Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, February 09, 2016

PENGALAMAN HIKING DI BROGA HILLS | SEMENYIH



PENGALAMAN HIKING DI BROGA HILLS | SEMENYIH | Ena bila dah start belajar ni, mula rasa malas nak menulis kat blog. Tapi ni dah lama tak berupdate, so ena kena la update something. Okay, entri ni nak share pengalaman ena pergi hiking untuk kali kedua seumur hidup ena. Kali ni ena hiking kat Broga Hills yang terletak di Semenyih. Cerita ni dah lama, tapi ni baru nak update. Ahaks.

Ena ni baru berjinak pinak dalam dunia hiking. Ena seorang yang suka dengan suasana alam semula jadi dan juga suka dengan aktiviti lasak serta menyihatkan. Oleh itu, ena cabar diri untuk panjat bukit yang serdehana tingginya terlebih dahulu. Lepas ni, kalau ada rezeki nak cuba panjat bukit / gunung yang lebih mencabar.


BROGA HILLS

Tempat masuk dan parking kereta. Bukan free okay, kena bayar.

Bukit Broga / Broga Hills atau nama lain adalah Bukit Lalang. Hal ini disebabkan kat Bukit Broga ni terdapat banyak dengan tumbuhan lalang ni. Masa nak ke puncak, kiri kanan ada lalang. Pergghhhh! Cantik pula ena tengok. Bukit Broga ini merupakan salah satu bukit yang terletak di negeri Selangor, tempat pelancongan dan juga tempat untuk hiking yang agak popular bagi rakyat Malaysia. Terutama bagi mereka yang baru sahaja nak belajar dan merasai hiking tu bagaimana sebenarnya. New beginner.


Ketinggian bukit ini adalah 400m daripada paras laut. Selalu orang datang kemari untuk melihat matahari terbit atau terbenam, tapi masa ni ena pergi dah nak dekat tengah hari. Alamatnya, matahari memang dah tercacak kat atas kepala. Ahaks. Tak mengapalah, just ambil pengalaman dan for sure, as blogger, bergambar tu memang tak dapat di pisahkan. So, aktiviti ena snap gambar sana sini la. apa lagi. Ahaks.


PENGALAMAN MENDAKI BUKIT BROGA


Alhamdulillah, untuk hiking kali kedua ni badan tu tak rasa terkejut sangat macam first time dulu hiking kat Bukit Jugra. Tapi still tak pro macam orang lain, masih slow and steady je naik. Penat tu penat juga cuma tak sepenat macam dahulu, asyik berhenti je lepas tu mengah sampai nak termuntah. Sekarang stamina dah semakin kuat, dan ena makin ketagih nak mendaki lagi. 

Laluan Bukit Broga ni bagi ena tak terlalu mencabar sangat. Memang sesuai sangat bagi mereka yang nak merasai pertama kali mendaki bukit. Lagipun masa ni tak hujan, so laluan tak licin dan tak basah. Cuma ramai sangat orang, macam shopping mall dah kat sini. Tempat popular dikatakan. Ahaks.





Masa kat puncak pertama Bukit Broga, kami lepak lepak sejenak kat situ sambil menghayat permandangan kat atas ni. Nak naik puncak yang paling tinggi, tapi memasing dah kepenatan. So, setakat puncak pertama je ena pergi. Ena still excited nak sambung perjalanan ke puncak seterusnya, tapi kesian yang lain pula. It's okay la, next time pula. Hehehe.




 

Ena masa nak naik okay je, tapi masa nak turun habis menggeletar kaki. Ena memang masih tak kuat dan masih tak stabil masa nak turun bukit. Ena bukan jenis gayat cuma rasa takut tu menghantui diri. Takut tergelincir la, takut tertonggeng la. Macam-macam la. Alamatnya, kena banyak lagi praktis ni. Heeee.





Itu jelah pengalaman ena, tak ada banyak sangat nak cerita. Biar gambar berbicara. Hehehe. Apapun, smoga ena diberikan rezeki untuk cuba hiking kat bukit atau gunung yang lebih mencabar. Serius teringin sangat nak cabar diri ni kat tempat sedemikian. InshaAllah, setiap kemahuan tu, ada jalannya.


Share

Other Article

PENGALAMAN HIKING DI BROGA HILLS | SEMENYIH
4/ 5
Oleh

12 Comments

Tulis Comments
avatar
9.2.16

dekat dengan umah akak ni ina.. akak duk sini dekat 9 tahun baru sekali naik.. tulah 1st time & last time.. tak mo naik dah.. penat nak mampus.. hahahah stamina tak kuat dik.. kekekek

Reply
avatar
9.2.16

bestnya kalau dapat hiking kat bukit broga...

Reply
avatar
9.2.16

tak tahu la memang jodoh ke ape... today, i wear the same tshirt as you are wearing in the picture.. maybe.. i just miss you..

Reply
avatar
9.2.16

Bestnyaaa. Teringin nak pi tapi tak sampai-sampai lagi kat Broga T__T

Reply
avatar
9.2.16

syoknya hiking. dah lama x buat. huhuu

Reply
avatar
9.2.16

Seronok baca pengalaman ina...

Reply
avatar
9.2.16

Seronok baca pengalaman ina..

Reply
avatar
9.2.16

Gud try ena ������

Reply
avatar
Anonymous
5.8.16

comel ena ni..

Reply
avatar
4.3.17

Esok baru nk pegi hiking bukit broga

Reply
avatar
4.3.17

Esok pagi baru nk pegi hiking kat bukit broga

Reply