Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, May 08, 2016

JOM MAKAN | PAHANG FOOD FESTIVAL 2016 (PFF2016)


JOM MAKAN | PAHANG FOOD FESTIVAL 2016 (PFF2016) | Minggu ni ena berada di Kuantan sebab ada kelas pada Sabtu semalam. Lepas habis kelas, ena dengan kawan-kawan ena pergi chill out kat Pahang Food Festival 2016 yang diadakan berhadapan Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang. Nak tahu juga bagaimana festival makanan Pahang ni diadakan. Adakah seperti bazaar atau seperti pasar malam? So, check it outcha.

Ena pergi dalam pukul 11pagi tapi dah banyak gerai yang buka. Bagus betul. Masa ena pergi ni, banyak rupanya makanan dan gerai yang ada kat festival ni. Lain dari yang ena sangkakan. Macam-macam jenis makanan dan minuman ada dijual. Yela, penjual makanan dari seluruh negeri Pahang mai sini, meriah juga semalam. Rambang mata ena dibuatnya cuma masa ni cuaca panas terik, so tak boleh nak usya lama-lama kat situ. 


PAHANG FOOD FESTIVAL 2016



Festival ini start sejak hari Jumaat yang lepas iaitu 6 Mei 2016 dan akan habis pada hari ini iaitu hari Ahad, 8 Mei 2016. Masa beroperasi dari 10am hingga 10pm. 3 hari sahaja festival ini akan berlangsung. So, bagi mereka yang masih belum pergi, cepat-cepat pergi hari ni sebelum pukul 10 malam. Banyak makanan yang you all boleh rasai kat sini.

Bukan setakat jual makanan sahaja, nama pun festival so pertunjukkan memasak dari chef-chef terkemuka dari negeri Pahang dan juga buskers turut ada. Kalau you all nak makan, terus makan kat sini pun boleh. Ada tempat untuk you all jamu selera terus di sini. Cuma agak panaslah. Banyak la lagi you all boleh jumpa kat sini. 




Banyak juga ena beli makanan semalam sebab beli makanan untuk tengahari dan petang sekali. Malam macam biasa ena tak makan malam melainkan ada foodhunting. Ahaks. So, banyak juga duit habis semalam. Ahaks. Janji makannya sedap. Alhamdulillah la dapat gerai yang jual makanan yang sedap-sedap.



MAKANAN YANG ENA PILIH

Serius, ena jadi rambang mata semalam. Macam perempuan cari kasut dan baju la, tapi nafsu ena sebegitu kat makanan. Ngeeee. Nak buat macam mana, nama pun foodhunter. Nasib baiklah boleh kawal memikirkan diri ni dah makin gempal. Huaaaaaa. 

Ena beli Nachos, Banana Pancake, Char Kuey Teow, Green Tea Mint Marshmallow dan banyak lagi la. Ahaks. Hamekawwww! Tapi semua ni sedap dan bersyukur sangat sebab pilih gerai yang best-best. Tak menyesal beli even banyak duit keluar. 











Ingat nak mai lagi hari ni tetapi tengok cuaca masih panas dan petang ni pula ena nak ke Temerloh balik. Oleh itu, ena rasa nak duduk dalam bilik je dan makan apa yang ada kat UIAM ni. Ahaks. Itu sahaja perkongsian daripada ena. Kepada mereka yang belum mai terjah sini, Jom Makan di Pahang Food Festival 2016.




Share

Other Article

JOM MAKAN | PAHANG FOOD FESTIVAL 2016 (PFF2016)
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
8.5.16

lately dekat Kuantan asyik ada event je haha, tapi serious tak sempat nak menjengah ke Kuantan, ada je busy...
One day kalau sempat, nak pergi jugalah event event kat Kuantan, hopefully =D

Reply
avatar
9.5.16

goyang tengok macam-maacm makanan

Reply
avatar
9.5.16

Wahhh kopi ais takdan goyang. Menarikkk tu ������

Reply
avatar
9.5.16

aaa sengsara masuk blog ina ni tauuu..hahahaa...terliur habis!!

Reply
avatar
9.5.16

wah best tu jalan-jalan cari makan, semua pun nampak sedap tu

Reply
avatar
15.5.16

Bila ada food festive macam ni rambang mata nak pilih makanan..semua sedap!

Reply