Friday, February 05, 2016

SHAKLEE MALAYSIA MENGUMUMKAN PELANTIKAN PRESIDEN BARU



SHAKLEE MALAYSIA MENGUMUMKAN PELANTIKAN PRESIDEN BARU | Pada bulan Januari 2016, Shaklee Malaysia telah mengumumkan perlantikan baru untuk Presiden Shaklee Malaysia iaitu Helen Lam

Sebelum ini, beliau sudah lama bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung, lebih kurang dalam 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

Menurut Roger Barnett iaitu CEO Shaklee Corporation, “Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”.

Tambah beliau lagi, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Selain itu, Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang. Selain itu, beliau juga berganding erat bersama para pengedar yang lain, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam tempoh yang panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah bekerja secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.



WEBSITE:
 www.shaklee.com.my

FACEBOOK:
www.instagram.com/shakleeproductsmalaysia/

PEMBELIAN ONLINE DI LAZADA:


Share

Other Article

SHAKLEE MALAYSIA MENGUMUMKAN PELANTIKAN PRESIDEN BARU
4/ 5
Oleh

1 Comments:

Comments
avatar
6.2.16

Semoga Shaklee terus berjaya dengan adanya presiden baru yang berwibawa.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)