Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, February 02, 2016

NASI KUKUS POPULAR DI KUANTAN | DAPUR MAMA


NASI KUKUS POPULAR DI KUANTAN | DAPUR MAMA | Kali ni, ena nak share satu kedai makan yang menyediakan nasi kukus yang menjadi pilihan kebanyakkan pelajar UIAM Kuantan serta warga Kuantan yang lain, iaitu Dapur Mama. Ena sejak masuk degree kat Kuantan lagi, memang boleh dikatakan setiap hari ena beli nasi kukus ni. Sebab dulu asrama ena dekat depan Dapur Mama ni.

Dulu namanya lain, Nasi Kukus Mama. Sekarang ni, bertukar kepada 'Dapur Mama'. Atas kenapa ditukarkan, ena tak tahulah pula. Namun, walaupun namanya bertukar tetapi keenakkan nasi kukusnya masih sama seperti dulu. Cuma ena sekarang tak selalu pergi makan, sebab masa dulu selalu je beli, so lelama dah jadi jemu. Ahaks. Sebulan sekali atau dua kali je beli. Ngeee.


DAPUR MAMA INDERA MAHKOTA 7


Dapur Mama atau lebih dikenali sebagai Nasi Kukus Mama menyediakan nasi kukus yang original dari turun temurun. Kat sini you all boleh dapat pelbagai jenis nasi kukus dengan harga yang sangat berpatutan. Sebab tu students suka datang makan kat sini.

Kedainya bersebelahan dengan Hotel Sri Manja Kuantan, berhadapan dengan TMG Express dan juga berhampiran dengan UIAM Kuantan. Memang sangat dekat dengan universiti ena, jalan kaki pun sampai. Kedai nasi kukus ni dibuka setiap hari pada jam 10am hingga 10pm




ALAMAT
B36 Jalan IM 7/1,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan

MASA & HARI
Isnin - Selasa 
10am - 10pm


You all boleh wazekan sahaja alamatnya atau taip sahaja 'Dapur Mama Indera Mahkota', inshaAllah dapat membantu you all ke kedai nasi kukus yang popular ni.


MENU YANG ENA PILIH

Memandangkan kedainya pun baru renovate, so agak lebih selesa untuk makan kat sini sahaja. Dulu ena take away, makan kat dalam bilik. Sekarang, ena selalu makan dengan kawan-kawan seperjuangan kat dalam kedai ni juga.



Ena selalu beli Nasi Kukus Ayam Merah, sebab ena lebih suka ayam masak merah berbanding ayam goreng berempah. Maybe sebab ena tak berapa gemar rempah-rempah ni. Kalau ayam masak merah tak ada lagi, baru ena beli yang ayam berempah. Harga sama je.

Set Nasi Kukus Ayam Merah. Minee!

Set Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Dulu kat sini tak ada hidangan jenis yang set, sekarang dah ada. So ena pilih yang set sekali dengan sebab lebih jimat. Airnya kita kena pilih jenis air yang tersenarai dalam set sahaja. Kalau nak air yang lain, kira harga ala carte.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Bagi ena, nasi kukus kat sini memang sedap berbanding yang pernah ena makan sebelum ni. Kat area Kuantan ni la. Kuah karinya yang cukup rasa, cukup lemak dan cukup pedas. Ayamnya pun sedap, lembut je. Ayam kampung kat sini je ena tak cuba try test lagi. Lepas tu, sambalnya pun pedas mengancam. Ena tak tahan makan sambal dia, kekadang ena minta asingkan. Ahaks. Well, orang tak makan pedas macam ni la.

3 jenis kari digunakan

Ayam Kampung Goreng

Ayam Goreng Berempah

Ayam Masak Merah

Kedai yang sekarang ni lebih selesa, lebih cantik, lebih gah berbanding yang dulu. Selain itu, tempat duduknya pun makin bertambah. Kat tingkat atas pun dah ada tempat untuk makan. Tapi kat tingkat atas ala-ala cafe sebenarnya. Sesuai untuk nak lepak waktu petang atau malam dengan sepinggan kek dan secawan kopi. Kalau nak makan nasi kukus kat area atas ni pun tak ada masalah. Boleh je. Ena suka makan kat atas ni sebab lebih selesa dan tak serabut sangat.




DETAIL DAPUR MAMA

So, ena sangat recommended bagi mereka yang ada kat Kuantan ni untuk cuba try test nasi kukus kat sini. Memang layan habis. Di bawah ni ena share link facebook dan instagram official kedai makan ni. You all boleh pergi terjah apa yang ada kat sana. Itu sahaja daripada ena.



FACEBOOK

INSTAGRAM





Share

Other Article

NASI KUKUS POPULAR DI KUANTAN | DAPUR MAMA
4/ 5
Oleh

9 Comments

Tulis Comments
avatar
2.2.16

SUKANYA NASI KUKUS ! BUAT SYIRA LAPOOOO MALAM2 NI

Reply
avatar
2.2.16

Aduhhh nampak sedap nasi kukus ayam berempah yang part drumstick tu hehehe :D

Reply
avatar
2.2.16

pagi-pagi masuk sini terus lapar~ aduhhh nak kene cari ayam kukus la pulak hari nie >_<

Reply
avatar
2.2.16

Pehhh sedapnya !

Reply
avatar
2.2.16

NASI KUKUS Sedap..lisa pon suka makan. sambal belacan lebehh skittt hehee

Reply
avatar
2.2.16

macam sedap ja..

Reply
avatar
3.2.16

Tudiaaa merecik kuah gulai tu...adusssss sedapnya...nanti balik kg suami memang buka blog ena je lah senang...semua best2

Reply
avatar
3.2.16

Tenang dan selesa jer keadaan kedai makan ni.
Memang nampak sesuai lepak2 santai sambil makan dan minum.

Reply
avatar
4.2.16

Perghhh bkk entry ni time tgh lapo..hahaha nangis tgok gmbo... Akk suka ayam berempah lagi huhu... Ayam masak merah suka gak...haha

Reply