Thursday, January 28, 2016

RESEPI QUAKER OAT YANG BERKHASIAT | HAPPY TUMMY


RESEPI QUAKER OAT YANG BERKHASIAT | HAPPY TUMMY | Kali ni ena nak share satu resepi yang menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat dan resepi utamanya adalah Quaker Oat. Resepi ini sangat sesuai bagi mereka yang hendak menjaga kesihatan tubuh badan, well sebenarnya semua orang wajib menjaga kesihatan diri sendiri. Punca utama penyakit yang berlaku adalah menerusi cara pemakanan kita. Sebab itu kita kena jaga bebetul cara pemakanan kita setiap hari.

Oleh itu, ena nak sharelah satu resepi yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk you all. Sedap pun sedap dan sangat sesuai makan pada waktu pagi atau malam. Fill you stomach with healthy food every day, then you will feel more energetic and more healthy to do activity daily life. InshaAllah!


RESEPI QUAKER OAT 


Ena ambil resepi ni dari makcik ena sendiri. Mudah sahaja cara nak membuatnya, tapi mungkin bahan-bahannya agak sedikit mahal la atau susah nak dicari. Mujurlah bahan-bahan tu semua selalu ada kat dalam rumah ena. So, apa lagi, tengah cuti ni memang layan tu je. Ahaks.

Berikut adalah resepinya



BAHAN-BAHAN

 Satu sudu makan madu (Ena guna madu Tualang)



 5 biji kurma (Buang biji )



 2 sudu besar susu kambing ( Cairkan dulu )



3 sudu besar Quaker Oat ( Boleh guna oat jenama lain )



5 - 7 biji ais batu ( Ikutlah banyak mana nak )




CARA-CARA

Blend kan semua. Ala nanti jadi macam minuman ais blended. Sedap bila layan time minuman ni sejuk. Cara ena ni boleh dapat 2 gelas.


P/s: Kalau tak nak oat tu jadi lendir, masukkan bahan-bahan yang lain dahulu dan last sekali baru letak oat. Kiranya oat tu ada kat atas ais, jangan letak oat dulu baru letak ais. Itu tipsnya.


Memang kenyang bila makan benda ni. So, sesuai sangat layan waktu breakfast dan waktu dinner dalam pukul 6pm hingga 8pm. Lepas tu, tak payah makan benda berat yang lain dah. Sekali gus boleh mengurangkan berat badan. Masa tengah hari, boleh lah makan berat seperti nasi atau sebagainya lagi. Digalakkan. Ahaks.

Selamat mencuba dan semoga memiliki tummy yang happy! Yeahhh 



Share

Other Article

RESEPI QUAKER OAT YANG BERKHASIAT | HAPPY TUMMY
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
28.1.16

oh boleh buat lepas. kalau tdk oat ni susah nak habis.

Reply
avatar
28.1.16

MV layan overnight oat ja buat sarapan, memang sedap juga

Reply
avatar
28.1.16

err..err..dari dulu tak bleh nak telan oat..canne?? T__T

Reply
avatar
28.1.16

minuman yang sihat untuk tubuh badan dan juga mengenyangkan....

Reply
avatar
28.1.16

tak berapa kena dengan tekak bab oat nih.

tak tahu kenapa.

cendol gak sedap.

Reply
avatar
28.1.16

akak boleh bayangkan
kesedapan tak terhingga ni
tak payah nak amal ubat kurus
yang ni dah cukup lengkap...
terbaik dik...sis nak cuba nanti

Reply
avatar
29.1.16

nak try . nak try . nak try . hehehe

Reply
avatar
11.5.16

mesti sedap ni kan..tp kalau nak guna fresh milk boleh ke? payah pula nak cari susu kambing ni...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)