Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, January 18, 2016

CHICKEN GRILL MEMUASKAN HATI DI KUANTAN | KEDAI KOPI MAMBA

 
CHICKEN GRILL MEMUASKAN HATI DI KUANTAN | KEDAI KOPI MAMBA | Lepas sahaja habis exam teori, ena dengan roomates ena terus bercadang untuk makan malam di satu kedai kat Kuantan iaitu Kedai Kopi Mamba. Perghhh, nama kedai nampak unik dan menakutkan. Macam Black Mamba gittew. So, rasa sesuai untuk ena pergi foodhunting kat sini. Ahaks. 

Tempat kedai makan ni pun diperkenalkan oleh salah seorang roomates ena iaitu Raja Maryam maisara. Dia kata keadaam kedai ni memang unik dan rekaan dalamannya diperbuat daripada benda yang antik. Dan dia sarankan untuk cuba try test chicken grill kat sini sebab chicken grillnya memang sedap dan sangat mengenyangkan. So, kami memilih tempat ni untuk reward ourselves setelah tamat exam untuk semester kali ni. Alhamdulillah, tidak menghampakan hati ena.


KEDAI KOPI MAMBA, KUANTAN


Kedai Kopi Mamba ini telah dijamin halal dan bersih, malah ownernya pun adalah orang Melayu kita. Kedai makan ini terletak di Bandar Kuantan yang berhampiran dengan Kuantan Parade serta Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Masa ena pergi kedai ni, memang ena tak percaya yang ni kedai makan sebab keadaannya seolah-olah seperti kedai barang antik sahaja. Dengan lampunya yang agak romantik gittew, memang kedai makan paling cool dan sempoi yang ena pernah pergi.

Tempat makan ni, kalau nak cari memang kena cari betul-betul dan slow down sebab tak ada signboard besar menandakan dah tiba kat kedai ni. Hanya ada signboard yang comel kat depan kedai seperti gambar kat bawah ni. So, kena fokus. Kalau tak berpusing-pusinglah nanti mencari. Uhuks.



Tapi jangan risau, rasanya alamat kat bawah ni boleh tolong you all. Wazekan sahaja alamat kat bawah ni, inshaAllah akan sampai.

ALAMAT:
Kedai Kopi Mamba
No 73, Lorong Rusa (Belakang Court Mammoth)
25000 Kuantan
Pahang




MENU YANG DIPILIH


Ena dan roomates ena pilih minuman dan makanan yang sama iaitu chicken grill, meatball dan air chocolate. Tetiba rasa rugi pula tak rasa menu yang lain. Boleh rasa kepelbagaian makanan yang disediakan oleh Kedai Kopi Mamba ni. Tak mengapalah, next time boleh pergi lagi sebab dekat dengan ena. Ahaks.

Okaylah,  berikut adalah menu menu yang kami makan. Mohon jangan terliur. Ngeee.


Mamba Meatballs. Kuah black pepper + Cheese flakes.

Mamba Tripple Choc.

Mamba Chicken Grill



FEEDBACK DARIPADA ENA

Dari segi makanan dan minuman, alhamdulillah, ena sangat puas hati dengan semua makanan yang kami pilih kat sini. Isi ayam Chicken Grillnya yang sangat banyak, tak ada tulang pun. Rasanya pun ala-ala macam sate ayam. Kuah black peppernya pun sangat mantop dan cukup rasa bahang black peppernya. Harga pun berpatutan. Kalau kat tempat lain, belum tentu boleh dapat chicken grill sebanyak macam kat sini. Terbaiklah.

Lepas tu, meatballnya yang besar dan dibuat sendiri, bukan yang instant punya. Saiznya berpatutanlah dengan harga yang ada. Sedap sangat rasa daging lembunya yang fresh. Lebih sedap dari meatball Ikea lagi. Mohon jangan kecam ena ye, ena cakap benda yang betul. Ahaks. Selepas tu, air chocolatenya perggghhhhh sangat sedap chooo. Puas hati minum air chocolate kat sini. Tapi rasa menyesal beli air chocolate sebab perut rasa kenyang yang amat. Sepatutnya bila makan makanan yang berat, should pilih minuman yang ringan seperti buah-buahan ke, air kosong ke. Ermm ermmm, sokaylah.




Keadaan kedai pula bagi ena, kemas dan bersih. Cuma kalau ditambahkan lagi cahay lampu mesti lebih okay sebab senang nak tangkap gambar. Ahaks. Selain tu, mungkin perlu letak signboard yang besar kat depan kedai bagi memudahkan orang lain nak mencari.

Itu jelah ena rasa, yang lain okay dah sebab ada keunikkan tersendiri kat sini. Tak menyesal spent time dengan roomates dan duit kat kedai makan ni. Alhamdulillah. My tummy was happy.







DETAILS KEDAI KOPI MAMBA

Kepada mereka nak usya lebih lanjut mengenai kedai makan ni, boleh terjah ke laman social kedai makan ini. Ena sharekan link kat bawah ni, bolehlah you all klik ye.


FACEBOOK

INSTAGRAM

TWITTER

NO TEL
019 3333948



Share

Other Article

CHICKEN GRILL MEMUASKAN HATI DI KUANTAN | KEDAI KOPI MAMBA
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
18.1.16

hiasan dalam yg unik. harg pun berbaloi dan tak mahal. terliur dah tengok makanan tu. hehe

Reply
avatar
Anonymous
19.1.16

Alhamdulillah. thank you for your beautiful and kind comments. we appreciate it much. hope to see more of you and friends there soon. :)

Reply
avatar
21.1.16

MACAM SEDAP.. TAPI JAUHH NOOO// Nti jejak kaki kat sana leh la lisa singgah.. hehe

Reply
avatar
27.1.16

chicken grill nampak sedap je tu. suka juga pergi restaurant yang unik macam ni.

Reply