Friday, January 29, 2016

APA ITU JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA | ACNE HYDROGEL



APA ITU JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA | ACNE HYDROGEL | Hah! Jerawat! Jerawat dan jerawat! Ena jamin kebanyakkan perempuan mahupun lelaki kat dunia ni sangat bermusuhan dengan jerawat, bukan??? Termasuklah diri ena ni. Sangat serabut dengan jerawat yang kian bermaharaja lela kat muka. Haishhh T_T.

Ena nak ceritala serba sedikit pasal muka ena ni. Dulu, masa zaman sekolah muka ena memang flawless gila gila. Naik pun seketul dua je dalam sebulan. Sampailah umur 20 an. Tak jaga sangat pun muka, just cuci dengan pencuci jenama Ponds je dulu. Lepas tu, entah sejak bila ena mula berjinak dengan barangan make up. Tambahan pula, metabolism badan pun dah berubah dek umur makin meningkat dan apa lagi, jerawat pun naik dengan tak terhingga-hingga. Haishhhh!

Silap sikit, habis jerawat naik satu muka. Kalau nak tumbuh je tak mengapa, ni dia pergi tinggal parut hitam. Muka ena makin lama makin teruk, kekadang give up sangat bila dah cuba banyak produk itu ini. Still fail! Sangat tertekan dan menyebabkan keyakinan diri ena makin berkurang bila nak berjumpa dengan orang lain. 


APA ITU JERAWAT?

Cara-cara terbentuknya Acne / Jerawat

Fuh! Panjang berjela mukadimah ena. Ahaks, tapi ianya ada kaitan dengan entri ena ni. Lepas ena belajar tentang mengenai body manusia, yela ambil pun jurusan yang berkaitan dengan badan manusia, so memang kena tahu la pasal jerawat ni. Walaupun tak banyak tapi tahulah juga serba sedikit masalah-masalah kulit ni.

Termasuklah jerawat atau lebih dikenali Acne / Pimples. Ini view dari apa yang ena faham dan pelajari la. Jerawat ni adalah disebabkan gangguan pada gelenjar minyak (Sebaceous Gland) kita yang terletak kat bahagian bawah kulit . Selalunya gangguan tersebut datangnya daripada faktor luar dan faktor dalaman badan kita. Seperti:-

- Keadaan tertekan (Hormon berubah)
- Cara pemakanan 
- Alergik dengan kacang, chocolate, chips atau cola
- Terdedah dengan kekotoran udara, tangan kita dan benda yang kita guna
- Cosmetic / mahan kimia
- Dan lain-lain lagi


Acne map

Bila datangnya gangguan ni, hormon dan segala perisai badan kita seperti cell darah putih mula datang menyerang dan berkumpul kat gelenjar minyak tu. Tu terjadinya nanah la, inflammation la, sakit la dan membonjol la. Parut tu pula disebabkan kulit kat tempat jerawat tu dah terkoyak dan terkumpulanya platelet kat tempat luka tu untuk heal benda tu. Platelet tu salah satu penyebab jadinya parut hitam pada kulit. Haaaa, banyak lagi sebenarnya kalau nak tahu dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya pada pakar. Bagi ena, sekadar tahu bagaimana bendanya terjadi dah memadai.



CARA MENGATASI

Tahap Ance

Banyak sebenarnya cara nak cegah jerawat ni. Banyak juga ena cuba dan cari dan bertanya dengan orang. Namun, berikut adalah cara ena untuk mengatasinya iaitu cegah melalui secara dalaman dan luaran. Cara-cara nilah, Alhamdulillah dapat kawal jerawat kat muka ni dari terus membiak beranak pinak. 

1) Jaga pemakanan seperti yang dilandaskan dalam mana mana sumber yang kita boleh cari.

2) Rajin minum air kosong dan kurangkan minum air manis.

3) Exercise setiap hari, kasi keluar peluh. Jangan miss sehari pun

4) Jaga berat badan, dapatkan berat yang ideal

5) Rajin cuci muka dengan pencuci yang sesuai dengan muka

6) Haaa ni nak cerita satu produk yang ena guna sekarang iaitu Acne Hydrogel


ACNE HYDROGEL REFINITY


Acne Hydrogel adalah keluaran daripada syarikat Refinity. Ena baru je pakai dalam 2 minggu tapi Alhamdulillah, nampak keberkesanannya. Mana mana jerawat ena yang dah mula nak naik tu, ena cecepat tepek dengan Hydrogel ni. Sedapp bila tengok semuanya kian mengering dan mengecut. Parut lama pun mula pudar warnanya. Allah!! Heavennya rasa.

Ena selalu pakai bila lepas cuci muka pada waktu Subuh dan satu lagi pada waktu malam sebelum nak tidur. Setiap hari, dont skip! Masa nilah ena nak jaga muka, bersemangat bila tengok jerawat dah mula berkurangan. Alhamdulillah. Ena tak menyesal pakai benda ni dan hope dapat berterusan pakai. InshaAllah!





CARA MENGGUNAKAN ACNE HYDROGEL REFINITY

Guna: 2x Sehari


1) Cuci muka 
2) Keringkan muka
3) Letak sedikit hydrogel tapak tangan
4) Sapulah di bahagian yang rasa selalu naik jerawat

 
Dalam masa 3 hari pakai. Yang kecil dah babai, yang besar je tinggal lagi





P/S: Tips nak jimat, ambil sikit letak kat jerawat yang ada di muka sahaja sekiranya jerawat naik seketul seketul. Tak perlu lumur satu muka. Kalau yang adalah masalah kulit yang berjerawat kemerahan yang teruk dan penuh satu muka tu, nasihat ena better consult dengan doktor. Takut bendanya punca daripada benda lain. Well penyakit ni tak menentu, nampak macam sama. Tapi puncanya tak sama. Hati-hati.


Harga Asal : RM90
Harga Kasih Sayang : RM70 (Satu Botol) , RM130 ( Dua Botol )



GRAB IT NOWW! Kepada yang nak terjah pasal Acne Hydrogel ni, boleh lawat websitenya di:




Share

Other Article

APA ITU JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA | ACNE HYDROGEL
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
29.1.16

Uik hidung tuuu heheee... Skin ena bersih.. Kalau rs nk cuba nt zaza order...skg ni pun jerawat blm hlg spenuhnya lg...hukhuk

Reply
avatar
29.1.16

best kan ena... by the way... lucu gak ena ni keekekek

Reply
avatar
29.1.16

Baru akak tahu bagaimana boleh terjadi nanah pada jerawat tu Ina hehe. Memang boleh nampak kesan positif bila pakai Acne Hydrogel ni ye. Terima kasih sebab bagi penerangan yang jelas pasal jerawat. Akak pun dah masuk 3 series dok ada lagi jerawat timbul kat muka haha ... walaupun penghasilannya dah tak aktif seperti dulu tapi bila timbul tu makan hati jugak la hehe :D

Reply
avatar
29.1.16

aaaa nak try!! akak takde masalah jerawat pun tapi MASALAH BESAR dgn acne & black white head nie!! so so stress~

Reply
avatar
30.1.16

ima pun alami masalah yang sama . huhu

Reply
avatar
31.1.16

Kelakar pulak tgk muka ina yang atas sekali. Biasa duk tengok muka sweet jer hahahhahaaa..

Reply
avatar
1.2.16

wajib ada ni hehehehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)