NASI ARAB MURAH DI AMPANG | ALANNA’S KITCHEN
NASI ARAB MURAH DI AMPANG | ALANNA’S KITCHEN | Entri kali ini ena nak share satu kedai makan yang ownernya
seorang berbangsa Cina tetapi menyediakan nasi arab yang murah dan sedap.
Walaupun masih ada kekurangan dalam masakannya tapi layanan yang sangat mesra
dari owner membuatkan makanan kat sini jadi sedap. Apapun, memang sedap nasi
arabnya, cumaaaaa haaaa nak tahu sila teruskan scroll ye.
Kedai tersebut diberi nama,
Alanna’s Kitchen. Ena pergi sini pun sebab teringat ada rakan blogger share
pasal tempat makan ni. Dan ena pula masa ni ada kat kawasan Ampang. Tu ena ajak
#IAFoodpatner, Yazid untuk terjah Alanna’s Kitchen ni. Nak tahu juga betul ke
best makan kat sini. So best ke? Lets check it outchaaa okay.
ALANNA’S KITCHEN AMPANG
Alanna’s Kitchen ini baru sahaja
beroperasi bulan 11 tahun 2015. Setahun pun tak cukup lagi. Masa ena pergi ni, status Halal untuk
makanan kat sini tengah dalam pemprosesanoleh pihak JAKIM. Tapi rasanya
sekarang ni dah dapat kot status halal dari pihak JAKIM sebab dah nak dekat
sebulan lebih ena pergi terjah kedai makan ni. Ni baru berkesempatan nak share.
Seperti yang ena dah katakana diatas, kedai makan ini dimiliki oleh seorang
Cina. Tetapi jangan risau, yang tukang masaknya adalah orang beragama Islam. Ena
sendiri nampak tukang masaknya, so yakin la nak makan kat sini.
Kedai makan ini terletak Pandan
Indah, Ampang. Bagi mereka yang stay kat Kuala Lumpur agak mudah juga la bagi
mereka untuk kemari. Kalau rasa nak makan kat sini atau dah tak tahu nak makan kat
mana, you all boleh waze / Google Maps ke Alanna’s Kitchen. Berikut adalah
alamat kedai makan ini
ALAMAT
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D,
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
MASA OPERASI
Hari: Selasa - Ahad
Masa: 11am - 11pm
MENU YANG DIPILIH
Kat sini bukan sahaja menyediakan
kepelbagaian Nasi Arab, tetapi makanan western yang lain pun ada sebenarnya.
Lagi satu yang best, kalau beli set Nasi Arab, you all akan dapat minuman free.
Tapi yang freenya bukan semua jenis la. Ada senarai jenis-jenis minuman free
yang you all boleh pilih.
![]() |
Arabic BBQ Chicken With Rice and Garlic Sauce |
![]() |
Alanna's Special Grilled Chicken |
![]() |
Ice Lemon Tea |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Alhamdulillah, kedua-kedua jenis
nasi arab yang ena dan Yazid pilih memang sedap. Jenis-jenis nasi arabnya
terletak pada perbezaan lauknya. So, terpulang la pada pemakan nak pilih yang
mana satu. Jangan risau, nanti ownernya akan suggest mana yang terbaik untuk
dirasai. Okay, untuk dua-dua ayam yang kami pilih rasanya sangat sedap, lembut
bila ditarik dan juicy. Yang Ayam Tandoorinya pun perrrghhhhh, sedap lagi dari
makan kat kedai mamak. Tak terover bakar, sedang sedang elok je. Terbaiklah!
Walaupun ada kekurangan pada
nasinya sebab bagi ena agak banyak rempah ratus yang diletak, namun disebabkan
keenakkan lauk ayamnya, secara automatik
semuanya jadi sedap. Harga pun murah, minuman pula free dan tambahan pula dapat
pula layanan yang mesra daripada owner kedai ni. Tabik la!
Keadaan kedainya pun bersih,
selesa dan nyaman untuk you all menjamu selera d sini. Ena dan Yazid pun sangat
berpuas hati dapat makan kat sini. Perut pun kenyang, hati pun girang.
Alhamdulillah, boleh repeat makan lagi lepas ni bila-bila ada masa free.
InshaAllah
DETAILS ALANNA’S KITCHEN
Okay itu sahaja perkongsian
daripada ena. Bagi mereka yang ingin hubungi atau nak skodeng laman social
Alanna’s Kitchen, you all boleh terjah dengan klik pada link yang ena share
dibawah ini.
FACEBOOK
INSTAGRAM
5 Comments
nampak sedap je nasi arab tu...dekat pula tu...kat pandan indah je...boleh nak cuba nanti..hehe
ReplyDeleteBest kan?? Hee.. Nyummm!!! Harga yang murah tak padan dengan tempatnya yang tengah bandar..
ReplyDeleteportion dia pun just nice tengok ... kiranya boleh habis sepinggan kalau makan tu hehehe. Nice place for family too i guess ... tapi jauh sikit dr desa pandan ni hehe
ReplyDeleteeah arabic BBQ chicken nampak sangat mengundang >,<
ReplyDeleteTerliur tengok ayam tu.decoration menu pun menarik
ReplyDelete