena dah terbayang tempatnya berbau tahi kucing,
berbau kencing kucing, kotor dan tak selesa. Dalam café ni terbahagi dua
tempat, sebelah untuk lepak-lepak makan. Dan sebelah lagi tempat kucing-kucing
kat situ bermain serta kita boleh masuk kat situ. Bila dah masuk kat kandang
kucing, laaaa tak ada pun bau-bau yang kurang menyenangkan. Bagus la.
Cuma bulu-bulu kucing agak berterbangan dalam kadang ni. So
ena nasihatkan kalau nak makan, jangan dalam ni. Tak berapa elok kalau bulu
kucing tu masuk dalam makanan dan minuman kita even sebersih mana bulu kucing
tu. Ena pula dah termasuk dalam ni dengan sekali air semua, so agak menyesal
sedikit. Tak mengapalah, janji kucing kat sini comel-comel.
Bilangan kucing yang ada tak banyak mana, bersesuaian la dengan
keluasan bilik kucing dalam café ni. Selain itu, kucing kat sini agak tak
berapa nak jinak. Tak suka dipegang dan tak suka di peluk masa ena datang ni.
Mungkin kucingnya rimas dah kot seharian berkepit dengan manusia. Who knows kan
kan.
Harga, ermmmm haaa sebelum tu nak share sedikit rules kat
sini. Kalau nak main dengan kucing kat café ni, you all kena beli seorang satu
minuman atau makanan. Lepas tu, main la selama mana yang you all nak. Free!
Tapi harga menu kat sini memang agak mahal. Ena minum air dan aiskrim je dah
melayang RM50. Waduhhh! Waduhh!
Apapun, tak mengapalah. Janji dapat berdekatan dengan kucing
yang comel-comel kat sini even tak dapat nak peluk, nak gomol, nak cium sesuka
hati. Nanti kucing kat situ marah. Ahaks. Anyway, itu dah memadai bagi ena.
DETAILS MENGENAI COTTAGE CAT CAFÉ
Berikut you all boleh terjah laman facebook rasmi café ini.
Boleh la baca apa yang ada kat café ini. Itu sahaja perkongsian daripada ena.
FACEBOOK
5 Comments
ya Allah..........klu KTy gi ni..mau nghadap kucing je... hihi
ReplyDeletewah kalau bawak anak anak ni,mesti taknak balik. btw nampak sedap Nutella Hot Choc tu
ReplyDeleteRasanya memang kebanyakkan kafe'hipster memang agak mahal berbanding kedai biasa. Agak2 dapat sambutan tak kalau kafe'buh ayam & itik.
ReplyDeleteGeramnya comel2 kucing..kat bangi pun ada satu cafe ni. Ngat nk bawa anak
ReplyDeletecomelnya kekucing kat sini..jauh pulak nak pergi.
ReplyDelete