PERISA BARU KITKAT | MANA SATU PILIHAN ENA?

by - Sunday, January 03, 2016



 PERISA BARU KITKAT | MANA SATU PILIHAN ENA? | Sejak kecil lagi, ena memang suka makan Kitkat. Rasa cokolatnya yang sedap dan ada chruchy biskut pula tu. Aummnomnom. Paling suka kalau biarkan Kitkat ni jadi keras dalam peti ais. Lepas tu, ngap ngap sambil tengok TV. Perggghhh mantappp! Dulu selalu layan yang original tula.

Sejak dua menjak ni, Kitkat boleh dikatakan baru sahaja mengeluarkan perisa yang lain selain original. First dulu, popular dengan Kitkat Green Tea. Sekarang ni dah ada Hazelnut dan Cookies & Cream.

Tiga jenis Kitkat tu yang ada kat Malaysia setakat ni, ena rasa la. Sebab ena ada Google juga pasal Kitkat ni. Kalau kat Jepun dah bermacam macam jenis dah ada. Kita je baru nak wujud perisa Kitkat selain daripada yang original. Apapun, alhamdulillah. Ena dah cuba try test ketiga-tiga perisa baru Kitkat ni. Dah tahu rasanya bagaimana. So yang mana pilihan ena??? Jengg jengg.



KITKAT PILIHAN HATI ENA



1) Hazelnut


Nampak je perkataan 'Hazelnut', mesti perut ena terus berkeroncong. Hazelnut adalah antara jenis kekacang yang paling ena suka, terutama kalau digadingkan dengan chocolate atau coffee. So, Kitkat berperisa Hazelnut ni adalah Kitkat pilihan hati ena. Kacang Hazelnut yang hancur disaluti dengan cokolat Kitkat yang nyummy tu, terasa dalam mulut. Ohhh myyy!



2) Cookies & Cream


Untuk yang ini sedap juga, sebab bila makan Kitkat yang ni, terasa cookies yang dihancurkan kat bahagian cokolat Kitkat. Cuma Hazelnut tetap menjadi pilihan hati ena.



3) Green Tea


Mula-mula ingat rasa kelat ke apa untuk Kitkat Green Tea ni. Rupanya not bad, masih ada rasa cokolat Kitkat tu. Cuma agak over manis bagi ena dan warnanya tu agak buat kita rasa kurang menikmati. Ahaks. Tapi ena layan je, janji Kitkat. Ahaks.



So pilihan hati ena nombor satu adalah, Kitkat Hazelnut. Itu bagi diri ena la, bagi you all semua tak tahu la ena. Setiap orang ada citarasanya tersendiri kan?? Mungkin tersama dan mungkin tidak sama. Hehehe. Apapun, lepas ni tak tahu perisa Kitkat apa pula yang bakal muncul kat Malaysia. Tak sabar nak menanti. Ke dah tak ada dah??. Uhuks. Wait and see jelah.

By the way, ena tak rasa lagi Kitkat Rubies. Entah bila dapat merasa. Orang kata sedap Kitkat Rubies ni, sebab tu mahal. Nanti lepas exam nak reward diri la dengan Kitkat Rubies. Amacam?? Ekekeke. Itu sahaja daripada ena.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:





You May Also Like

12 Comments

  1. Nanti nak try lah yang hazeknut :D

    ReplyDelete
  2. Sama laa fav kita. Yaya hantu hazelnut jugak. Apa apa mesti hazelnut hee dap dap

    ReplyDelete
  3. still my fav is green tea hehe

    ReplyDelete
  4. Dapnyeee kitkattt! :P

    ReplyDelete
  5. wahhh...Aina suka coklat kan.. salam perkenalan :) rasanya ini first time singgah sini.. keep in touch!

    ReplyDelete
  6. wah...tak try lagu semua tu...

    ReplyDelete
  7. wahhhh akak suka kit kat...warna hijau tu sis dah rasa...okeylah lagi sedap kalau ena letak dalam peti ais...manis tu tak over sgt...perisa 2 kt atas tu lom cuba...nak beli lah cuba

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan kit kat ni..hehe. selalu makan cadbury je..hee..sbb memang hantu cekelat cadbury

    ReplyDelete
  9. SEMUA PERISA AKK SUKA..NYUMSSSSSS

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. terliur lak...:)

    ReplyDelete
  11. Akak pun belum pernah rasa kitkat rubies. Memang agak pricey sikit kan,..

    ReplyDelete
  12. semua tak pernah cuba lagi kecuali kit kat biasa tu. Jarang benar makan kitkat..hehe

    ReplyDelete