MUSHROOM SOUP YANG NYUMMY | GARAGE 51 MALAYSIA
MUSHROOM SOUP YANG NYUMMY | GARAGE
51 MALAYSIA | Garage 51 adalah satu tempat makan yang ena nak sangat pergi dan Alhamdulillah
tercapai juga hasrat dihati untuk terjah makan kat sini. Ena tahu tempat makan
ni pun daripada perkongsian kawan-kawan blogger yang lain. So, lepas #SBB2016,
ena pergi solat sejenak di area Bandar Sunway dan terus layan tea time a.k.a
minum petang di sini.
Memandangkan perut ena tengah
kenyang sangat sebab baru lepas makan kat even #SBB2016, so ena minta makanan yang
ringan-ringan je kat sini. Ringan ke? Ermmm, macam heavy juga. Ahaks. Okay, jom
tengok apa yang ena layan kat sini. Rasanya tengok tajuk pun dah tahu, ye dok??
GARAGE 51 BANDAR SUNWAY
Garage 51 ini merupakan café yang
ala-ala hipster yang menyediakan makanan dan minuman yang unik dan
cantik-cantik. Namun sedap ke? Ahaks, nantikan ulasan ena di bahagian feedback
ena. Okay kedai makan ini tidak
mempunyai sijil halal tetapi pork-free.
kemudahkan yang ada di Garage 51 ini
adalah seperti:-
1) Menyediakan
sarapan pagi
2) Boleh
take away
3) Walk-ins
welcome
4) Tempat
letak kereta
5) Menerima
booking
6) Table
Service
7) Boleh
guna kad Visa dan Master Card
8) Tandas
Mengikut apa yang ena baca, kedai
makan ini pernah memenangi Best Café pada tahun 2014. Kalau tengok kedainya pun
memang unik dan menarik hati ena untuk foodhunting kat sini. Kedai makan ini
berdekatan dengan area mall yang dikenali iaitu Sunway Pyramid. Bagi mereka
yang tak tahu hendak ke sini, boleh waze atu google map nama kedai ini. Atau
copy paste alamat Garage 51 di bawah ini
ALAMAT:
Garage 51
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway,
Petaling Jaya,
Malaysia
MASA OPERASI:
Isnin-Ahad
11am – 11pm
MENU YANG DIPILIH
Ena kat sini teringin nak minum
air yang penuh dengan dekorasi-dekorasi yang telah menjadi trend sekarang ni.
Ramai pilih minuman jenis macam kat sini so, ena ambil satu sebagai menu petang
ena. Lepas tu, partner IAFoodhunter ena pilih hot cappuccino dengan mushroom
soup. So, bagi ena makanan yang kami pilih ni tak heavy mana tapi calorie yee
tinggi. Ahaks.
![]() |
The Cousin (Salted Caramel + Brownies) |
![]() |
Mushroom Soup |
![]() |
Hot Cappuccino |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Keadaan tempat makan kat sini cantik, selesa dan ada
penghawa dingin. Masa ena pergi ni memang ramai yang datang untuk layan makanan
kat sini. So, agak sesak sedikit. Namun, pelayan kat sini sangat bagus dan
kalau lambat sedikit makanan mesti mereka minta maaf. Tandasnya pun bersih dan
tak berbau.
Harga makanan kat
sini bagi ena standard la kalau café-café sebegini. Namun, air yang ena pilih tu agak kurang sedap. Kek brownies yang ditempek kat atas cawan air The Cousin tu
sangat sedap cuma biasalah makan banyak-banyak cepat muak. Tapi rasa airnya
masin sangat dan rasa pelik. Mungkin disebabkan daripada Salted Caramel yang
dimasukkan. So, tekak ni kurang boleh terima. Mujurlah pihak mereka bagi sebotol air kosong free, supaya rasa
muak tu hilang.
Okay, kepada mereka yang datang
ke sini ena sarankan untuk cuba try test mushroom soup kat sini. Sedapppppp.
Tak pernah ena rasa mushroom soup macam ni. Pekat kuahnya serta banyak pula tu.
Makan dua orang pun kenyang, maybe juga sebab dah kenyang masa ni kot. Ahaks.
Soup ni cendawannya diblend sekali dan ada juga dicampurkan dengan mushroom
yang dihiris besar. Perrrghhh! Mana tak pekat. Rindu sudah mushroom soup kat sini. Huaaaa.
DETAILS GARAGE 51
Kepada mereka nak ketahu lebih
lanjut mengenai kedai makan ini, boleh terjah laman social rasmi mereka di
Facebook dan Instagram. Mana ada review yang kurang enak tu, biasa la tapi
ambil benda tu sebagai langkah berjaga-jaga semasa nak oder makanan. Apapun,
selamat mencuba dan selamat menjamu selera
FACEBOOK
INSTAGRAM
5 Comments
peneman setia..hheh...menarik cafe die...
ReplyDeletewahh fav ni mushroom soup
ReplyDeleteok..masuk dalam wishlist la...hehehehe
ReplyDeleteakak pun suka mushroom soup..berebut dgn anak..huhuh
ReplyDeletebetul betul hipster tempatnya..menarik!
ReplyDelete