Wednesday, April 13, 2016

ROTI BURGER CANTIK TAPI SEDAP KE? | BURGER WARISAN


ROTI BURGER CANTIK TAPI SEDAP KE? | BURGER WARISAN | Kali ini ena hendak share kepada you all satu kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis burger yang cantik dan platingnya pun menarik. Namun, adakah kecantikkan itu semua menjamin kesedapan sesebuah makanan itu?? Dan sedap ke burger yang ena nak sharekan ini?? Jengg jenggg jengg.

Nama kedai burger ni adalah Burger Warisan. Ena kenal tempat makan ni pun melalui facebook sebab ada seorang kawan ena tag nama ena suruh cuba try test makan kat sini. Tambahan pula, Burger Warisan ini terletak dekat dengan area Banting. Mungkin kawan ena tu mesti tengok ena selalu pergi foodhunting kat sini, sebab tu kot dia tag nama ena.

BURGER WARISAN TELUK PANGLIMA GARANG

Burger Warisan ini dimiliki oleh orang kampung Teluk Panglima Garang dan pastinya halal serta bersih untuk you all makan kat kedai sini. Kepada yang ingin cuba try test makan kat sini tetapi tak tahu nak kemari, you all boleh waze / Google Map je nama kedai atau alamat kedai. Dibawah ni ena sharekan alamat kedai makan Burger Warisan ni.

ALAMAT:
Jalan Mawar Kampung Sijangkang,
Teluk Panglima Garang,
Malaysia

MASA OPERASI:
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 5pm – 12mn

Kedai Burger Warisan ini betul betul di tepi jalan. So, masa nak dekat sampai tu bawakla kereta slow-slow, takut nanti terlepas simpang.


MENU YANG DIPILIH

Kat sini bukan sahaja jual burger, malah menu masakkan panas yang lain pun ada. Oleh itu, terpulang pada diri la nak makan apa. Ena dengan #IAFoodpartner ena pilih nak makan burger masa ni sebab yang membuatkan nama kedai makan ni adalah daripada keunikkan burger kat sini. So, ena nak cuba try test la burger kat sini. Sedap ke?? Atau hanya sekadar luaran sahaja cantik??? Nak tahu, sila teruskan pembacaan.

Berikut adalah menu makanan yang ena dan si dia pilih.


Royal Burger

Air Durian Belanda


Brozela Burger Grill

FEEDBACK DARIPADA ENA

Suasana kedai makannya selesa bagi ena dan juga boleh dikatakan cantik. Dari segi kebersihan pun dijaga dengan rapi oleh pekerja kat sini. Masa ena pergi ni pun ramai juga yang datang untuk makan kat sini. Cuma masa ena datang tu, adalah situasi yang tak diingini berlaku betul-betul sebelah meja ena. Ada manusia kat situ tengah marah-marah pelayan sebab servis kurang cekap.

Ena pun terus jadi macam dah tak syok nak makan kat sini bila jadi sedemikian. Tapi dah order makanan so tak apalah tunggu jelah. Okay, ena tak nak cerita flow apa yang berlaku kat situ. Biarlah jadi kenangan dalam diri sendiri sahaja. Ahaks.



Now, ena nak komen pasal burger kat sini. Dua dua burger yang yang ena pilih tu, boleh dikatakan sedap tapi tak MENGANCAM rasanya. Memang cantik plating, bentuk burger apa semua. Cuma bagi ena tak selari dengan rasanya. Burger dagingnya pun guna daging burger yang biasa orang jual kat tepi jalan tu. Bukan daging burger yang dibuat sendiri, yang tebal dan rasa fresh tu. Burger ayamnya lagilah, agak sedikit hambar.

Roti yang digunakan pun kering, pecah dan bukan jenis roti yang berkualiti tinggi la. Kalau makan, rasa tak aumm la. Ena harap pihak Burger Warisan sila ambil perubahan yang sepatutnya terutama dari segi rasa makanan dan servisnya yang agak slow. Apapun, ena doakan yang terbaik.


DETAIL BURGER WARISAN TELUK PANGLIMA GARANG




Kepada mereka yang nak cuba try test, tiada larangan bagi you all. Pergilah, manalah tahu dah semakin sedap dan banyak yang dah berubah. Okay. You all boleh usya komen dan menu yang ada di laman social rasmi mereka di facebook.



FACEBOOK:


Share

Other Article

ROTI BURGER CANTIK TAPI SEDAP KE? | BURGER WARISAN
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
13.4.16

sedapppnyeee ena :D

Reply
avatar
13.4.16

tapi kan plating dia memang menarik ... macam hispter pun ada hehe. Tak pernah lagi merasa burger warna warni macam tu .... :D

Reply
avatar
14.4.16

nampak menari..nak terjah mcm jauh.. tp manatau lalu area sana.. boleh singgah ni

Reply
avatar
JMR
19.4.16

ada gak plan nak gi makan kat sini, tp kalau cantik je, tapi guna daging yg biasa jual tepi jalan, bek gi gerai beger kat depan rumah je kan hehehe

Reply
avatar
20.4.16

Kene tambah baikan servis..persembahan cantik rasa tak sedap..tak best jugak

Reply
avatar
20.4.16

kalau patty tu dia buat sendiri mesti lagi mengancam kan...hehe

Reply
avatar
15.5.16

wah...cantik burgernya..daya tarikan utama ni

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)