Wednesday, February 24, 2016

SARAPAN BERSAMA PELAKON | CINTA SI WEDDING PLANNER


SARAPAN BERSAMA PELAKON | CINTA SI WEDDING PLANNER | Alhamdulillah, ena diberi peluang untuk menyertai satu event yang dianjurkan oleh Team Denaihati Network dengan kerjasama para penaja dan para peminat AdiPutra (Adp1hotlovers) dan Mira Filzah (Miracle.fc) di Bangi Golf Resort Clubhouse.


Di event ini, ena dan para blogger yang lain berpeluang untuk sarapan pagi bersama dengan pelakon utama Cinta Si Wedding Planner iaitu Adi Putra dan Mira Filzah. Masa ni lah nak jumpa mereka secara depan depan, hari lain tak tahu la bila lagi. Lagipun event ini dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan juga Adi Putra mengumumkan pakej umrah bersama dengan beliau pada tahun ini. 



Kalau ena ada duit banyak dan sudah bekerja, boleh belanja mak ena pakej umrah ni. Entahlah, bagi ena pakejnya agak murah kalau nak bandingkan dengan yang lain plus nak ke tempat suci kot. Apa salahnya kan, janji dapat pakej yang memudahkan dan selamat ketika di sana. You all pun boleh skodeng harga kat banner atas ni. Mana la tahu terlintas di hati teringin nak menunaikan umrah juga pada tahun ni.





SARAPAN DI BANGI GOLF RESORT CLUBHOUSE

Serius, ni merupakan kali pertama ena pergi event pada waktu pagi. So, makan sarapan pagi la kita. Well nama event pun Sarapan Pagi Bersama Adi Putra dan Mira Filzah. Ena macam biasa, sebagai foodhunter dan foodblogger memang tak sah kalau tak nak share moment ketika sarapan bersama dengan mereka yang hadir. So, jom scroll entri ena ni sampai ke penghujungnya. Ahaks.



Sambil makan sarapan kat sini, sambil tu boleh dengar sedikit sebanyak perkongsian tentang Adi Putra dan Mira Filzah. Bukan senang nak dapat soal jawab dengan mereka kat tempat yang lain sebab ini merupakan perkongsian yang khas dibuat untuk hadirin yang ada dalam Dewan Orkid Bangi Golf Resort. Khas untuk kami la senang cerita. Ngeee.

Kat sini kami disediakan buffet nasi lemak yang sangat sedap dan mengenyangkan perut kami. Serius, ena tergoda dengan sambal nasi lemak nya. Bila ingatkan semula, Allahhhh lapar terus perut ni. Puas hati makan sarapan kat sini. Untuk pengetahuan you all, ini merupakan kali kedua ena makan kat sini, memang dari dulu masakannya memang sedap. Terbaiklah Bangi Golf Resort!




  
Melting sangat dengan Brownies Choc ni. Dari Pav’s Lover Bakery. Sedap sangat! Rasa nak bawa balik je semua. Nomnomnommm!


Apapun, dukacitanya, Mira Filzah tak dapat nak stay lama sebab dia ada shooting. So, sekejap jelah dapat luangkan masa bersama dengan dia. Adi Putra dia stay dengan kami sampai event ni habis. Sokaylah, janji besttttt dengar dia bercakap.


Dengan Mira Filzah. Comelkan dia. Younger than me.





TERIMA KASIH PENAJA

Terima kasih kepada penaja-penaja yang telah bergading bahu untuk menjayakan event ni. Jutaan terima kasih juga pada team Denaihati Network kerana adakah event sebegini. Ena happy bukan sahaja dapat jumpa pelakon utama Cinta Si Wedding Planner, malah dapat juga berjumpa dengan rakan blogger yang sudah lama tak berjumpa. Rindu tau! Ahaks.

Berikut adalah para penaja yang baik hati yangwajib you all terjah, klik sahaja mereka di EvoWang.com , CVS Production , AbangEnsem.com , Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies.



Di snap oleh CVS Production

Share

Other Article

SARAPAN BERSAMA PELAKON | CINTA SI WEDDING PLANNER
4/ 5
Oleh

16 Comments

Comments
avatar
25.2.16

Pakej umrah yg sesuai dan murah sis kira. Haji kena ikut turn. Duit ada boleh pegi. Muda2 pegi sihat lagi kannn

Reply
avatar
25.2.16

Bestnya...lama tak pergi event ni

Reply
avatar
25.2.16

Best kan dapat bersarapan pagi gan diaorang...:D

Reply
avatar
25.2.16

cantik muka mira fizlah ni.. sama je dalam tv.

Reply
avatar
25.2.16

Kan.. InshaAllah mudah2an dipermudahkan segalanya..

Reply
avatar
25.2.16

Hehehe ada rezeki lain..

Reply
avatar
25.2.16

Sangatt bestt.. Makanan pun sedappp hehehe

Reply
avatar
25.2.16

Tahu xpe.. Memanh sweet je muka dia hehehe

Reply
avatar
26.2.16

pestime jumpa ainaa yang tinggi ni..

Reply
avatar
28.2.16

wah ina pergi ek sarapan pagi haritu. zuan kerja pula. tak dapat join

Reply
avatar
2.3.16

wow.. blog makin cantik n kemas.. heee..

taktau nak komen macam mana mira filzah dan Adi Putra sebab teman tak sempat lagi tengok citer Cinta Si Wedding Planner tu..

Reply
avatar
2.3.16

first time jmpa ina kt sini ya Allah tinggi nyer awak na..cantik pulak tu hahahaha..tgk dlm gbr mcm comel jer orgnyer..skli dh mcm model

Reply
avatar
7.3.16

bestlah dapat sarapan bersama artis..cantik mira filzah :)

Reply
avatar
8.3.16

bestnya boleh p event sebegini..

Reply
avatar
8.3.16

wahh bestnya dpt jumpa mira ngan adi...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)