Thursday, January 21, 2016

SOFT SHELL CRAB BURGER DI ZAWARA COFFEE | BANGI SENTRAL


SOFT SHELL CRAB BURGER DI | ZAWARA COFFEE BANGI SENTRAL | Selama ni makan burger ikan, daging rusa, daging kambing, daging lembu dan ayam. Baru-baru ni ena cuba try test makan satu jenis burger yang belum pernah ena makan selama ni iaitu Soft Shell Crab Burger di Zawara Coffee. Perghhh unik betul burgernya sebab diperbuat daripada ketam.

Entri kali ni ena bukan nak cerita pasal burger ni sahaja, tetapi nak share tentang kedai makan Zawara Coffee yang merupakan kali pertama ena jejak kaki kat sini. Alhamdulillah dah tercapai untuk foodhunting kat kedai makan yang sangat dikenali ramai ni, dah lama nak pergi tapi tak ada rezeki lagi. Sebelum ni ena suka beli dress kat butik Zawara. Tapi kali ni ena nak cuba try test lepak makan kat kedai makannya pula.


ZAWARA COFFEE BANGI SENTRAL 


Zawara Coffee ini di miliki oleh Zawara Coffee Sendirian Berhad yang bertemakan kafe kopi. Zawara coffee telah meluaskan sayapnya di sekitar Bukit Jelutong, Bangi Sentral, Setapak, Cyberjaya, TTDI dan Shah Alam. Kali ni ena cuba try test di cawangan Zawara Coffee Bangi Sentral memandangkan tengah beli belah kat area sini.

Cara servis kafe ini adalah servis layan diri. Ala ala macam kat kedai KFC apa semua tu. Pergi ke kaunter, pilih menu yang kita inginkan dan terus bayar. Lepas tu, dia akan bagi satu device macam kat bawah ni kat kita.



Device ni berfungsi untuk panggil kita bila makanan atau minuman sudah siap. So, kita tak perlulah nak beratur panjang di kaunter menanti makanan siap. Just duduk kat meja, nanti device ni berbunyilah bila semua dah siap. Kita ambil makanan kat kaunter dan bawa ke meja makan kita. Memang sangat memudahkan tetamu yang datang. Memang terbaiklah kafe ni.


MENU YANG DIPILIH


Ena ke mari dengan partner foodhunter ena, Yazid macam biasa. Ena bukan pilih Soft Shell Crab Burger sahaja, tapi menu yang lain juga ena cuba try test. Sengaja pilih lain lain menu, boleh kongsi rasa makan yang lain. 

Nak tahu apa yang kami makan kat sini, sila scroll sampai bawah ye.


Soft Shell Crab Burger

Cheese Meltz Burger

Churros Chocolate

Mojito Coconut


FEEDBACK DARIPADA ENA

Mula-mula risau juga takut kecewa lagi sekali seperti ena kecewa kat entri sebelum ni. Tengok harganya pun boleh dikatakan mahal, tapi kami pejamkan mata jelah. Lagipun ramai kata kat sini sedap, roomate ena pun kata sedap. So ena yakin makanan kat sini sedap dan tak menyesal nak cuba try test makan kat sini.


Alhamdulillah, ena sangat puas hati dengan semua makanan yang di pilih kat sini. Burgernya yang sedap, homemade tak silap. Airnya pun perrrggghhhhh mantoppp chooo. Ena tak kisah kalau sedap tapi harga mahal, sanggup bayar berapa banyak sekali pun. Memng rasaa berbaloi dengan harga yang diletakkan di kafe ni. Lepas tu, kalau kita nak take away pun senang sebab makananya semua  dah diletak dalam bekas yang boleh kita bungkus bawa balik. Tak payah nak pergi kaunter, nak minta take away ke apa. Sangat kemas sistemnya!

Plus dengan keadaan kedainya yang sangat bersih, tiada bau yang kurang menyenangkan. Tandas pun wangi, bersih dan mewah gittew. Ahaks. Makan pun senang hati sebab dah bayar terlebih dahulu. Alhamdulillah, terima kasih Zawara Coffee sebab tidak mengecewakan hati ena. Cuma bab tempat nak tengok senarai menu tu agak serabut sedikit bagi ena, susah nak membaca. Everything dah okay. Lepas ni boleh lepak sini lagi.





DETAILS ZAWARA COFFEE

Serius ena cakap, you all tak akan menyesal kalau lepak makan atau minum kat sini. Kalau you all nk ketahu lebih lanjut mengenai kafe ni, boleh terjah ke laman sosial mereka di bawah ni. Klik jangan tak klik.



FACEBOOK

INSTAGRAM


WEBSITE



Share

Other Article

SOFT SHELL CRAB BURGER DI ZAWARA COFFEE | BANGI SENTRAL
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
21.1.16

Belum pernah cuba soft crab shell burger. Nak cuba juga satu hari nanti sbb akk peminat seafood ;)

Reply
avatar
21.1.16

geram pulak tgk ina ainaa ni! hehehe :0

Reply
avatar
21.1.16

Wahh Yanie belum terjah lagi cafe Zawara ni.. Nk singgah tapi asyik tak jadi je..huuh nnti nk terjah gak..

Reply
avatar
21.1.16

bila la blh pegi sni dgn anak2 kecil hehe

Reply
avatar
21.1.16

tak pernah cuba try test lagi, setiap kali lalu asyik penuh je dengan pelanggan

Reply
avatar
23.1.16

okey... boleh terjah sini plak lepas ni.

Reply
avatar
27.1.16

sedap menu dia..cafe pun nampak selesa dan santai..tak pernah lagi makan kat sini. nanti boleh try

Reply
avatar
8.4.16

Kalau letak kod gps lg best...cdgn je. Huhuhu. Maklumla..i ni ratu sesat jalan.. hikhik

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)