Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, May 22, 2016

MAKANAN DILETAK ATAS MEJA SAHAJA | ABOH BURN CORNER


MAKANAN DILETAK ATAS MEJA SAHAJA | ABOH BURN CORNER | Hoohh! Apemende lak makanan diletak atas maja sahaja ni?? Actually ena nak describe cara hidangan di sebuah kedai makan yang ena foodhunting baru-baru ni. Kedainya terletak di Kuantan ni haaa. So dekat dengan tempat ena stay sekarang.

Haaa! About Kuantan, ramai orang ingat ena orang Kuantan kan kan. Sebenarnya ena hanya study kat sini iaitu UIAM Kuantan. Ena pengembara je dan dah berapa tahun ena menetap kat Kuantan. So, serba sedikit ena tahu selok belok yang ada kat Kuantan ni haa. Sambil belajar tu, ena keluar juga pergi foodhunting kat area Kuantan ni demi menghilangkan tekanan belajar. Ena dah tekad, sebelum habis belajar ena akan memburu kedai makan yang jadi buah mulut penduduk di sini dan akan kongsikan kepada you all. Itu sahaja mukadimah untuk entri ini.


ABOH BURN CORNER KUANTAN



Main panjang mukadimah ena tapi tak perkenalkan pun nama kedainya. Tapi baca tajuk dah tahu kan kann apa nama kedainya. Okay, tak mengapa, ena perkenalkan lagi sekali. Kedai yang dimaksudkan adalah Aboh Burn Corner. Yang special kat kedai makan ni seperti yang ena cakapkan tadi la, makanan yang dihidang ala-ala 'Shellout' gittew. Tersusun atas meja tanpa mangkuk atau pinggan hidangan. Cuma yang kat sini bukanlah seafood tapi landfood. Ahaks. Maksudnya macam ayam, daging, kentang dan lain-lain lagi.

Aboh Burn Corner ini terletak di area Kuantan dan dimiliki oleh orang Melayu. Makanan kat sini dijamin halal untuk kita makan. Masa ena nak mari kat sini pun, ena guna Google Map. Bersyukur sangat zaman sekarang ni ada Waze serta Google Map. Tapi kadang kala tu boleh jadi sesat juga. Ahaks. Okay, bagi mereka yang nak ke sini juga boleh guna Waze / Google Map dengan search "Aboh Burn Corner" atau search alamatnya. 


ALAMAT:
Berdekatan Dewan Serbaguna KRT
Lorong Bukit Setongkol 31,
Taman Cenderawasih Indah
25200 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Isnin - Sabtu
6pm - 11.30pm

Tutup: Ahad



MENU YANG DIPILIH


Menu yang ena dan kawan-kawan ena pilih kali ini adalah Aboh Burn Western Makan Sepoh (ABWMS) dimana makananya disusun atas meja dengan dilapik dengan plastik yang bersih. Menu yang ini you all kena tempah dan bayar deposit sehari sebelum nak makan. Kalau nak makan ala carte yang lain, you all boleh datang terus ke sini.

Apa yang ada dalam ABWMS? Haaaa meh tengok kat bawah ni.

Ayam Celup Tepung.

Ayam Halia

Buah Epal dengan Mayonise

Mushroom Soup

Hotdog Grill

Fries Dengan Cheezy

Kambing Grill

Giant Homemade Burger (Ayam)

Beef Grill

Nasi Untuk 4 orang. Termasuk dalam set ABWMS

Garlic Bread

Giant Homemad Burger (Daging Lembu)


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, dengan harga set ABWMS hanya RM70 untuk 4 orang makan memang berbaloi sangat. Masa ni ena pergi berlima, so kena tambah satu lagi nasi. Selain itu, harga air lain dan kami minta dua jug besar jus buah-buahan. Satu jug ni berharga RM5. Total kesemuanya adalah RM82 dan dibahagikan kepada 5 orang, berapa je seorang kena bayar. Bagi ena, berbaloi dan murah

Rasa kesemua makanan ABWMS bagi ena ada yang tak berapa aummm dan ada yang auummmm. Tapi disebabkan sos black peppernya yang sedap, makan yang tak berapa aummm tu jadi sedap bila bergabung dengan sos tersebut. Ena paling suka Beef grillnya, memang aummm lah. Apapun, kalau makanan ni semua boleh dihidang dalam keadaan yang masih panas, mesti lagi laaaayyyaaannn.

Yeahh! Makan 5 orang pun masih tak dapat nak habiskan semuanya. Memang berbaloi sangat dan lagi berbaloi kalau bawa family tersayang makan kat sini. Even rupa kedainya biasa sahaja, tapi not bad la. Mungkin Aboh Burn Corner ni baru sahaja dibuka. Ena pun tahu kedai makan ni daripada mulut kawan-kawan ena juga. Yeahhh.



DETAILS ABOH BURN CORNER KUANTAN

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Haaa! Ena nak tekankan lagi sekali, kalau nak macam macam ena pilih ni sila BOOKING terlebih dahulu. Di bawah ni ena sharekan nombor telefon yang menguruskan bahagian booking. Atau you all boleh terjah Facebook rasminya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.





FACEBOOK

NOMBOR BOOKING
011 1077 7675 ( WhatsApp / SMS)




Share

Other Article

MAKANAN DILETAK ATAS MEJA SAHAJA | ABOH BURN CORNER
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
23.5.16

Sedapnya. Terliur tengok. Hahah ! Nanti ke Kuantan boleh lah singgah sini.

Reply
avatar
23.5.16

wahh mcm shell out jugak la kan.. cuma takder seafood2 gitu..

Reply
avatar
23.5.16

yummy...menarik....ok2 masuk wishlist

Reply
avatar
23.5.16

wahhh..sedapnya makanan yang disediakan..

Reply
avatar
30.5.16

Kalau pi kuantan kg suami akak leh cuba...RM70 utk 4 org makan mmg berbaloi lah dik...puas hati

Reply