SHAKLEE MALAYSIA MENGUMUMKAN PELANTIKAN PRESIDEN BARU | Pada bulan Januari 2016, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan baru untuk Presiden Shaklee Malaysia iaitu Helen Lam.
Sebelum ini, beliau sudah lama bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung, lebih kurang dalam 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat
multinasional.
Menurut Roger Barnett iaitu CEO Shaklee Corporation, “Bukan mudah mencari
seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan
pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam
membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”.
Tambah beliau lagi, “Kami
amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian
daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk
hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kami amat
teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di
Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya
akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam
keluarga besar Shaklee”.
Selain itu, Helen mempunyai
pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod
pencapaian cemerlang. Selain itu, beliau juga berganding erat bersama para pengedar yang lain, bagi
memacu pertumbuhan yang stabil dalam tempoh yang panjang, di dalam
industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah
bekerja secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan
kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.
WEBSITE:
www.shaklee.com.my
FACEBOOK:
FACEBOOK:
www.facebook.com/ shakleeproductsmalaysia
INSTAGRAM:
INSTAGRAM:
www.instagram.com/ shakleeproductsmalaysia/
PEMBELIAN ONLINE DI LAZADA:
PEMBELIAN ONLINE DI LAZADA:
1 Comments
Semoga Shaklee terus berjaya dengan adanya presiden baru yang berwibawa.
ReplyDeletehttp://angellovesoldier.blogspot.com/