DIPERKAYA 1001 MANFAAT HABBATUS SAUDA | PEMBERSIH WAJAH SAFI | Waduh! Waduh! Teruja sangat ena bila dapat sebakul produk pembersih muka dari jenama Safi Malaysia yang merupakan salah satu produk kecantikkan yang ramai rakyat Malaysia menggunakannya. Tengok kawan-kawan ena pun majoriti menggunakan produk pembersih muka yang ini. Bukan setakat harga yang murah tetapi ena tengok kawan-kawan ena pakai memang muka mereka bersih je nampak. Mungkin sebab bahan yang digunakan adalah bahan yang tidak berbahaya dan juga menerapkan formulasi semulajadi.
Lagipun, produk pembersih muka Safi Malaysia ini menekankan unsur-unsur Islamiah dan kebersihan. Bahan-bahan utama yang digunakan pun adalah seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) dan Mentimun yang merupakan bahan semulajadi yang elok untuk semua jenis kulit muka. Okay, bagi mereka yang hendak tahu lebih lanjut pasal pembersih muka Safi ni, moh ler ena nak story mory sedikit pasal ni yang ena tahu.
RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA SAFI
![]() |
Manggis atau lebih dikenali sebagai "Ratu Buah-buahan" menjadikan kulit lebih cerah dan lembap sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kulit. |
![]() |
Mentimun mampu mengecilkan pori, membersihkan kekotoran dalam pori dan membuatkan kulit muka lebih segar serta berseri. |
![]() |
Gamat dikenali sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Dapat mengawal minyak, mengurangkan jerawat dan merawat luka serta parut dek jerawat yang lama. |
![]() |
Membuatkan kulit muka lebih mantap, tegang dan sentiasa lembap. Non-alcohol hokey! Sesuai untuk mereka yang suka bermekup demi membuang segala kekotoran dalam pori. |
3) Pelembap Muka Safi
![]() |
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda untuk kulit supaya bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat |
4) Krim Kecantikkan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
![]() |
Krim ini sangat sesuai digunakan krim pelembap dan menjadi asas solekan. Sebelum pakai mekup, eloklah tepek krim ni terlebih dahulu. |
DETAILS SAFI MALAYSIA
Banyak lagi produk keluaran daripada Safi ni, ada penjagaan kulit untuk lelaki, penjagaan rambut dan banyak lagi la. Tapi untuk entri kali ni, ena nak share produk pembersih muka yang ini sahaja. Bagi mereka yang hendak ketahu lebih lagi, boleh terjah laman sosial mereka. Ena ada share link dibawah ini. Moh ler terjah beramai-ramai ye.
FACEBOOK
INSTAGRAM
YOUTUBE
4 Comments
saya pakai yang pelembap warna biru tu tapi tak sesuai dengan muka. naik jerawat pula.. hurmmm... krim muka tu ok
ReplyDeletedah pakai..memang best !
ReplyDeleteSaya guna produk Safi sejak zaman belajar lagi.. So far mmg bagus.. :-)
ReplyDeleteTeman dulu masa remaja pakai krim safi penutup hijau tu.. Masa tu free hair.. Rambut pun semulajadi perang bila pakai krim safi tu, muka jadi putih semacam sampai orang tegur "awak kalau gelap sikit lawa" hahaha. Walhal teman bukan putih pun muka jadi cerah sebab krim safi je.
ReplyDelete