JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM | Alhamdulillah, diberi peluang ena untuk mencari satu lagi pengalaman yang tidak ena lupa iaitu menjadi host di satu rancangan di RTM1. Walaupun hanya host undangan, tapi okay la tu bagi ena. Selama ni hanya tengok rancangan makanan kat AFC atau di JJCM TV3, terdetik juga dalam hati teringin nak jadi host professional macam mereka tu semua. Tambahan pula, dapat makan free, tu yang best tu. Ahaks.
Okay, kali ini ena bergading bahu dengan host utama iaitu Chef Abang Brian. Dia memang seorang yang talkative, ada je idea dia nak cakap dan juga seorang yang baik. Haishhhh, kan syiokkk den pandai berkata-kata macam dia. Boleh jadi host utama. Ahaks. So, nama pun first time jadi host, memang entah la tak tahu nak kata apa. Tengok jelah nanti rancangan Walla pada bulan 10 nanti. Episod yang keberapa ena tak tahu sebab entri kali ni ena nak share pasal kedai Willy Satay ni.
![]() |
Busy tengok skrip. Ahaks. |
WILLY SATAY SHAH ALAM SEKSYEN 7
![]() |
Chef Brian di apit dengan pemilik Willy Satay Shah Alam |
Willy Satay ini merupakan francais dari cawangan Willy Satay Kajang dan pemiliknya adalah... teeheee boleh tengok gambar di atas ni. Dua orang pemuda itulah yang telah berjaya menubuhkan sate Willy di Seksyen 7 Shah Alam ni.
Kenapa mereka pilih di Seksyen ni? Sebab seksyen 7 ni memang tempat tumpuan penduduk Shah Alam dan juga syurga makanan bagi mereka yang menetap di sini. Selain itu, berdekatan dengan pintu utama UiTM Shah Alam, so memang satu tempat yang strategik la. Ramai student yang stay kat sini.
Willy Satay ini baru sahaja beroperasi selama setahun setengah. Kira baru lagi dan masih banyak lagi yang perlu dipermolekkan lagi. Apapun, bagi kepada mereka yang ingin ke mari, boleh la waze / google map dengan taip 'WILLY SATAY Shah Alam' atau cari alamat di bawah ini.
ALAMAT:
Willy Satay
21-41, Jalan Kristal L7/L
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor
MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 11pm
MENU YANG DIPILIH
Berikut adalah menu-menu yang menarik kat sini. Yang pasti menu utamanya adalah satenya yang aummm aumm la. Menu tambahan kat sini berbeza dengan cawangan Willy Satay yang lain. So nak tahu antara menu yang menarik kat sini, sila scroll sampai habis ye.
![]() |
Sate Willy Daging |
![]() |
Sate Willy Kambing |
![]() |
Sate Willy Ayam |
![]() |
Nasi Kak Wok |
![]() |
Nasi Kerabu Sate Willy |
![]() |
Char Kuey Teow Special |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Banyak-banyak sate Willy ni, sate kambing paling memikat hati ena. Oh my! Serius sedap sate kat sini. Tak liat, tak berbau dan memang layan habis. Ena paling tak suka kalau sate tu letak serai tak hancur, tapi kat sini sedang elok strukturnya. Lagi satu, selalu sate akan jadi kering bila dah dibakar. Yang kat sini tak kering sangat sebab haaaaaa nak tahu kenapa tak kering, sila tunggu bulan 10 nanti ye.
Keadaan kedainya pun bersih dan selesa. Cuma masa ena pergi shooting ni tengah cuaca panas, so kipas pun tak dapat nak menampung kepanasan pada hari kejadian. Apapun, semua okay. Layanan dari para pekerja kat sini memang bagus dan mereka semua sangat peramah. Termasuklah ownernya, sopan je layan pertanyaan daripada kami semua. Alhamdulillah.
![]() |
Bahan untuk buat kuah kacang |
![]() |
Bahan untuk perapan sate |
So, ena sarankan kepada you all yang berada di Shah Alam tu untuk cuba try test layan Willy Satay ni. So, boleh kita kongsi-kongsi pendapat nanti. Yeahhh.
DETAILS WILLY SATAY SHAH ALAM SEKSYEN 7
Kepada yang nak ketahui lebih lanjut mengenai Willy Satay ini, you all boleh terjah Facebook dan Instagram mereka. Dan jangan lupa untuk terjah Walla punya juga tau. Ena share link masing-masing kat bawah ni. Selamat mencuba ye.
FACEBOOK & INSTAGRAM WILLY SATAY
Ig: www.instagram.com/willysatayshahalam
FACEBOOK & INSTAGRAM WALLA RTM 1
Fb: www.facebook.com/menukitaRTM
Ig: www.instagram.com/wallaumd
FACEBOOK & INSTAGRAM WALLA RTM 1
Fb: www.facebook.com/menukitaRTM
Ig: www.instagram.com/wallaumd
14 Comments
Wah bulan 10 erk..ok nnti bgtau balik..takut lupa..hehe..
ReplyDeleteNice yunk. Akak dh pnh mkn yg kt kajang. Nyum2, dapnye ;)
ReplyDeletesedapnya nasi kak wok tuu. btw tahniah Ena. mana tau ni baby step untuk jadi pengacara rancangan makanan pulak. =p
ReplyDeletealaaa.....nape semua makanan tu sedap2....huwaaaa
ReplyDeletewah.bestnya kak ina.
ReplyDeleteOo..dah bukak cawangan kat shah alam..dah makin berkembang satay willy ni..Saya pernah try satay willy yang kat Kajang punya..Tapi saya bukan peminat satay..Jadi pada saya, okey je rasa dia..
ReplyDeleteena.. dah jadi retis skarang. dah msk tv..:)
ReplyDeleteaduhhhh dik tak pernah rase lagi niiii..ramai sangat dah cakap sedap sedap sedapppppp!
ReplyDeleteehhh tahniah jadi pengacara jemputan pulak ;)
syoknya ena..dapat pengalaman baru...yeahhh mesti kena tonton neh..xsbr tunggu :D
ReplyDeletetahniah dik...akk proud of you !
ReplyDeletewahhh hebat ena, tahniah!
ReplyDeleteWah.. Dah jadi retis dia.. Alaaa. Nanti lagi segan nak tegur ena... Nak ke ena layan kak butang nanti klu jumpa kat mana2 huhuhu. Tahniah ena. Moga murah rezeki lagi tauu.. Satay tu.. Nampak.. Lazatttt
ReplyDeleteTerbaik sgt dik ena dpt jadi host undangan RTM tuuu...suka akak tgk ena di lensa kamera tu...mesti best ni...bulan 10 ye...nanti ena ingatkan balik ye...nak tgk hehe
ReplyDeletewah tahniah jadi host.
ReplyDelete