Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, February 11, 2016

RASAI KEENAKKAN STEAK DI KUALA LUMPUR | ME'NATE STEAK HUB


 RASAI KEENAKKAN STEAK DI KUALA LUMPUR | ME'NATE STEAK HUB | Kali ni ena nak bawa you all ke satu kedai makan yang menyedia pelbagai jenis steak mahupun lamp daripada sumber ternakkan yang telah dijaga dengan rapi. Kedai tersebut diberi nama Menate Steak Hub.

Kedai makan ini menyediakan pelbagai jenis bahagian daging lembu serta daging kambing. Setiap bahagian tersebut mempunyai bentuk, nilai dan harga yang tersendiri. Dan pasti harga kesemuanya agak aumm aummm bagi diri ena. Memang kena ada duit lebih baru boleh layan steak kat sini. Ena dah lama nak cuba try test, cuma rezeki belum ada lagi. Nasib baiklah #IAFoodPartner ena, Yazid nak belanja ena makan kat sini, so ena said Alhamdulillah jela.


ME'NATE STEAK HUB


Me'nate Steak Hub mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. You all boleh lihat dan terjah di fanpagenya, Me'nate Infokalau nak tahu cawangan yang berdekatan dengan you all. Tapi kali ni ena cuba try test di cawangan Setapak sebab masa tu ena tengah berdekatan dengan Setapak. Kalau you all pun berada berdekatan dengan Setapak, you all boleh wazekan alamatnya di bawah ni bagi yang ingin ke sini jua.


ALAMAT:
Me'nate Steak Hub
D-02-01 Starpac Point Jalan Genting Klang,
Taman Ibu Kota
53300 Setapak, Kuala Lumpur




Di sini you all boleh buat bayaran secara tunai, Visa, Mastercard dan American Express. Kemudahan tandas dan parking pun ada. So tak ada masalah bagi you all. Masa dan hari kedai ni beroperasi, ena akan terterakan di bawah. You all boleh rujuk ye. Semoga dapat membantu.

HARI & MASA:
Isnin - Ahad
11am - 11pm


Kalau you all nak tahu kedainya close ke tak, you all boleh recheck di fanpage official Menate Steak Hub.


MENU YANG DIPILIH



Okay kat sini, you all boleh pilih jenis bahagian daging lembu atau kambing yang you all minat. Pastikan pilih harga yang you all mampu untuk beli. Jangan terkejut tengok harga kesemua daging kat sini. Segala keterangan akan diletak kat plastik setiap daging, so boleh slow and steady memilih.

Okay lepas tu, you all pilihlah yang mana tahap grill daging yang you all berminat. Ena lebih minat yang medium well, tak terlalu masak dan tak terlalu mentah. Lepas tu pilih kuah yang kita nak. Masih tak clear? Jangan risau, pelayan kat kedai ni akan beri tunjuk ajar.





Air kat sini free, so you all boleh jimat kat situ dah serta minumlah sebanyak mana yang you all nak. Jangan sampai kembong sudah. Ahaks. Kat sini ena pilih daging kambing bahagian Lamb Rack yang berharga RM44.90. Perghhhh!!! Harga dia ko! Firstime ena makan daging kambing semahal ni.

Pelbagai jenis air boleh refill yang ada kat sini.


Okay jom tengok menu yang ena dengan partner foodhunter ena pilih. Mohon jangan skip setiap gambar tau. Ahaks.


Angus Ribeye Black Pepper.  Ni daging lembu. Lembut dan sangat juicy. Dagingnya pun tebal.



Lamb Rack. Daging Kambing. Sangat menyelerakan, kenyang dan isinya pun banyak.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Perghhhh! Memang terbaik kualiti daging kat sini. Well, tengok harga la kan, memang mahal bagi diri ena yang masih tak bekerja ni. Struktur dagingnya tak liat, juicy dan ini memang steak yang terbaik yang pernah ena makan selama ni. Patutlah orang sanggup habis beratus-ratus ringgit untuk makan steak kat sini. Kenyang pun kenyang, ena yang suka makan ni pun tak habis.





Keadaan kedainya pun bersih, teratur dan tenang je nak lepak lepak. Dan ena paling suka, minuman dia free dan boleh refill banyak-banyak kali. Separa buffet dikatakan. Kedai ni pun dijamin bersih dan halal. Kalau tak silap ena, owner dia orang Islam dan orang Melayu. Sekiranya betul, Alhamdulillah,

Next time kalau ada rezeki lebih lagi, nak bawa family ena makan kat sini pula. InshaAllah. Berbaloi sangat makan kat sini dengan harga yang kita bayar. Ena sarankan you all, kalau ada rezeki nanti, mai la cuba try test steak kat Menate Steak Hub.


DETAIL ME'NATE STEAK HUB


Kepada yang nak usya lebih lanjut mengenai kedai makan ni, you all boleh terjah ke laman social mereka. You all boleh klik link kat bawah ni.

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



Share

Other Article

RASAI KEENAKKAN STEAK DI KUALA LUMPUR | ME'NATE STEAK HUB
4/ 5
Oleh

11 Comments

Tulis Comments
avatar
11.2.16

Sedapnya..kempunan jugak..tapi harganya..mak aihh..buat den tengok jele

Reply
avatar
12.2.16

Steakkkk!! Sedap niiiii ..tk de rezeki pi sana lagi..hehehe.. nti ina belanja yaa

Reply
avatar
12.2.16

yang dipotong tu brapa riban tu..

glurppp

Reply
avatar
12.2.16

heee tu la nmpk sdp.. aritu lalu je time p kl..

Reply
avatar
12.2.16

duk usha menate steak house kat bangi ... tak tersinggah lagi.. nak gak try makan kat sini.. dedulu ingat semua menu dia mahal, rupanya da menu yang mampu bayar heheheee

Reply
avatar
12.2.16

perrggghhh...!! tengok gambar pun leh imagine daging tu mesti lembut je.. hehehehe.. nice review.. nice photo..!! bikin saya telan air liur... hehehehe.. :)

Reply
avatar
15.2.16

sedapnyaaa tngok.. terliur. hehe. tapi busyra tak suka daging sngt.

Reply
avatar
15.2.16

HYEE..THANKS SINGGAH BLOG SYIRA LOKMAN :D DAH LAMA BARU SEMPAT NAK SINGGAH SINI..DOAKAN SYIRA FOR NEW SEM :D

Reply
avatar
15.2.16

Daging Angus tu menarik perhatian kak julia...alamakkk kena kumpul duit byk2 nak makan sini dik...ritu sis mkn meatball je...bertuah sungguh dik ena tau

Reply
avatar
18.2.16

lihat postingan ini, jadi lapar saya... :)

Reply
avatar
11.5.16

Ambik ko harga!!!!...hahahaa...

Reply