Sunday, February 14, 2016

MENU YANG TAK RETI SEDIKIT | THE CHAIWALLA BANTING

 
MENU YANG TAK RETI SEDIKIT | THE CHAIWALLA BANTING | Kali ni ena nak share satu tempat kedai makan di area Banting yang jenis tak reti bagi makan sedikit sedikit. Semua menu makanannya memang banyak. Dah la sedap pula tu. Ena banyak kali dah makan kat sini, setiap kali order mesti terkejut tengok kuantiti makanan kat sini. Harga tak adalah mahal sangat, puas hati la makan kat sini.

Okay, nama kedai tersebut adalah The ChaiwallaBanting. Tempat makan ni best bagi diri ena, nak lepak santai pun selesa. Ena kalau duduk kat Banting ni boleh jadi gemuk tak sampai seminggu. Tengah nak diet pun, ena boleh langgar peraturan makan minum siang dan malam. Huaaaa. Cannot stand anymore! Kat sini memang banyak sangat tempat makan yang sedap sedap. Even gerai biasa kat tepi jalan pun, masakan mereka memang terbaik. Nyumm nyummm.


THE CHAIWALLA BANTING

The Chaiwalla ini terletak betul-betul berhadapan dengan McD Bandar Banting. Kalau you all tak boleh waze ke restoran ni, you all boleh waze ke McD Bandar Banting. Satu satunya McD yang ada kat Banting ni.  So, you all tak akan tersesat, percaya lah. Kalau sesat, meh contact #IAFoodpartner, Yazid. Apapun, ena sharekan juga alamat kedai makan ni. Manalah tahu ada yang memerlukannya.


ALAMAT:
The Chaiwalla Restaurant
No 7/9 Block D, Tingkat Bawah,
Jalan Cemerlang 4,
Pusat Dagangan 
42700 Banting.



Waktu operasi The Chaiwalla adalah setiap hari buka, dari tengahari sampailah ke malam. Nak lepak lama lama kat sini pun tak mengapa sebab ada wifi free dan juga pelayan kat sini okay je semua. Lagipun, kuantiti makanannya pun banyak so memang takes time la nak perabiskan. Ahaks.

Bagi ena,  suasana kedainya pun selesa, bersih dan terjamin halal. Memang semua pekerjanya akan jaga kebersihan kat sini. Pakaian mereka pun tak selekeh dan tak berbau badan. Ena kalau dah tak tahu kat mana nak lepak makan, ena mari sini jelah. Specialities kat sini pula adalah menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, lepak minum kopi waktu petang dan supper. Dah macam kedai mamak dah, tapi bukan kepunyaan mamak tau. Heee.




MENU YANG ENA LAYAN KAT SINI

Macam macam dah menu makanan ena dah cuba try test kat sini. Tapi kat bawah ni ena nak share gambar makanan yang masih dalam gallery sahaja. Ada dua  je, padahal dah bermacam-macam menu yang ena pernah makan cuma malas nak snap je. Ahaks. 

Okay jom tengok antara makanan yang ena pernah cuba try test.


Ini pencuci mulut buah-buahan. Serius banyak sangat satu mangkuk ni. Puas ena makan, tak payah makan nasi pun tak mengapa. Kenyang. Sedap pula tu dia punya ramuan. Kombinasi yang sangat sesuai dan menyihatkan.



Yang ini pula, Lemon Chicken Rice dan Yin Yong. Dedua sangat menyelerakan dan kuantitinya pun banyak. Nak perabiskan memang lama. Masa memula hidang tengah panas lagi, so memang sedaplah layan sampai habis. Terbaiklah.


DETAILS THE CHAIWALLA

Then, bagi you all nak keterangan yang lebih lanjut mengenai The Chaiwalla  ni, you all boleh terus contact dengan pihak mereka. Nak skodeng facebook mereka pun boleh. Bawah ni ena sharekan link kepada you all okay? Klik sahaja.



FACEBOOK:

NO TEL:
03-31804861



Share

Other Article

MENU YANG TAK RETI SEDIKIT | THE CHAIWALLA BANTING
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
14.2.16

You make me starving at this hour ena! Haihh tahan air liur jelahh kat penang ni

Reply
avatar
15.2.16

Banyak juga portion dalam menu tu ye...berbaloi ni tengok...

Reply
avatar
15.2.16

Serious nampak sedap gilaaa!!! Nad duduk dekat dah dengan Banting tapi rasa macam takde restoran best je katsitu ahahah.

Reply
avatar
18.2.16

Wahhh.. Terliur betul tengok post ni :)

Reply
avatar
7.3.16

ena, lemon chicken rice tu mcm walahhhhh je... dap x

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)