Tuesday, May 17, 2016

JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM



JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM | Alhamdulillah, diberi peluang ena untuk mencari satu lagi pengalaman yang tidak ena lupa iaitu menjadi host di satu rancangan di RTM1. Walaupun hanya host undangan, tapi okay la tu bagi ena. Selama ni hanya tengok rancangan makanan kat AFC atau di JJCM TV3, terdetik juga dalam hati teringin nak jadi host professional macam mereka tu semua. Tambahan pula, dapat makan free, tu yang best tu. Ahaks.


Okay, kali ini ena bergading bahu dengan host utama iaitu Chef Abang Brian. Dia memang seorang yang talkative, ada je idea dia nak cakap dan juga seorang yang baik. Haishhhh, kan syiokkk den pandai berkata-kata macam dia. Boleh jadi host utama. Ahaks. So, nama pun first time jadi host, memang entah la tak tahu nak kata apa. Tengok jelah nanti rancangan Walla pada bulan 10 nanti. Episod yang keberapa ena tak tahu sebab entri kali ni ena nak share pasal kedai Willy Satay ni.



Busy tengok skrip. Ahaks.



WILLY SATAY SHAH ALAM SEKSYEN 7

Chef Brian di apit dengan pemilik Willy Satay Shah Alam

Willy Satay ini merupakan francais dari cawangan Willy Satay Kajang dan pemiliknya adalah... teeheee boleh tengok gambar di atas ni. Dua orang pemuda itulah yang telah berjaya menubuhkan sate Willy di Seksyen 7 Shah Alam ni. 

Kenapa mereka pilih di Seksyen ni? Sebab seksyen 7 ni memang tempat tumpuan penduduk Shah Alam dan juga syurga makanan bagi mereka yang menetap di sini. Selain itu, berdekatan dengan pintu utama UiTM Shah Alam, so memang satu tempat yang strategik la. Ramai student yang stay kat sini.

Willy Satay ini baru sahaja beroperasi selama setahun setengah. Kira baru lagi dan masih banyak lagi yang perlu dipermolekkan lagi. Apapun, bagi kepada mereka yang ingin ke mari, boleh la waze / google map  dengan taip 'WILLY SATAY Shah Alam' atau cari alamat di bawah ini.




ALAMAT:
Willy Satay
21-41, Jalan Kristal L7/L
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11.30am - 11pm


MENU YANG DIPILIH

Berikut adalah menu-menu yang menarik kat sini. Yang pasti menu utamanya adalah satenya yang aummm aumm la. Menu tambahan kat sini berbeza dengan cawangan Willy Satay yang lain. So nak tahu antara menu yang menarik kat sini, sila scroll sampai habis ye.


Sate Willy Daging

Sate Willy Kambing

Sate Willy Ayam

Nasi Kak Wok

Nasi Kerabu Sate Willy

Char Kuey Teow Special


FEEDBACK DARIPADA ENA

Banyak-banyak sate Willy ni, sate kambing paling memikat hati ena. Oh my! Serius sedap sate kat sini. Tak liat, tak berbau dan memang layan habis. Ena paling tak suka kalau sate tu letak serai tak hancur, tapi kat sini sedang elok strukturnya. Lagi satu, selalu sate akan jadi kering bila dah dibakar. Yang kat sini tak kering sangat sebab haaaaaa nak tahu kenapa tak kering, sila tunggu bulan 10 nanti ye.



Keadaan kedainya pun bersih dan selesa. Cuma masa ena pergi shooting ni tengah cuaca panas, so kipas pun tak dapat nak menampung kepanasan pada hari kejadian. Apapun, semua okay. Layanan dari para pekerja kat sini memang bagus dan mereka semua sangat peramah. Termasuklah ownernya, sopan je layan pertanyaan daripada kami semua. Alhamdulillah.

Bahan untuk buat kuah kacang

Bahan untuk perapan sate


So, ena sarankan kepada you all yang berada di Shah Alam tu untuk cuba try test layan Willy Satay ni. So, boleh kita kongsi-kongsi pendapat nanti. Yeahhh.



DETAILS WILLY SATAY SHAH ALAM SEKSYEN 7

Kepada yang nak ketahui lebih lanjut mengenai Willy Satay ini, you all boleh terjah Facebook dan Instagram mereka. Dan jangan lupa untuk terjah Walla punya juga tau. Ena share link masing-masing kat bawah ni. Selamat mencuba ye.



FACEBOOK & INSTAGRAM WILLY SATAY

Share

Other Article

JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM
4/ 5
Oleh

13 Comments

Comments
avatar
17.5.16

Wah bulan 10 erk..ok nnti bgtau balik..takut lupa..hehe..

Reply
avatar
17.5.16

Nice yunk. Akak dh pnh mkn yg kt kajang. Nyum2, dapnye ;)

Reply
avatar
17.5.16

sedapnya nasi kak wok tuu. btw tahniah Ena. mana tau ni baby step untuk jadi pengacara rancangan makanan pulak. =p

Reply
avatar
17.5.16

alaaa.....nape semua makanan tu sedap2....huwaaaa

Reply
avatar
17.5.16

wah.bestnya kak ina.

Reply
avatar
17.5.16

Oo..dah bukak cawangan kat shah alam..dah makin berkembang satay willy ni..Saya pernah try satay willy yang kat Kajang punya..Tapi saya bukan peminat satay..Jadi pada saya, okey je rasa dia..

Reply
avatar
17.5.16

ena.. dah jadi retis skarang. dah msk tv..:)

Reply
avatar
17.5.16

aduhhhh dik tak pernah rase lagi niiii..ramai sangat dah cakap sedap sedap sedapppppp!

ehhh tahniah jadi pengacara jemputan pulak ;)

Reply
avatar
18.5.16

syoknya ena..dapat pengalaman baru...yeahhh mesti kena tonton neh..xsbr tunggu :D

Reply
avatar
18.5.16

tahniah dik...akk proud of you !

Reply
avatar
18.5.16

wahhh hebat ena, tahniah!

Reply
avatar
20.5.16

Wah.. Dah jadi retis dia.. Alaaa. Nanti lagi segan nak tegur ena... Nak ke ena layan kak butang nanti klu jumpa kat mana2 huhuhu. Tahniah ena. Moga murah rezeki lagi tauu.. Satay tu.. Nampak.. Lazatttt

Reply
avatar
21.6.16

Terbaik sgt dik ena dpt jadi host undangan RTM tuuu...suka akak tgk ena di lensa kamera tu...mesti best ni...bulan 10 ye...nanti ena ingatkan balik ye...nak tgk hehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)