Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, March 04, 2016

REVIEW SKINCARE MANTOP DARIPADA JEPUN | KOSE SEKKISEI




REVIEW SKINCARE MANTOP DARIPADA JEPUN KOSE SEKKISEI  | Siapa kat sini pernah dengar produk skincare Kose Sekkisei atau Sekkisei?? Kalau pertama kali tahu tu, kita geng!! Ahaks. Ena pun baru sahaja jumpa produk skincare ni. Well, ena ni jenis malas nak explore sikit pasal skincare skincare ni. Tu yang ketinggalan tu. Ahaks. Malah ena sendiri pun telah cuba try test produk ni selama 2 bulan. 

Alhamdulillah, nampak perubahannya dan paling syok muka ena ni tak beri tindak balas yang buruk dengan produk ni. Ena stop pakai pun sebab dah habis Kose Sekkisei Trial Kit nya. So, pada entri kali ini, ena nak dedahkan sedikit mengenai produk kecantikkan dan penjagaan kulit yang mai jauh dari Jepun ni.


KOSE SEKKISEI 


Untuk pengetahuan you all, Sekkisei telah terbukti keberkesananya selama 30 tahun dengan memberikan kesan yang positif pada kulit wanita yang bermasalah. Pergghhhh! Ramuan turun temurun sejak tahun 1985 lagi, Sekkisei telah tersebar luas dan menjadi produk yang retis di dunia dengan petua kulit cantik berseri. 

Produk ini direka bertujuan untuk memberikan kulit yang lembut dan gebu gebas kepada kaum wanita di seluruh dunia. Diformulasi daripada bahan ekstrak herba tumur yang mai daripad 100 tumbuhan yang berbeza dan selamat untuk diguna. Usah risau tentang soal boleh guna ke tak untuk umat Islam, produk ini adalah sah dan halal untuk digunakan.


KANDUNGAN KOSE SEKKISEI TRIAL KIT

Pada tahun ini, pihak Kose Sekkisei telah memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi 5 produk terunggul daripada jenama ini. Trial Kit ini sesuai bagi mereka yang ingin cuba try test akan produk ini. Ena pun guna yang set Trial Kit ni, memang best! Dua bulan je tahan, tapi nampak juga perubahannya. Auummm.

So, kalau you all nak tahu apa kebenda yang ada dalam Trial Kit ni. Jom tengok apa yang ada dan apa yang ena dapat daripada pihak mereka.



SEKKISEI WHITE WASH LIQUID


Membersihkan kulit muka dengan memberi kelembapan dan mencerahkan wajah muka. Dengan adanya agen pembersih Taurine, membolehkan kulit menjadi bersih dan tak kering. Untuk ekstrak Rubus Suavissmus, berfungsi untuk memulihkan kulit yang kusam.



SEKKISEI LOTION


Ni paling popular kalau jual secara ala carte. Hal ini disebabkan lotion ni mengandungi bahan 100 jenis tumbuhan yang ada. Selain itu, bagi yang kuat bekerja seharian dengan hadap stress apa semua, elok pakai lotion ni untuk mengimbangi semula kelembapan dengan kesihatan kulit muka.


SEKKISEI EMULSION


Pelembap ini dikursuskan untuk menyerap kedalam kulit muka untuk mencegah jerawat, jeragat, dan kekeringan. Bahan dalam ni seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica yang berfungsi sebagai mencerahkan dan menyihatkan kulit muka.


SEKKISEI CLEAR WHITENING MASK 



Yang ini pula, mask untuk menanggalkan kulit-kulit mati, mencerahkan dan melembapkan kulit muka dalam masa yang sama. Ekstrak Quinee Cina menghalang pengeluaran sebum dan dengan campuran ekstrak tumbuhan timur, berfungsi mencerahkan kulit.

Harga untuk satu set benda ni berharga RM99 dan sudah termasuk GST. Dan pastinya kuantitinya lebih sedikit berbanding kalau beli secara ala carte. 



DETAILS KOSE SEKKISEI


Kepada mereka yang mencuba juga, jom reramai pergi  melawat ke laman social rasmi mereka. Dibawah ni ena sertakan link untuk ke sana. Memang feymes rupanya produk ni. Ramai bagi respond yang positif. So ena dah mencuba, you all bila lagi?


FACEBOOK

WEBSITE


Share

Other Article

REVIEW SKINCARE MANTOP DARIPADA JEPUN | KOSE SEKKISEI
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
5.3.16

samalah. first time dengar produk ni. hehe.

Reply
avatar
6.3.16

yang ni tengok view belon keluar dari kotak tu kan?

Reply
avatar
7.3.16

bestnya dapat kose.

wahh tukar template jugak ye..

Reply
avatar
10.3.16

Kannnn.. rupanya popular produk ni best best besttt

Reply
avatar
10.3.16

betul tu kak.. comel betul packagingnya

Reply
avatar
10.3.16

Alhamdulillah.. best kak.. nanti cuba try test produk ni

Reply
avatar
5.5.17

salam.. nk tnya still guna ke produk ni? apa perkembngan nya?

Reply