ROTI BURGER CANTIK TAPI SEDAP KE? | BURGER WARISAN
ROTI BURGER CANTIK TAPI SEDAP KE? | BURGER WARISAN | Kali ini ena hendak share kepada you all satu kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis burger yang cantik dan platingnya pun menarik. Namun, adakah kecantikkan itu semua menjamin kesedapan sesebuah makanan itu?? Dan sedap ke burger yang ena nak sharekan ini?? Jengg jenggg jengg.
Nama kedai burger ni adalah Burger Warisan. Ena kenal
tempat makan ni pun melalui facebook sebab ada seorang kawan ena tag nama ena
suruh cuba try test makan kat sini. Tambahan pula, Burger Warisan ini terletak
dekat dengan area Banting. Mungkin kawan ena tu mesti tengok ena selalu pergi
foodhunting kat sini, sebab tu kot dia tag nama ena.
BURGER WARISAN
TELUK PANGLIMA GARANG
Burger Warisan
ini dimiliki oleh orang kampung Teluk Panglima Garang dan pastinya halal serta
bersih untuk you all makan kat kedai sini. Kepada yang ingin cuba try test
makan kat sini tetapi tak tahu nak kemari, you all boleh waze / Google Map je
nama kedai atau alamat kedai. Dibawah ni ena sharekan alamat kedai makan Burger
Warisan ni.
ALAMAT:
Jalan Mawar Kampung Sijangkang,
Teluk Panglima Garang,
Malaysia
MASA
OPERASI:
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 5pm – 12mn
Kedai Burger Warisan ini betul betul di tepi jalan. So, masa
nak dekat sampai tu bawakla kereta slow-slow, takut nanti terlepas simpang.
MENU YANG DIPILIH
Kat sini bukan sahaja jual burger, malah menu masakkan panas
yang lain pun ada. Oleh itu, terpulang pada diri la nak makan apa. Ena dengan
#IAFoodpartner ena pilih nak makan burger masa ni sebab yang membuatkan nama
kedai makan ni adalah daripada keunikkan burger kat sini. So, ena nak cuba try
test la burger kat sini. Sedap ke?? Atau hanya sekadar luaran sahaja cantik???
Nak tahu, sila teruskan pembacaan.
Berikut adalah menu makanan yang ena dan si dia pilih.
![]() |
Royal Burger |
![]() |
Air Durian Belanda |
![]() |
Brozela Burger Grill |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Suasana kedai makannya selesa
bagi ena dan juga boleh dikatakan cantik. Dari segi kebersihan pun dijaga
dengan rapi oleh pekerja kat sini. Masa ena pergi ni pun ramai juga yang datang
untuk makan kat sini. Cuma masa ena datang tu, adalah situasi yang tak diingini
berlaku betul-betul sebelah meja ena. Ada manusia kat situ tengah marah-marah
pelayan sebab servis kurang cekap.
Ena pun terus jadi macam dah tak syok
nak makan kat sini bila jadi sedemikian. Tapi dah order makanan so tak apalah tunggu jelah.
Okay, ena tak nak cerita flow apa yang berlaku kat situ. Biarlah jadi kenangan
dalam diri sendiri sahaja. Ahaks.
Now, ena nak komen pasal burger
kat sini. Dua dua burger yang yang ena pilih tu, boleh dikatakan sedap tapi tak
MENGANCAM rasanya. Memang cantik plating, bentuk burger apa semua. Cuma bagi
ena tak selari dengan rasanya. Burger dagingnya pun guna daging burger yang
biasa orang jual kat tepi jalan tu. Bukan daging burger yang dibuat sendiri,
yang tebal dan rasa fresh tu. Burger ayamnya lagilah, agak sedikit hambar.
Roti yang digunakan pun kering,
pecah dan bukan jenis roti yang berkualiti tinggi la. Kalau makan, rasa tak
aumm la. Ena harap pihak Burger Warisan sila ambil perubahan yang sepatutnya
terutama dari segi rasa makanan dan servisnya yang agak slow. Apapun, ena
doakan yang terbaik.
Kepada mereka yang nak cuba try
test, tiada larangan bagi you all. Pergilah, manalah tahu dah semakin sedap dan
banyak yang dah berubah. Okay. You all boleh usya komen dan menu yang ada di
laman social rasmi mereka di facebook.
FACEBOOK:
7 Comments
sedapppnyeee ena :D
ReplyDeletetapi kan plating dia memang menarik ... macam hispter pun ada hehe. Tak pernah lagi merasa burger warna warni macam tu .... :D
ReplyDeletenampak menari..nak terjah mcm jauh.. tp manatau lalu area sana.. boleh singgah ni
ReplyDeleteada gak plan nak gi makan kat sini, tp kalau cantik je, tapi guna daging yg biasa jual tepi jalan, bek gi gerai beger kat depan rumah je kan hehehe
ReplyDeleteKene tambah baikan servis..persembahan cantik rasa tak sedap..tak best jugak
ReplyDeletekalau patty tu dia buat sendiri mesti lagi mengancam kan...hehe
ReplyDeletewah...cantik burgernya..daya tarikan utama ni
ReplyDelete