
MANGO CHEESECAKE POPULAR DI
KUANTAN | KULA CAKES | Kepada yang gemar makan mango cheesecake atau sedang mencar spesis
kek yang ini, haaa untuk entry kali ni ena nak share satu tempat lepak yang ena
pergi foodhunting baru-baru ni. Kedai ni sesuai untuk lepak-lepak sambil minum
dan makan kek. Nama kedainya adalah Kula Cakes.
Kula Cakes ni kedai makan agak popular
kat Kuantan. Mana-mana kawan ena yang datang ke sini, kebanyakannya mesti
terjah makan kat sini. Ena kenal kedai ni pun sebab ramai kata mango cheese
keknya yang sedap. Dan kat kedai ni juga la ena first time makan mango cheesecake.
Tapi selama ni just beli dan bawa balik. Tak pernah makan kat kedai ni. Tu yang
pergi cuba try test makan kat sini baru ni dengan kawan-kawan.
KULA CAKES KUANTAN
Kula Cakes ini merupakan tempat makan menyediakan pelbagai kek yang
dibuat sendiri oleh pihak mereka. Antaranya seperti Mango Cheesecake, Red
Velvet, Pavlova, Durian Cheesecake (Ikut Musim) dan pelbagi lagi la. Kalau nak
tahu, kena datang sini.
Kula Cakes ini terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Rekreasi
Teruntum, yang taman ni bersebelahan dengan Sungai Kuantan. Kedai makan ni
berhampiran juga dengan Kuantan Parade dan Hospital Kuantan (HTAA). Cuma nak ke
sini ni memang boleh terlepas pandang bagi mereka yang first time datang sini.
Namun jangan risau, you all boleh waze atau Google Map ke sini.
Dibawah ni ena share masa operasi kedai makan ini.
MASA OPERASI:
Selasa-Khamis: 1pm-9pm
Jumaat-Sabtu: 1pm-10pm
Ahad: 11am-7pm
MENU YANG DIPILIH
Ena kalau ke sini, mesti makan
Mango Cheesecake nya sebab sedap angat-angat. Even sekarang tengah menaip ni
pun masih teringat akan kesedapan Mango Cheesecake kat sini. Huaaaaaa. Craving
dah. Tapi bagi mereka yang tak gemar Cheesecake, boleh pilih jenis kek yang
lain yang ada dijual masa you all pergi tu.
Kawan-kawan ena yang lain pilih
jenis kek selain Mango Cheesecake. Nak tahu apa mereka pilih? Jom usya
gambar-gambar kat bawah ni.
![]() |
Mango Cheesecake |
![]() |
Red Velvet |
![]() |
Pavlova |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Tempat makannya memang cantik dan
santai sangat. Sesuai untuk lepak dan ambil gambar banyak-banyak kat sini
sambil makan cake. Cuma kedainya betul-betul tepi jalan yang sehala sahaja, so
agak payah juga untuk mereka cari parking. Kalau tak bernasib baik, kena
parking jauh sedikit.
Rasa kek kat sini, Mango
Cheesecakenya memang pujian hati ena. Cuma masa ena cuba try test baru-baru ni,
topping Cheesecakenya agak over beku sedikit. Dan tak dapat rasa isi mango yang
fresh. Pavlovanya pun sedap, ena boleh masuk sebab tak manis sangat. Light je
rasanya. Terbaiklah. Cuma kek red velvenya agak kering sedikit dan mudah
bersepai. Namun, masih sedap.
Mengenai harga, not bad. Tidak
terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sedang-sedang gittew. Namun, jangan
kerap kali pergi makan pula ye. Nanti dapat kencing manis plus obesity pula.
Ahaks.
DETAILS KULA CAKES KUANTAN
Itu sahaja daripada ena. So bagi
mereka yang hendak ke Kuantan, moh la cuba try test makan Mango Cheesecake kat
sini. Sangat berpuas hati. Kalau nak tahu feedback daripada orang lain, you all
boleh terjah laman rasmi mereka di Facebook dan Instagram.
FACEBOOK
INSTAGRAM
13 Comments
sempoinya kedai dia.. heheheh sedapnya red velvet tu..
ReplyDeletetak pernh perasan pun...menarik tmpt die..klu tmpt tersembunyi mmg susah la nk cari..huhuuh
ReplyDeletedulu akak duduk kuantan, selalu pergi taman teruntum.
ReplyDeletewahhhhh..sedap ni
ReplyDeleteselalu baca pasal Kula Cakes dengan Mango Cheesecake nya . bila lah boleh pergi T_T .
ReplyDeletesedap ...telio akak dibuatnya hehe :D
ReplyDeleteUntuk yang sweet tooth mesti suka tempat ni. Lagipun nampak sangat comel :)
ReplyDeletemcm menarik je kawasan makn dia tuu...
ReplyDeletePlan nk ke Kuantan nxt mnth...boleh try singgah sini
ReplyDeletenampak sedap giler mango cheesecake tu.
ReplyDeleteMango cheesecake..ok kalau p sana akan try
ReplyDeletenampak sedap pula semua tu...kena cuba ni satu hari nanti...
ReplyDeletememang sedap..sempat merasa pavlova and mango cheese cake je haritu..
ReplyDelete