STEAMBOAT SEMURAH RM19 DI KUANTAN | ANIQ STEAMBOAT
STEAMBOAT SEMURAH RM19 DI KUANTAN | ANIQ STEAMBOAT | Dua tiga hari ni, tekak ena craving nak makan steamboat. Nak layan Seoul Garden, mahal la pula. Last-last baru teringat satu kedai steamboat kat area Kuantan ni iaitu Aniq Steamboat. So, malam tadi ena dengan kawan-kawan ena pergi terjah tempat ni untuk memenuhi keinginan tekak kami.
Dua tiga menjak ni ena memang
tengah mood under stress sebab mungkin penat berpraktikal. Tu yang nak keluar
sejenak pergi jalan-jalan cari makan. Makanan je boleh buat ena hilang stress.
Malam pun malam la, ena nak break the rules sejenak. Ahaks. Alhamdulillah sebab
dapat pula tempat steamboat yang murah dan sangat memuaskan hati pula, memang
release tension habis. Alang-alang pergi release tension, ena nak
berfoodhunting sekali. So, check it outchaaa.
ANIQ STEAMBOAT KUANTAN

Aniq Steamboat dengan slogan katanya “Makan Sampai Nyandor”
merupakan tempat untuk you all layan bbq dan steamboat sampai lebam. Bermakna
kita bayar untuk sekepala tapi boleh makan sampai you all dah tak boleh bangun
dari kerusi. Ahaks. Itu yang syok tuuuu.
Aniq Steamboat ini terletak di Kuantan, Pahang dan dimiliki
oleh orang Melayu. Makanan kat sini dijamin Halal dan bersih untuk you all
makan. Sebab tu ena tak ragu-ragu nak terjah makan kat sini. Cuma, masa nak ke
sini ni, ena berpusing-pusing juga nak mencari sebab guna Waze. So, ena
sarankan you all guna Google Map senang. Ena guna Google Map, terus sampai ke
destinasi. Berikut adalah alamat kedai makan ini
ALAMAT
Jalan Seri Teruntum
1,
Kampung Damak Medan
Warisan
25100 Kuantan, Pahang
MASA OPERASI
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 5.30pm-12am
MENU YANG ENA PILIH
Well, ena kalau makan steamboat
memang akan pilih tomyam sebagai kuah steamboat. Boleh tahan rasa tomyam kat
sini. Bahan yang untuk di BBQ dan di rebus, semua benda ena dan kawan ena cuba
try test. Cuma ena tak makan yang makanan macam fishball, fishcat apa semua tu
je.
Kat sini tak menggunakan penunu
gas, mereka menggunakan arang a.k.a bara untuk panaskan tempat yang nak di bbq
dan steamboat tu. Bagi ena ianya unik dan lebih menarik berbanding guna penunu
gas tu. Cam seolah-olah membakar ala-ala zaman dulu-dulu. Erkk yeke? Uhuks,
abaikan. Okay selain itu, you all kena ambil dan letak sendiri mentega kat
tempat BBQ tu. Kalau tak, habis melekat la sana sini daging ayam tu semua.
FEEDBACK DARIPADA ENA
Alhamdulillah, puas hati makan
kat sini. Satu kepala RM19 untuk dewasa, pergghhh tak ke murah tu. Jujur,
memang masa mula-mula datang tak tahu harga pun. Main terjah je sebab perut dah
lapar sangat, so dah tak kisah harga berapa. Sekali nak bayar, makaihhh
murahnyaaa. Tambahan pula kami dapat harga student iaitu RM17. Memang heaven
la.
Bahan-bahan untuk di steamboat dan
di bbq boleh tahan banyak. Pelbagai jenis you all boleh ambil dengan hanya satu
bayaran. Tempat makannya pun boleh dikatakan selesa. Disebabkan terlampau ramai
orang, so faham jela bagaimana suasana kat situ. Apapun, servis cepat dari
pihak mereka.
DETAILS ANIQ STEAMBOAT KUANTAN
Nasihat ena, you all disarankan untuk buat tempahan terlebih
dahulu. Macam ena nak makan malam semalam, pagi pagi dah buat tempahan. Kalau
tak, memang meranalah nak tunggu. Memang ramai sangat orang mai sini,
tambah-tambah malam minggu. So, kalau nak cuba try test makan steamboat kat
sini, ena galakkan sangat.
Dan dibawah ni ena share no telefon dan laman social
mereka. You all boleh terjah ke sana. Hope dapat membantu you all.
NOMBOR UNTUK TEMPAHAN
019-9203300 (SMS / Call / WhatsApp)
FACEBOOK
INSTAGRAM
7 Comments
sedapnya!!
ReplyDeletemurah ni ina...
ReplyDeletesedapppnyerrr naaa..byk pilihan pula tu..puas hati klu pegi makan camni..
ReplyDeletemurahhh... tp kena plan bila nak pi la yak
ReplyDeletememang bersandar lah lepas makan banyak kat sini.hihi
ReplyDeleterempah xde lagsung pda daging atau ayam atau sotong..cincang saje.
ReplyDeletemaknan laut seperti udang, sotong..x fresh..lembik..mmg x leh nk makan..berbau. mgkn dh stock lama..aiskrim xde. So, pada mulanya rsa RM19 tu murah...rupanya hakikat nya mahal laa..nak komen yang sedap pun x dpt ni. TERKILAN rasa.
Wah ! mcm menarik. Tp, Jeffri kata mknn x fresh. Papepun, thanks for sharing. Nnt blh try.
ReplyDelete