Tuesday, February 16, 2016

NIKMATI AISKRIM KELAPA DI SANGKAYA | SETIA CITY MALL

 
NIKMATI AISKRIM KELAPA DI SANGKAYA | SETIA CITY MALL | Haa, siapa kat sini suka aiskrim kelapa?? Kita genggg! Ena sejak pergi Hatyai, Thailand dulu ni, terus sampai sekarang jadi ketagih dengan aiskrim kelapa. Kalau nampak orang jual kat tepi memana kat Malaysia ni, mesti ena beli.

Lagi nikmat kalau aiskrim kelapa ni dimakan dengan kacang teratai atau buah teratai. Dulu masa kat Thailand, ada satu gerai aiskrim kelapa ni dia letak kacang ni la. Perghhhhh lebih sedapppp berbanding letak kacang tanah. Tapi kat Malaysia susah nak cari, soo makan jelah apa yang diletak. Ahaks. Okay, baru baru ni ena pergi layan tekak ni makan aiskrim kelapa di Sangkaya. Sebenarnya ni kali kedua makan aiskrim kelapa kat sini, cuma berlainan tempat sahaja.


SANGKAYA SETIA CITY MALL


Sangkaya menyediakan aiskrim yang ala ala Thai Cuisine gittew seperti aiskrim kelapa dan aiskrim teh susu. Lepas tu, you all boleh letak topping yang you all suka seperti kacang, nestum, coconut flakes dan kacang merah. Banyak lagi jenis topping yang you all boleh letak sebenarnya. Tapi ini jelah yang ena ingat. Ahaks.

Tempat makan ini mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan you all boleh tengok kat bahagian outlet di website rasminya iaitu www.sangkaya.co. Masa first time dulu ena cuba try test kat The Curve sebab masa tu ada Foodie Festival kat situ. Kali ni pula ena try sendiri kat salah satu cawangannya iaitu di Setia City Mall.




MENU YANG ENA PILIH

Kat sini tak ada banyak menu pun. Khas untuk layan aiskrim sahaja. Kali ni tekak ena teringin nak makan aiskrim kelapa, so ena pilih aiskrim kelapa sahaja. Okay, kat sini you all boleh pilih beberapa package yang you all suka. Ena pilih yang 4 scoops dan boleh pilih 3 toppings yang ena suka. Ena paling suka bab jenis yang boleh letak topping sendiri ni. Memang ena akan ambil sebanyak sebab well nak letak banyak mana pun free of charge, cuma tak boleh lebih 3 jenis topping sahaja.





FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena memang suka rasa aiskrim kelapa kat sini sebab rasa aiskrimnya tak terlampau manis dan feeling rasa kelapa tu masih fresh kat lidah. Cuma, ena agak terkilan dengan saiz mangkuk tempurung kelapa yang disediakan. Hal ini kerana, saiznya sangat kecil dan agak menyusahkan bagi ena untuk makan aiskrim yang 4 scoops ni.  Malah, masa nak letak topping pun agak susah ena nak selitkan kat atas aiskrim ni. 

Bukan ena seorang je, ena perati orang lain pun terpaksa berhati hati makan aiskrim ni sebab takut tumpah serta jatuh kat atas meja. Tapi memang dah tumpah pun segala toppingnya. Ena tengok kat atas lantai kedai ni pun banyak topping yang berselerak. Nasihat ena, mungkin pihak kedai kena cari tempurung kelapa muda yang lebih besar sedikit. Demi keselesaan customer untuk makan aiskrim kat sini.



Ena perasan macam Sangkaya kat tempat lain macam besar je tempurung kelapanya. Entahlah, masa pergi Foodie Festival tu pun dapat yang kecil juga. Ahaks, lain tempat lain caranya kot. Apapun, ena harap pihak mereka dapat tukar saiz mangkuk tu. Yang lain dah okay bagi ena. So, Kipidap!


DETAILS SANGKAYA

Kepada yang ingin ketahui apa yang ada jual kat sini, you all boleh terjah laman social mereka seperti dibawah ni. Klik jangan tak klik yeee.

WEBSITE:

FACEBOOK:



Share

Other Article

NIKMATI AISKRIM KELAPA DI SANGKAYA | SETIA CITY MALL
4/ 5
Oleh

9 Comments

Comments
avatar
16.2.16

sayang kan toppingtu kiter bayar tapi abis tak dpt mkn kebnykkan nyer..

Reply
avatar
16.2.16

nampak sedap aiskrim tu ina, tapi betul ... tempurung tu macam tak padan dengan aiskrimnya, topping pun macam nak jatuh je

Reply
avatar
16.2.16

Spnjng pg sana xpnah nmpk kedai ni...haha... Baru tau...jln melulu...pg sana tgok bnda lain haha... Nnt kalau p sana boleh try huhu

Reply
avatar
16.2.16

Kesian seketul Nad ni belum pernah try lagi Sangkaya :( Kak Ena bila nak bawak Nad? Ahaha.

Reply
avatar
17.2.16

Sedapnyaaa...dh la pminat kelapa... Xjmpa lg mcm ni kat area sini..

Reply
avatar
mus
17.2.16

kena tambah lapek tempurung tu

Reply
avatar
22.2.16

nampak eksklusif tempatnya ye

Reply
avatar
23.2.16

nmpk muka frust tu na hahahahaha..tapi akk suka sangkaya sbb terasa kelapa tu..

Reply
avatar
12.3.16

Haritu ada rasa juga. Yaya amik topping hampas kelapa tu. Sedappp tapi terserdak masa makan hahaha

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)