Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, January 24, 2016

SET NACHOS TERBAIK DI UPTOWN DANAU KOTA | TANJAKCREW DE



SET NACHOS TERBAIK DI UPTOWN DANAU KOTA | TANJAKCREW DE | Ena kalau mai Uptown Danau Kota ni bukan untuk bershopping, tapi nak pergi foodhunting. Ahaks. Selalunya orang mai sini nak shopping kan kan. Nasib baiklah ena ni jenis tak suka bershopping, tengok je apa yang ada kat sana tapi tak beli belah sangat pun. Duit yang diternak ni pun sebab nak pergi foodhunting. Uhuks.

Baru-baru ni ena ke Uptown Danau Kota sebab partner foodhunter ena, Yazid nak cari barang dia. Bila dah dapat semua barang, baru kami terjah tempat makan kat sini. Usya punya usya, last-last cuba try test satu gerai makan yang agak rare bagi ena. Malas dah nak makan Char Kuey Teow apa semua tu, perut tak ada selera nak makan benda berat. Kali ni ena nak rasa Set Nachos pula dari TanjakCrew Darul Ehsan (DE).



NACHOS KILLING ME SOFTLY


Ena selama ni tengok orang putih masak benda Nachos ni dengan pelbagai macam bahan. For your information, Nachos ni adalah sejenis chips dari Mexicon Cuisine yang diperbuat tortilla chips yang berbentuk tiga segi dan disaluti dengan sos cheese yang sangat nyummy. Tortila chips tu pula rupa bentuknya macam chips jenama Chaco's if you all pernah makan la. Tambahan pula, makanan jenis ni boleh dikatakan snack yang berkhasiat sebenarnya, tengok pada bahan yang digunakan.

Kebetulanlah kat Uptown Danau Kota ada jual Nachos ni, ya Allah memang ena tak sabar nak rasa la. Nachos kat sini disaluti dengan sos cheese, daging cincang, ada sedikit jeruk cili hijau dan kentang putar. Nachos macam memang ena suka dan susah ena nak jumpa kat tempat lain. Selama ni makan yang keropoknya dalam plastik aluminium tu je. Uhuks.





SET NACHOS 

Nachos kat sini disediakan oleh TanjakCrew DE. Masa tunggu Nachos ena siap, ena tengok je cara mereka sediakan Nachos ni. Memang buat ena tak sabar sabar nak ngap ngap. Ahaks. Kat sini, you all boleh minta ala carte atau secara set. Ena beli yang set Nachos sebab sekali dengan air. Ena rasa lebih berbaloi beli set sekali dengan air ni. Tak perlu dah la nak pergi order air kat tempat lain. 

Berikut adalah set Nachos ni, satu set RM14.


Nachos Killing Me Softly : RM10

Soda Lime : RM5


FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena seorang yang sangat sukakan cheese, tetambah sos cheese yang meleleh leleh tu. Nyummms! Kat Nachos sini memang dia letak sos cheese yang banyak dan sedappp,. Tortilla chipsnya pun sedap, rangup dan tak terlalu tebal. Puas hati ena makan Nachos kat sini. Plus ada pula daging cincang bolognese, lagi bertambah sesuai dengan semua gabungan ni. Air Soda Lime nya pun, rasa fresh je tekak bila minum. Hilang rasa dahaga. Alhamdulillah.

Tengoklah partner foodhunter ena ni makan, dia ni sekarang selera makan menjadi jadi selepas setahun meninggalkan rokok. Ahaks. Ena tengok dia makan pun dah jadi kenyang. Lagipun Nachos ni memang banyak. Tak habis ena makan. Hehehe.




DETAILS TANJAKCREW DE

Kepada yang nak tahu apa kebende TanjakCrew DE ni, you all boleh rujuk pada link kat bawah ni. Ena letak link facebook dan instagram mereka. 




FACEBOOK

INSTAGRAM



Share

Other Article

SET NACHOS TERBAIK DI UPTOWN DANAU KOTA | TANJAKCREW DE
4/ 5
Oleh

9 Comments

Tulis Comments
avatar
24.1.16

sedapnya! suka juga nanchos ni :)

Reply
avatar
25.1.16

haaa mcm best jek! nak kene try nie!

Reply
avatar
25.1.16

wah Ena hakak dh lama tak pergi sana, memang craving sangat makanan kat sana, memang win, unik, pelik tapi harga murah. Wah nachos bagai, memang nak sangat try ni huhuh

Reply
avatar
25.1.16

mak ai , mmg membuka selera tu ...

Reply
avatar
25.1.16

wowwww hebat dik ena review...suka sis baca detail haa...best ye mkn nachos..menu ringan2 ni ada kala boleh bagi kenyang juga kan...terbaik

Reply
avatar
26.1.16

Tergoda tengok cheese leleh tu..haha..

Reply
avatar
27.1.16

wahh..meleleh tengok nanchos dia

Reply
avatar
1.2.16

harusss try sat g

Reply