LAYAN MEE REBUS PILIHAN HATI | BALUN SLIM RIVER
LAYAN MEE REBUS PILIHAN HATI | BALUN SLIM RIVER | Ena sekarang tengah midterm breaks dan sudah tentu sedang berada di Tanjung Malim. Baru-baru ni ena dengan parents ena makan satu kedai makan di area Kg Balun, Slim River. Sejak zaman sekolah lagi, selalu juga parents ena bawa makan kat kedai ni. Dan yang pasti ena akan layan mee rebus atau mee bandung kat sini. Sedappp!
Kali ni, tekak ena tetiba teringin nak merasai mee rebus, so layan mee rebus jela ena. Lagipun, dah berkurun tak layan mee rebus kat sini. Kerinduan pula. Walaupun agak jauh daripada Tanjong Malim tapi gigih juga ena ke mari dengan parents ena. Sambil tu boleh upgrade memory yang ada dalam minda ni. Ahaks
LOKASI KEDAI MAKAN MEE REBUS
Maaf, ena tak tahu pula nama kedainya apa sebab puas juga mencari nama kedainya, tapi tak jumpa juga. Ena selalu panggil Kedai Mee Rebus Balun je. Ahaks. Kedudukan kedainya betul-betul di tepi jalan yang berhadapan dengan Taman Tasik Slim River. Kalau you all datang dari arah Tanjong Malim ikut jalan lama, kedainya ada di sebelah kanan you all. Yang pasti sebelum you all jumpa balai polis Slim River la.
Keadaan kedainya biasa-biasa sahaja yang di miliki oleh orang Melayu. Kedainya dijamin halal dan bersih untuk dimakan. Tambahan pula, memang dah lama kedai makan ni wujud kat sini. Sejak ena kecil lagi dah ada dah, so sudah pasti kedainya tak adalah semegah macam kedai makan zaman sekarang. Tapi mee rebus dengan mee bandungnya memang nyummeehhh la baq hangg!
MENU YANG DIPILIH
Ena datang terjah ke sini dengan parents ena je, so ada tiga jenis menu jelah yang kami pilih. Nak tahu apa menu yang dipilih? Jom scroll entri ni sampai habis.
![]() |
Mee Rebus pilihan hati ena. Kuah yang pekat dan sedap |

![]() |
Bihun Sup pilihan hati mak ena. Sedap kuahnya. Tambah-tambah digaul dengan sambal hitam tu. |
![]() |
Roti Jala pilihan hati ayah ena. Not bad rasa roti jala ni. |
FEEDBACK DARIPADA ENA
Overall rasa makanan kat sini sedap dan boleh diterima tekak walaupun platingnya ala-ala kampung gittew. Yeahh, kesedapannya masih macam dulu-dulu juga. Cuma kuantiti mee nya agak sedikit dan kuahnya pun tak begitu panas. Seeloknya kuah mee nya dihidang panas-panas baru sedap dan lebih menarik untuk makan. So, kat situ jelah ena rasa apa kekurangan kat sini. Harga tak adalah mahal sangat. So, puas hati jugalah rasa makanan kat sini.
Keadaan kedainya biasalah, kedai dah lama. Faham-faham la sendiri. Keselesaan tu, errrmmmm bagi ena boleh laaaa nak jamu selera kat sini. Sedang sedang sahaja. Oleh itu, bagi mereka yang sedang menghala ke Slim River atau nak ke utara melalui jalan lama, boleh la cuba try test makan mee rebus kat sini. Tak rugi pun dan dapat juga la ghilangkan rasa penat ketika drive.
![]() |
My dad and my mom |
Itu sahaja coretan daripada ena mengenai Foodhunting ena kali ni. Maaf lama tak update blog sebab macam-macam hal nak ena urusankan sampai malas nak update entri. Uhuks. Apapun, selamat mencuba dan selamat menjamu selera ye.
7 Comments
Aaaaarggghhhhhhhh ... Lapaaaaaaaqqqqqqqqq .. Menyesal bukak entry niiih T.T
ReplyDeleteamboii sedapnya ena oihh..
ReplyDeletewuuuiiiii..pekat betul kuahnya yerr
ReplyDeleteaa sedap nyer bihun sup cili kicap tuuu!~
ReplyDeleteMee rebus?? Akak suka akak suka! Kuah pekat memang ciri² mee rebus yang dicari kan ena hehe ... Kalau sampai sana nanti nak terjah gak la :)
ReplyDeletedapnye mihun sup
ReplyDeleteNak cuba Sabtu ni
ReplyDelete