Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, May 18, 2016

PERTAMA KALI MERASI ROTI PURI | KG TIRAM KUANTAN


PERTAMA KALI MERASAI ROTI PURI | KG TIRAM KUANTAN | Haaa! Siapa kat sini pernah makan roti puri? Sepanjang hidup ena 24 tahun ni, Sabtu hari tu buat pertama kali ena baru tahu akan kewujudan roti puri ni. Ahaks. Ini pun ada kawan ena yang nak belanja ena dan rakan yang lain untuk merasai amende puri berpuri puri ni. Kalau tak, memang tak tahu langsung la.

Ena memula fikir roti puri ni macam roti canai dan ada letak inti yang special ke, atau macam tosei ke. Bila dah tiba kat tempat kejadian, order roti puri ni dan dapat makan roti puri ni, bukan la seperti yang ena bayangkan. Baru tahu rupanyan ada lagi roti makanan India yang belum ena terjah lagi. Teruja pun ada memula tengok roti yang ini, selalu makan roti canai, tosei, capati, roti nan dan lain-lain lagi. Dan bosan dah, Aiisyehhhh!


APA ITU ROTI PURI?



Roti puri adalah makanan masyarakat orang India yang disertakan denga kuah kari atau kuah dal. Tapi masa ni kami minta sambal sardin, memang perrrgghhh lagi la. Selain itu, roti puri ini sesuai makan pada waktu pagi atau waktu petang. Makan roti puri ni bersama dengan air teh tarik panas adalah satu kombinasi yang mantoppp. Lapar dah perut ena. Hurmmm.

Untuk membuat roti puri ni mudah sahaja dengan hanya menggunakan tepung gandum, air, garam dan minyak. Sebab harganya murah. Struktur roti puri ni pula nipis dan uniknya mengelembung seperti pelampung bila masak. So ena sarankan untuk makan waktu lepas roti ni masak. Kalau dah  jadi sejuk, memang tak walla dah.



Ramai kata tak banyak kedai mamak ada jual roti ni. Patut ena tak pernah tahu akan kewujudan roti puri ni. Ni pun jumpa orang jual kat kawasan perumahan di Kampung Tiram Kuantan. Ena nak bagi location pun tak tahu macam mana. Kalau tanya orang yang ada dekat kampung sini tahu la mereka.

So, ena tak dapat nak share alamat dan nama kedai yang jual roti puri ni. Kebanyakan kawan ena tahu kat sini pun bertanya dengan orang yang berdekatan. Nak guna waze atau google map memang tak ada. Apapun, entri kali ni ena nak share pasal roti puri ni je dulu sebab well orang firstime makan. Ahaks. 


FEEDBACK DARIPADA ENA


Alhamdulillah, terima kasih kawan ena yang belanja ena makan roti puri yang sedap ni. Walaupun tempat makannya tidak seindah mana, tapi memang layan habis roti puri kat sini. Ena doakan owner dapat buka kedai Roti Puri lebih mantap lagi.

Ena makan 4 keping roti puri masa ni sebab satu keping memang tak cukup. Roti puri ni boleh dikatakan nipis dan rangup. Tambahan pula, sambal sardinnya pun sedap. Sebab itu berkeping-keping ena makan. Lepas ni boleh repeat makan lagi. Harga pun satu keping RM1.00, okay la kan. 



Lepas ni, nak try cari roti puri kat tempat lain pula. You all ada suggestion tempat makan roti puri yang best-best tak? Boleh drop perkongsian di ruang komen entri ni ye. InshaAllah, ena akan terjah nanti. Mekaceh!




Share

Other Article

PERTAMA KALI MERASI ROTI PURI | KG TIRAM KUANTAN
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
18.5.16

wah..nampak sedap la ena

Reply
avatar
18.5.16

sedap tengok awak makan..nuyumsss...

Reply
avatar
18.5.16

husband kalau pergi kedai mamak, dia order roti puri ni. katanya sedap. Dkna tak pernah rasa walaupun dipelawa hahahaaaa..

Reply
avatar
18.5.16

oh ala ala roti canai lah ye. memang sedap roti cicah dengan sambal sardin. yummy

Reply
avatar
18.5.16

macam pernah tengok roti tu...

Reply