LAYAN CENDOL DURIAN | WARUNG HAFIDZ BANTING
LAYAN CENDOL DURIAN | WARUNG HAFIDZ BANTING | Masa ena duduk kat Banting baru-baru ni, ya Allah cuaca panas yang amat. Adakah sebab Elnino?? Entahlah. Tapi memang panas, tekak pula tetiba rasa nak makan cendol durian. Ahaks, last last ena ajak si Yazid untuk layan cendol kat satu warung kat Banting ni.
Warung Hafidz di beri nama. Ena banyak kali juga layan cendol durian dengan pisang goreng cheese kat sini sebab memang terbaik cendol durian kat sini. Kedainya biasa je tapi ramai orang berhenti makan kat sini.
WARUNG HAFIDZ CENDOL DURIAN
Warung ni terletak betul-betul di tepi jalan kat kawasan Olak Lempit Banting. Struktur kedainya biasa sahaja tapi semua makanan kat sini sangat sedap. Bukan setakat cendol duriannya yang mengancam tapi menu yang lain seperti laksa, mee kari, pisang goreng cicah sambal dan pisang goreng cheese pun perghhh mantop!
Kalau nak minum air kelapa fresh pun boleh kat sini. Santai habislah. Lagi satu owner kedainya adalah orang Melayu dan orang penduduk area Banting juga. So, ena tak ragu-ragu untuk makan kat sini.
Ena suka cendolnya bukan setakat sedap sahaja tetapi yang membuatnya orang Melayu. Ena tak berapa suka kalau cendol dibuat oleh mamak atau bangsa lain. Tekak kurang terima. Tapi kat sini rasa nak tambah dua tiga mangkuk. Ahaks.
Dan selalu mai sini mesti order pisang goreng cheese chocolate. Rangup, lembut, tepung tak over dari isi pisang, chocolate dengan cheesenya pun banyak. Memang layan habis. Sebab tu ena suka datang kat sini. Walaupun kedainya biasa sahaja, tapi itu yang lebih sedap sebenarnya daripada kedai makan yang berbentuk mewah-mewah tu.
Yang pasti sebelum makan baca doa makan, supaya diri dapat dihindari daripada kecelakaan atau sihir menyihir. InshaAllah.
4 Comments
Waaaah... sedapnya. tp kt banting?? jauh.
ReplyDeletealahai baru Sabtu lepas pergi umah hadik ipo, x singgah la pulak...
ReplyDeleteKat Banting memang famous dengan cendol sedap
ReplyDeleteni kat kampung aku punya kedai nih.
ReplyDeleteyang tu memang sedap.