Tuesday, January 19, 2016

SET KAMBING BAKAR TERBAIK | WARUNG SAUDAGAR | BANTING



SET KAMBING BAKAR TERBAIK | WARUNG SAUDAGAR | BANTING  | Baru-baru ni ena menetap kat Banting untuk beberapa hari untuk enjoykan diri selepas habis exam. Pada satu malam ni, partner foodhunter ena si Yazid, bawa ena dengan abang sulung dan adik perempuan dia kat satu kedai makan kat Banting untuk makan malam. Dia nak belanja. So alang-alang tu ena terus buat foodhunting cuma tak snap banyak gambar sangat la.

Bak kata si Yazid ni, antara menu feymes kedai makan ni adalah kambing bakar set bersama air dan nasi putih. Selama ni, si Yazid ni asyik sembang dalam whatsApp pasal kedai makan ni dan menyebabkan ena terus teringin nak makan. So, pada malam tersebut dapat la ena merasa kesedapan daging kambing kat Warung Saudagar Kambing Bakar.



WARUNG SAUDAGAR KAMBING BAKAR, BANTING

Di Kampung Sungai Lang Baru, Banting

Kedai makan ni bukan setakat sediakan kambing bakar sahaja, malah burung puyuh dan ayam bakar pun ada. Ena teringin nak makan burung puyuh tapi rasanya nak pilih kambing bakar terlebih dahulu. Next time boleh try burung puyuh lak. Keadaan kedai makan ini dijamin bersih, halal dan selesa untuk makan malam. Empunya tuannya pun orang Melayu, orang kampung Sungai Lang Baru Banting sini juga.

Warung Saudagar Kambing Bakar ini terletak di bersebelahan dengan Masjid Sungai Lang Baru Banting. Kepada yang tak tahu di mana letaknya tempat ini, boleh wazekan sahaja ke masjid ni. Nanti you all akan nampak signboard seperti gambar yang ena snap kat bawah ni.





FEEDBACK DARIPADA ENA

Nikmat yang amat sangat makan nasi putih yang panas bersama daging bakar kuah black pepper kat sini. Daging kambingnya lembut, tak liat, tak berbau hanyir dan kuantitinya pun banyak. Kuah black peppernya pun usah cakaplah, memang terbaiklah! Tambahan pula perah dengan limau nipis, fulamaaakkk bertambah MANTOPPP!! 

Serius ena sangat puas hati makan kambing bakar kat sini. Ena masa ni pilih yang set sekali dengan air, lagi berbaloi pilih yang set. Airnya pula sejenis air detox, ada gabungan lemon, limau nipis, daun mint, asam boi dan laici. Tak tahu nama airnya apa tapi fresh sangat rasanya. Nyumm nyumm! Boleh repeat lagi nanti kalau ke Banting lagi. Bukan mahal sangat pun satu set.


Satu set : RM10

Itu sahaja daripada ena, so ena sarankan mereka yang berada di Banting untuk cuba try test makan set daging bakar ni. Confirm tak menyesal. Yeahh!!! Tapi bagi mereka yang tak boleh makan kambing tu, tak digalakkan untuk try ye. Heeee.


Share

Other Article

SET KAMBING BAKAR TERBAIK | WARUNG SAUDAGAR | BANTING
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
19.1.16

sedapnyaaaa daging kambing bakar T^T
harga pun boleh tahan. taksah blog nie kalau takcerita pasal makanan sedap T^T

Reply
avatar
20.1.16

wowww.. menarik.. rasa nak buat lamb chop lak malam ni..

Reply
avatar
21.1.16

Sedapnya... Terliur tengok. Kambing tu kalau cicah dengan chezzy sauce i-mukmin campur mayonis, sedap tu...

Cantik dan kemasnya blog Ina.

Reply
avatar
27.1.16

air detox tu air macam soda herbs ye..sedap juga dapat merasa makan puyuh kat sini sebab tak makan kambing..hehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)