Thursday, March 10, 2016

BIG SPOON TIMES SQUARE | SEDAP KE??


BIG SPOON TIMES SQUARE  | SEDAP KE??  |  Entri kali ini ena nak share satu kedai makan yang terkenal dengan hidangannya diletak dalam sudu yang besar. Rasanya ramai dah tahu dan juga ada yang pernah pergi makan kat sini kan?? Tapi ena ni baru je dapat pergi makan kat Big Spoon. Dah lama nampak kedai ni kat Berjaya Times Square cuma pergi melencong ke kedai makan yang lain.

Ena singgah kedai ni pun sebab tertarik tengok pinggannya yang berbentuk sudu gergasi. Sebab tu la kot nama kedainya 'Big Spoon'. Well, nampak menarik kann kann. Lain daripada yang lain. Oleh sebab itu, ena pergi terjah untuk rasai sendiri bagaimana rasa makanan kat sini. So, sedap ke tak?? Haaa, mohol scroll sampai bawah.


BIG SPOON TIMES SQUARE


Big Spoon ini menekan masakan ala ala American-Chinese Cuisine. Makanannya diletak dalam mangkuk atau pinggan yang berbentuk sudu yang besar. Kedai makan ini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya seperti Klang Valley, Aeon Big Subang Jaya dan Berjaya Times Square.

Untuk kali ni, ena pergi ke cawangan BerjayaTimes Square yang berdekatan dengan kedai Boat Noodles. Alang-alang tengah shopping kat sini, so masa makan tengahari teruslah singgah. Kepada yang tak tahu kedudukan kedainya kat mana, bawah ni ena kongsikan alamat untuk you all.



ALAMAT:
Big Spoon
Lot 02-49-13A, East, Second Floor, Berjaya Times Square, 1,
 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia


MASA OPERASI:
Isnin - Ahad
11am - 10pm


Bila sesuatu kedai makan tu berada di dalam mall, for sure akan buka sekali dengan Mallnya dibuka. Sebab tu ena tak risau sangat pasal hal tutup ke buka kalau nak pergi makan dalam mana-mana mall. Kalau luar daripada mall, ena akan cek terlebih dahulu kat Facebook atau laman web yang boleh dipercayai.



MENU YANG DIPILIH

Kat sini tak ada set untuk any dish dan jenis makanan pun tak banyak. So, ena dengan #IAFoodPartner pilih jelah yang mana rasa macam gempak je nama menunya. Ada juga menu yang tak available. Berikut adalah menu yang kami pilih.

Ma Poh Taufu Rice

Chicken Cold Noodle

Dumplins With In House Special Sauce

Hot & Sour Abalone Noodle Soup


FEEDBACK DARIPADA ENA

Komen ena mengenai makanan kat sini, ermmmm kurang sedap bagi ena. Rasanya agak pelik dan tak berapa pedas sangat. Menu yang boleh masuk dengan tekak ena hanya dumplingnya sahaja tapi still tak sesedap dumpling yang ena makan kat tempat lain. Mungkin sebab kat sini menekankan menu ala ala Chinese Cuisine. Ena tak berapa biasa makan makanan Cina yang betul-betul pure punya. So, tekak ena tak berapa nak berkenan.

Keadaan kedai makannya boleh dikatakan kemas dan cantik. Ena suka bentuk kerusi dan mejanya yang diperbuat daripada kayu, unik. Nak makan pun selesa dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Cuma itulah, rasa makanannya ena kurang gemar. Kami berdua beri komen yang sama tapi dah order, so perabiskan jelah semua yang kami pilih. Servicenya masa ni okay je, tapi ramai komen servicenya teruk. Entahlah.



Kalau you all nak merasainya sendiri, pergi je. Mana tahu dah makin sedap dan makin banyak menu yang ada. Ena mungkin akan pergi lagi, oleh itu ena berharap adalah perubahan. Harganya tak adalah mahal sangat kalau tak ambil banyak-banyak. Heeee. So. selamat mencuba.


DETAILS BIG SPOON TIMES SQUARE

Berikut adalah link official untuk Big Spoon dan you all boleh terjah ke sana untuk menjadi panduan kepada yang memerlukan info lebih lanjut. Semoga dapat membantu you all.



FACEBOOK:



Share

Other Article

BIG SPOON TIMES SQUARE | SEDAP KE??
4/ 5
Oleh

10 Comments

Comments
avatar
10.3.16

Food presentation menarik...tp rasa kurang ye...tak best laa camtu

Reply
avatar
10.3.16

akak pun sama menu chinese ni kureng skit kat tekak.

Reply
avatar
10.3.16

Betul tu kak... Dua2 mesti kena sama2 hebat.. Presentation dengan rasa makanan

Reply
avatar
10.3.16

Sebab banyak cam rasa herba2

Reply
avatar
10.3.16

saya suka makanan cina, nak try la kat sini sebab menarik cara dia letak menu dalam sudu. heheh

Reply
avatar
10.3.16

tak pernah rasa so tak tahu.. rasanya sekali masuk mulut jer big spoon tu.. hahahah kecik jer tgk..

Reply
avatar
11.3.16

cakap pasal Time Square ni dah lama giler tak pergi TS. nampak menarik dan unik cara hidangan dalam sudu besar tu. masakan chinese ni selalunya tak banyak bahan dan agak plain. mungkin ada yang tak kena dengan tekak tu kot :)

Reply
avatar
12.3.16

Yaya tak pandai makan makanan macam ni. Boat noodles pun tak pandai makan. Tekak melayu sungguh haha

Reply
avatar
14.3.16

oh. kdg2 tekak x sama kan. sy ni pun ssh gak nak makan2 ni. huuu

Reply
avatar
11.5.16

Kena try ni..saya jenis yang suka masakan chinese.. :)

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)